- By ritzkhanzazd
-
Postado 12/17/2009
at 8:32 PM
Tahniah!!!!!!!!!!! kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah berjaya memenangi pingat emas di sukan sea Laos. Setelah sekian lama akhirnya Malaysia telah berjaya memenangi pingat emas yang telah ditunggu selama 20 tahun. Kalau main macam ni, impian untuk bola sepak Malaysia kembali menyinar akan tercapai..Tahniah diucapkan lagi......
p/s: Lepas ini sibuklah media memuji kehebatan Malaysia. Mau2 2 bulan, cerita menang ja di jual. Tapi cuba kalah..boleh menangis pemain di padang membacanya..apapun kita tengok dan lihat nanti..
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 12/15/2009
at 10:51 PM
Tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia kerana menunjukkan teknik permainan yang menarik setelah menumpaskan Loas dengan kemenangan 3-1. Malaysia telah berjaya ke peringkat akhir dan akan memburu pingat emas yang lama sekali tidak pernah di menangi oleh pasukan bola sepak negara. Namun lawan yang hendak ditentang ialah pasukan Vietnam yang juga telah mengalahkan Malaysia pada peringkat kumpulan. Oleh itu diharap pasukan Bola Sepak Malaysia akan berjuang habis-habisan untuk mengalahkan pasukan vietnam dan merangkul pingat emas semula.
p/s : Bila pasukan bola sepak negara menang, semua pihak memuji dan kalau boleh dalam 1 minggu cerita menang 2 terus menerus dilaporkan media. Tapi kalau kalah...media menghentam ja dalam media. Kalau media malaysia macam ni, bagus orang-orang yang di dalam media ja yang main bola. Cakap ja pandai tapi membantu membentuk pasukan tidak pula mahu..
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 12/08/2009
at 9:08 AM

Feri ke Labuan yang di Tunda oleh sebuah feri kecil (Feri Utama Rosak)

Pemandangan ketika mentari terbenam di Pantai Layangan

Tulang Anak Ikan Paus Biru tersimpan di muzium Lautan Labuan

Jeti dan Perlabuhan di Pulau Labuan
Sesekali melancong ke Pulau Labuan menyeronokan juga. Saya kalau di ikutkan da lama tidak ke Pulau Labuan. Kali terakhir saya ke sini adalah pada tahun 2002. Akhirnya saya dapat juga menjejak kaki ke Pulau Labuan. Banyak perubahan yang dapat di lihat di Pulau ini. Bangunan yang dibina semakin banyak, tempat peranginannya juga semakin banyak, kapal-kapal dagang yang berlabuh semakin banyak, bandarnya juga bersih, coklatnya murah, kain sarungnya juga murah dan orangnya juga tidak sesibuk bandar besar yang lain. Tahun depan saya mau pergi lagi ke pulau Labuan. Cuti-cuti Pulau..
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 11/26/2009
at 10:32 PM

Selamat Hari Raya Adiladha ataupun Hari Raya Haji kepada semua pengunjung blog ini..
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 11/24/2009
at 8:17 AM

Beberapa ikan yang berjaya ku pancing..So klu mau mancing dan merasa tarikan ikan-ikan mcm dalam gmbr ni, jom la..cuba mencuba
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 10/16/2009
at 8:47 PM
Semakin ramai orang menggunakan rangkaian sosial facebook..Dari pemimpin negara, artis, doktor, tukang sapu, pilot, juru bina, nenek-nenek, student, murid sekolah rendah dan pelbagai lapisan masyarakat mula menggunakan rangkaian sosial ini. Dari jumlah penggunanya yang sedikit, jumlahnya semakin banyak dari hari ke hari.Itulah wabak yang dibawa oleh facebook ini. Boleh dikatakan orang yang menggunakannya dari mula-mula tidak berapa asik lama-lama asik pula. Apapun jua yang di gunakan, gunakan lah dengan sebaik-baiknya. Janganlah menggunakan laman sosial itu untuk benda yang tidak baik. Buatlah sesuatu yang baik..Supaya tidak banyak dosa..
p/s: aku pun guna facebook..hehehe jom add la..cari nick name aku di-mu ritzkhanzazd
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/29/2009
at 9:36 AM
Statistik kemalangan pada pos sikap yang lalu sungguh mengecewakan. Sasaran untuk mengurangkan kadar kemalangan tidak berjaya secara umumnya. Setiap tahun benda ini seperti tidak ada jalan penyelesaian. Namun secara purata kes kemalangan tersebut yang paling banyak terlibat ialah kemalangan yang melibatkan motorsikal. Tiap-tiap tahun motorsikal adalah penyumbang yang paling tinggi.
Disini ada cadangan untuk mengurangkan kemalangan maut di musim perayaan.
- Jangan benarkan penunggang motorsikal menggunakan jalan raya pada musim perayaan.
- Saman penunggang motorsikal yang balik ke kg untuk beraya.
- Jangan jual lagi motorsikal di malaysia.
Cadangan-cadangan tersebut agak keterlaluan tetapi jika di fikir betul-betul kalau benda ini tidak dicegah secara serius benda ini akan berterusan tiap-tiap tahun. Jadi fikir-fikir la...
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/20/2009
at 11:12 PM

Semasa perjalanan balik saya dari Sandakan ke Beaufort sempena Hari Raya pada hari Sabtu yang lalu, saya berdoa semoga perjalanan saya balik kg sentiasa selamat dari sebarang kecelakaan jalan raya. Dan juga saya berfikir agaknya jalan tidak la sibuk dan mungkin ada polis trafik atau JPJ akan meronda ataupun bertugas disepanjang jalan sdari Sandakan ke Beaufort. Namun apa yang saya alami tidaklah seperti yang di kabarkan di tv dan radio. Pihak polis telah mengatakan bahawa ramai angotanya akan menjalankan tugas mengawal keselamatan lalu lintas di seluruh negara. Tapi apa yang saya alami tidak seperti yang di laporkan. Sepanjang perjalanan saya dari bandar Sandakan ke KK, saya tidak terjumpa pun angota keselamatan yang bertugas di tempat-tempat yang berisiko tinggi kemalangan. Cuma saya terjumpa atau bertembung sahaja dengan kereta peronda yang mungkin menjalankan tugasan rondaan biasa. Tapi itu cuma di daerah Beluran sahaja. Daerah-daerah lain tiada pula. Mungkin kadar kemalangan di Sabah ini tidak seteruk di Tanah Melayu tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu untuk mendisplinkan pemandu-pemandu kereta di Sabah ini. Jika tidak ada pengawasan dari pihak tertentu, tentu sekali pemandu-pemandu di Sabah ini mungkin akan melakukan banyak kesalahan jalan raya. Mungkintidak lama kemudian negeri Sabah mungkin akan jadi penyumbang kes kemalangan yang besar di Malaysia.
Lagi satu hal yang saya jumpa sepanjang perjalanan balik tersebut, larangan kenderaan berat bergerak di jalan raya atau lebuh raya pada yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu tidak dilaksanakan sepenuhnya di Sabah. Sepanjang perjalanan saya, saya telah terserempak dengan logi pengangkat kereta, lori tangki minyak kelapa sawit yang hampir 20 buah saya jumpa, lori pengangkat buah kelapa sawit yang bilangannya tidak terkira oleh saya dan pelbagai lagi lori-lori-an. Kalaulah ada terjadi kemalangan, barulah lori-lori ini akan di saman kot. Mungkin juga larangan tersebut hanya di jalan-jalan kat semenanjung ja kot. Apa-apa pun pihak berkuasa perlulah memantau perkara ini.
Namun setibanya saya kat KK. barulah saya ternampak khemah-khemah kecil dan kereta ambulans diletakan ditepi jalan. Itupun kat Berungis (Tuaran) dan Pengalat Besar (Papar)(kalau tak silap sayalah) diletakan berserta beberapa orang petugas yang bersedia jika berlaku kemalangan. Tahniah di ucapkan kepada mereka kerana menjalankan tugas tersebut. Jika lebih banyak lagi pasukan-pasukan ini ditempatkan terutama antara jalan dari KK-Sandakan dan KK-Tawau adalah lebih molek. Diharap pihak-pihak yang tebabit memandang serius benda ini. Jangan sahaja bercakap di media masa berapi-api tetapi realitinya pijak api pun tidak rasa panas. Fikir-fikirkan lah yeee..
p/s : saya bergerak dari Sandakan pada jam 7.00 am dan sampai ke KK 1.00 pm
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/18/2009
at 8:13 PM
Selamat Hari Raya
Kisah seorang ibu tunggal bersama dengan 7 orang anaknya yang sedang bersiap-siap hendak menyambut hari raya. Cerita ini lucu juga tetapi ada mesej disebalik cerita ini. Apa-apapun enjoy dengan cerita ini.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
at 5:11 AM

Selamat Hari Raya kepada semua blogger-blogger yang datang berkunjung ke blog ini. Maaf zahir dan batin jika ada kekasaran bahasa dan tulisan saya dalam blog ini. SELAMAT HARI RAYA
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/09/2009
at 7:25 PM
Sebuah Lagu Raya dari kumpulan Wings. Lagu ini dirakam di TV9 semasa rakaman program rock raya di stesen tv tersebut. Lagu ini kalau ikut betul dinyanyikan oleh Mus ketika beliau bersama Wings dahulu. Namun sekarang telah dinyanyikan oleh Awie. Apa yang best lagu ini adalah versi rock.Hehehe Apa-Apa pun enjoy la dengan lagu ini. Walaupun versi asalnya(keroncong pop+rock) lebih asli tapi rock tetap rock..haro-haro.........
p/s : lagu raya rock..macam xbest ja ..hilang mood raya..hehehe
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/06/2009
at 6:06 AM
Kepada peminat-peminat sukan sepak raga di Malaysia. Satu filem yang berkaitan dengan sukan tersebut akan menemui anda di pawagam-pawagam terdekat. Filem ini dibintagi oleh hero malaya kita, Rosyam Nor..jadi apa lagi mau di tunggu.Nantikan lah kemunculan filem ini. Harap-harap
best la kan filem ini. Tak sabar pula nak tenggok..
So Check It Out...haro-haro
p/s : siap ada api-api lagi oooooo
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"
Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua