iklan berbayar

Iklan Berbayar

JoranKail : Kolam Pancing Angler's Delight seafood Restauran


Angler's Delight seafood Restauran di Beringgis , Papar

Isnin 13 Dis 2010, hujan yang turun dalam minggu ini telah menyebabkan sungai-sungai berkeadaan keruh dan sejuk. Ini menyebabkan kegiatan memancing di lubuk-lubuk tertentu tergendala. Namun gian memancing pula semakin kuat, lalu satu trip telah dirancang untuk menduga kolam ikan yang terdapat di Kg Berunggis Papar. Angler's Delight seafood Restauran bukan saja menyediakan restauran seafood tetapi terdapat juga kolam pancing yang boleh di layan di sini. Tempat kolam pancing ini tidak la sukar di temui, ianya terletak sebelum dengan sungai Beringgis. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Bayaran masuk hanya RM57 untuk 5 jam serta 1 joran dan kalau kita memancing hanya 3 jam sahaja, sebahagian wang dikembalikan.Kolam yang agak besar(sebesar 2 buah gelangang Futsal) dan cantik

Ikan Siakap putih adalah penghuni tetap kolam ini serta beberapa jenis ikan lagi yang belum dikenalpasti kerana menurut cerita pengunjung kolam ini, ada juga ikan keretang di simpan didalam kolam ini. Tapi belum lagi berjaya di daratkan oleh pemancing-pemancing yang berkunjung ke kolam ini.Ikan Siakap pertama setelah 2 kali strike terlepas

Saya telah di temani oleh 2 orang rakan saya memancing sambil merehatkan diri dari kesibukan kerja. Sebelum hendak pergi ke kolam tersebut, kami telah singgah ke Kg Benoni untuk membeli udang hidup. Harga untuk seekor udang hidup yang sebesar jari budak umur 2 tahun adalah dalam 30 hingga 20 sen seekor. Udang hidup adalah amat praktikal bagi menjinakkan ikan siakap yang menghuni di kolam ini. Namun adalah menjadi kesilapan kami tidak membawa alat oksigen yang mengunakan bateri. Ini kerana udang tersebut telah mati kerana terlalu lama disimpan dalam bekas. (kami pegi makan dahulu di Pekan Papar sebelum ke Kolam tersebut. Itulah udang tersebut menemui ajal dengan cepat. Hehehe). Lalu kami menggunakan juga umpan tersebut kerana tiada pilihan lagi dan tidak mahu membazir dengan umpan yang sudah dibeli.Ikan Siakap pertama En. Api Burn

Setibanya kami di kolam tersebut, kami mendapati hanya kami bertiga sahaja yang datang memancing. Mungkin disebabkan bukan cuti umum. Kalau cuti umum mungkin lambat saja kami sampai tiadalah tempat kami mau pancing.En. Were berjaya dengan tangkapan terbesar trip kali ini

Dengan mengunakan umpan yang telah mati kami mula memancing. Namun setelah 15 minit menunggu umpan disentuh, sekelumit ikan kecil pun tidak mematuk umpan kami. Ini la cabaran. Sambil berborak-borak dengan rakan macam mana hendak menipu ikan siakap ini memakan umpan mati ini saya telah mencuba melontar umpan tersebut dan mengarau dengan perlahan-lahan ke tebing kolam. Pada mulanya anak-anak ikan siakap mula mengejar dan memakan umpan kecil tersebut. Ini petanda baik, lalu saya mula membuat aksi itu berulang kali di depan tempat kami memancing. Dengan tidak semana-mana seekor ikan siakap telah menyambar umpan saya, "Nah, sudah mengena !!," kata saya. Layan habis ikan siakap kedua

Maka bertarung la saya dengan ikan siakap kolam. Lompatan demi lompatan telah di lakukan oleh ikan tersebut untuk melepaskan diri dari mata kail yang mengena di mulut ikan tersebut. Namun kesilapan kecil telah saya lakukan, Saya telah menanrik dengan agak kasar dan akhirnya ikan tersebut terlepas. Berputih mata dan rasa geram pula dibuatnya.

Posting sakan dengan tangkapan siakap lagi

Saya tidak mau mengalah, kali kedua saya mencuba. Umpan mengena lagi, kali ini permainan agak cepat. Ikan sekali melompat dah terlepas. Mungkin mata kail tak lekat sangat kat mulut ikan. Berputih mata lagi. Rakan saya yang turut teruja melihat strike 2 kali yang saya dapat telah mencuba kaedah yang saya praktikan tadi, akhirnya dia dapat strike dan terus berjaya mendaratkan ikan siakap hampir 700g itu. Bikin panas pula melihat kawan sekali cuba berjaya pula menaikan terus.

Biar pun hujan, perjuangan tetap diteruskan

Saya mencuba lagi dan akhirnya strike kali ini saya layan pelan-pelan. Setelah melayan asakan ikan siakap tersebut akhirnya ikan itu berjaya juga di daratkan. Gembira bukan kepalang. Sebab lesen telah ada. Setelah 1 jam lebih kami bertiga memancing, sebanyak 6 ekor ikan siakap telah berjaya didaratkan. Namun selepas 2 jam kami memancing, awan hitam telah berarak menuju ke kawasan tempat kami memancing dan hujan pun turun dengan lebat. Habis rosak rancangan kami mahu menambah bilangan ikan yang kami pancing. Namun sebagai pemancing tegar, hujan-hujan pun kami redah. Hasilnya tidak kami dapat pun seekor ikan di waktu hujan turun. Mungkin kerana air telah sejuk dan ikan tidak lagi aktif mencari makan. Kami pun pulang selepas 3 jam bereda di kolam tersebut dan mendapat baki wang kami kerana kami memancing tidak sampai 5 jam.
Berbaloi atau tidak berbaloi..datang lah

Walaupun mengunakan umpan mati, kalau ada tekniknya, ikan pun boleh dijerat. Namun kalu tiada nasib, memang ulung jua.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

4 Responses to this post

  1. api on December 15, 2010 at 8:29 AM

    andu ba ikn nya damit2 eh

  2. Unknown on May 14, 2015 at 1:28 PM

    blh pki gewang ka sini bos..??

  3. Unknown on May 14, 2015 at 1:29 PM

    blh pki gewang ka sini bos..??

  4. Mailie on October 5, 2015 at 8:25 PM

    Masih wujud lagi ka kolam ni ?

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua