iklan berbayar

Iklan Berbayar

Malaysia Menang Piala AFF SUZUKI 2010


Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah memenangi Piala AFF Suzuki untuk kali pertama sejak diperkenalkan pada 1996 dengan panggilan Piala Tiger dengan kemenangan 4-2 menewaskan Indonesia. Walaupun saingan yang diterima oleh Malaysia di Indonesia namun berkat 3 gol yang dijaringkan di Malaysia pada perlawanan yang pertama dan 1 gol pada perlawanan kedua telah meranapkan impian Indonesia merangkul Piala keagungan di Asia Tenggara ini.

Pelbagai cabaran dan provokasi diterima oleh pasukan Malaysia. Dengan dituduh kemenangan Malaysia dibantu oleh cahaya lazer(padahal penyokong Indon dulu yang guna lazer) serta dituduh pula menggunakan bomoh. Itu tidak mematahkan semangat pasukan Malaysia untuk terus berjaya. Pelbagai ulasan dan cemuhan dari media Indonesia tentang kemenangan Malaysia. Namun kenyataannya, usaha dan semangat juang Malaysia telah membuktikan segalanya. Syabas kepada pasukan Malaysia dan juga jurulatih Rajagopal yang sangat membawa tuah kepada pasukan Malaysia.
Kesebelasan Utama Negara dengan Jersi Keramat (biru) hehe

Tapi jangan dilupa. Media Malaysia juga adakalanya selalu menjatuhkan pasukan Malaysia. Baru perlawanan pertama yang Malaysia kalah kepada Indonesia di peringkat kumpulan sudah ada media Malaysia mencemuh dan melekeh-lekehkan pasukan sendiri. Dituduh juga pemain Malaysia pegang bola terlalu lama. Malas dan pelbagai lagi ulasan-ulasan yang kalau di dengar dan dibaca bikin PANAS!!.. Namun lihat sekarang..pasti di dada-dada akhbar semua memuji-muji seperti dewa. Mungkin ada juga yang dapat gelaran Datuk lepas ini. Tapi kalau tujuan asal tidak dicapai dahulu, jangan lah mendabik dada dan bermegah dengan kemenangan ini. Harus diingat bahawa sasaran ke Piala Dunia 2018 masih jauh lagi untuk dicapai.

Apa-apapun Tahniah diucapkan kepada Pasukan Malaysia. Ini lah rakyat Malaysia mahukan. Permainan yang cantik dan berani mencipta gerakan. Tidak macam permainan dulu, asal dapat bola terus hantar ke penyerang. Mahu ikut-ikut gaya permainan Liga England tapi larian dan ketinggian belum cukup sampai ke tahap itu. Sekarang mainan Malaysia cantik dan berkualiti. Dari pertahanan dan tengah semua bergerak. Ini barulah dikatakan bola sepak gaya Malaysia. Tidak sia-sia pegi stadium, tengok siaran langsung sambil makan keropok dan membeli jersi warna biru atau kuning kerana kita boleh berbangga dengan pasukan Malaysia kita.
MALAYSIA BOLEH !!

Yang kita bangga pasukan Malaysia langsung tidak mengunakan pemain Import yang diberi status warganegara untuk majukan bola sepak negara. Syabas FAM
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua