iklan berbayar

Iklan Berbayar

LOKAN GERGASI & UDANG HARIMAU

Daus gelaran Bajau Laut di Sandakan

Baru - baru ini aku ada makan beberapa lokan yang bersaiz penumbuk serta beberapa ekor udang harimau yang segar. Lokan yang saya makan ini dinamakan DAUS oleh masyarakat Bajau Laut daerah Sandakan.Tapi aku tidak tahu pula panggilan lain bagi spesis lokan ini. Lokan ini selalunya dikutip sebesar duit 50sen atau lebih besar sedikit dari duit 50sen.

Besar dan Sukar Ditemui saiz yang macam ini

Tapi saiz yang sebesar ini(dalam gambar) jarang-jarang ditemui dan kalau ada pun jumlahnya sedikit. Sebesar Penumbuk ni

Bagi peminat makanan laut khususnya kerang-kerang serta siput-siput, kalau dapat lokan begini besar mesti terliur-liur. Tapi bagi aku sendiri, lebih sedap rasanya makan lokan yang sederhana besarnya dari yang teramat besar ini. Ada perbezaan dapat dirasa iaitu kalau yang kecil rasanya manis dan lembut dan yang besar ini rasanya ada pahit dan kenyal sedikit. Mungkin faktor tua menyebabkan rasanya macam itu. Apapun cubalah rasa penangan DAUS ini. Gerenti menjilat jari lah.


Setengah kilo udang harimau

Ini pula udang harimau. Dalam bayak-banyak jenis udang yang sudah aku rasa. Mungkin udang ini lah udang yang memang sedap. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan udang lain cuma bezanya adalah udang ini lebih kenyal, ada manis-manisnya dan terasa kepoweran rasa udangnya. Itu sebablah udang ini kalau dipasaran harganya mahal. Tapi kalau kat tempat saya ini boleh dikatakan masih murah lagi dan lebih segar rasanya kerana baru saja ditangkap dari laut bukan dari kolam. Kini tinggal udang kara sahaja yang belum aku rasa. Lepas ini aku mahu cari udang kara pula. Bersedia lah kamu wahai si udang kara.



Memang segar
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua