iklan berbayar

Iklan Berbayar

KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA HARI RAYA


Semasa perjalanan balik saya dari Sandakan ke Beaufort sempena Hari Raya pada hari Sabtu yang lalu, saya berdoa semoga perjalanan saya balik kg sentiasa selamat dari sebarang kecelakaan jalan raya. Dan juga saya berfikir agaknya jalan tidak la sibuk dan mungkin ada polis trafik atau JPJ akan meronda ataupun bertugas disepanjang jalan sdari Sandakan ke Beaufort. Namun apa yang saya alami tidaklah seperti yang di kabarkan di tv dan radio. Pihak polis telah mengatakan bahawa ramai angotanya akan menjalankan tugas mengawal keselamatan lalu lintas di seluruh negara. Tapi apa yang saya alami tidak seperti yang di laporkan. Sepanjang perjalanan saya dari bandar Sandakan ke KK, saya tidak terjumpa pun angota keselamatan yang bertugas di tempat-tempat yang berisiko tinggi kemalangan. Cuma saya terjumpa atau bertembung sahaja dengan kereta peronda yang mungkin menjalankan tugasan rondaan biasa. Tapi itu cuma di daerah Beluran sahaja. Daerah-daerah lain tiada pula. Mungkin kadar kemalangan di Sabah ini tidak seteruk di Tanah Melayu tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu untuk mendisplinkan pemandu-pemandu kereta di Sabah ini. Jika tidak ada pengawasan dari pihak tertentu, tentu sekali pemandu-pemandu di Sabah ini mungkin akan melakukan banyak kesalahan jalan raya. Mungkintidak lama kemudian negeri Sabah mungkin akan jadi penyumbang kes kemalangan yang besar di Malaysia.
Lagi satu hal yang saya jumpa sepanjang perjalanan balik tersebut, larangan kenderaan berat bergerak di jalan raya atau lebuh raya pada yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu tidak dilaksanakan sepenuhnya di Sabah. Sepanjang perjalanan saya, saya telah terserempak dengan logi pengangkat kereta, lori tangki minyak kelapa sawit yang hampir 20 buah saya jumpa, lori pengangkat buah kelapa sawit yang bilangannya tidak terkira oleh saya dan pelbagai lagi lori-lori-an. Kalaulah ada terjadi kemalangan, barulah lori-lori ini akan di saman kot. Mungkin juga larangan tersebut hanya di jalan-jalan kat semenanjung ja kot. Apa-apa pun pihak berkuasa perlulah memantau perkara ini.
Namun setibanya saya kat KK. barulah saya ternampak khemah-khemah kecil dan kereta ambulans diletakan ditepi jalan. Itupun kat Berungis (Tuaran) dan Pengalat Besar (Papar)(kalau tak silap sayalah) diletakan berserta beberapa orang petugas yang bersedia jika berlaku kemalangan. Tahniah di ucapkan kepada mereka kerana menjalankan tugas tersebut. Jika lebih banyak lagi pasukan-pasukan ini ditempatkan terutama antara jalan dari KK-Sandakan dan KK-Tawau adalah lebih molek. Diharap pihak-pihak yang tebabit memandang serius benda ini. Jangan sahaja bercakap di media masa berapi-api tetapi realitinya pijak api pun tidak rasa panas. Fikir-fikirkan lah yeee..

p/s : saya bergerak dari Sandakan pada jam 7.00 am dan sampai ke KK 1.00 pm
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua