iklan berbayar

Iklan Berbayar

BENDERA & JATA NEGERI SABAH YANG LAMA




Mungkin ada yang tidak tahu tentang Bendera dan Jata Negeri Sabah yang pertama sebelum bendera dan jata negeri yang ada sekarang. Generasi muda mungkin tidak tahu rupa dan bentuk bendera dan jata negeri Sabah yang dulu. Misi Mustahil telah terjumpa bendera dan jata negeri Sabah yang diguna pada era Sabah merdeka(masuk Malaysia 16 Sept) sehingga ke tahun 80an(kalau tidak silap la,Kalau salah tolong betulkan ye). Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bendera dan Jata negeri Sabah, silalah datang ke muzium Sabah ataupun pergilah ke bahagian Arkib Negara. Mudah-mudahan info tentang Jata dan Bendera tersebut dapat diperolehi. Misi Mustahil pun akan cuba selidik info berkaitan Bendera dan Jata Negeri Sabah ini. Apapun cuba-cubalah tengok dan bandingkan perbezaan anatara Bendera dan Jata Negeri Sabah yang lama dan Baru.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Koleksi Mutiara Sabah

Negeri Sabah memang terkenal dengan koleksi mutiaranya. Pelbagai jenis mutiara yang terdapat di pasar kraftangan di Kota Kinabalu. Mutiaranya pula ada dr jenis mutiara air masin dan air tawar. Harga pun berpatutan. Kebanyakan pelancong dari semenanjung berkata harga mutiara di sana agak mahal dan keaslianya di ragui. Tapi kalau mutiara dari Sabah ini,janganlah risau kerana keaslianya terjamin dan harganya memang murah. Tapi kena pandai menawar la baru kena. Datanglah Sabah dan pegilah ke pasar kraftangan di KK. Gerenti anda berpuas hati.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lagu Tanak kampung dari Jimmy Palikat

Di Sabah sekarang, lagu tempatan yang sekarang telah menjadi hits di seluruh Sabah adalah lagu ini. Lagu dari Jimmy Palikat yang bertajuk Tanak Kampung(Bahasa Dusun) ataupun Anak Kampung versi B. Malaysia dialek Sabahan. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi lagu ini berentak Sumazau dan lirik lagunya menceritakan tentang perasaan seorang lelaki kampung yang tidak berada(miskin) terhadap seorang anak gadis yang kaya. Kalau diamati lirik lagu ini agak kelakar namun di Sabah, lirik lagu macam ini adalah lirik lagu yang melekat dihati pendengar lagu tempatan disabah kerana liriknya sebati sengan kehidupan seharian rakyat diSabah. Semoga sesiapa yang mendengar lagu ini teruslah menyokong lagu-lagu dari negeri dibawah bayu ini dan hargailah pemuzik tempatan kita. Selamat mendengar..

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati


Perkahwinan diraja Britain antara Putera William dan Kate yang akan dijangka esok ataupun hari jumaat ini 29 April 2011. Seluruh pelusuk dunia terutamanya negara-negara Komenwel menanti upacara itu berlangsung. Tidak terkecuali di Malaysia. Setiap hari sebelum upacara tersebut berlangsung ada saja rancangan berkenaan di media elektronik, media cetak dan ada yang sanggup menjaja cerita perkahwinan diRaja tersebut dilaman-laman sosial. Apa yang menghairankan, kenapa cerita perkahwinan tersebut menjadi topik hangat dan menjadi ikutan seluruh rakyat di Malaysia.

Malaysia sebelum ini merupakan salah satu negara yang menjadi jajahan British pada waktu dahulu. Dan sebelum negara kita diberikan hak kemerdekaan, segala bentuk pentadbiran dan sistem kehakiman diturunkan kepada negara kita pada waktu tersebut. Tidak hairanlah kenapa sistem pentadbiran kita seperti negara British itu walaupun pada masa ini acuan pentadbiran negara kita sudah kita bentuk sepenuhnya sendiri namun acuan dan pemikiran British masih ada dalam negara kita.

Kalau tidak percaya, tengok saja perkahwinan diRaja Britian ini. Sapa di antara warga negara di Malaysia tidak mendengar atau mengikuti perkahwinan tersebut. Sampaikan ada rancangan tv membuat laporan khas dan siaran langsung Majlis Perkahwinan tersebut. Bukankah kita masih lagi dibelenggu oleh penjajah tersebut.

Belum lagi diambil kira peminat bola sepak. Rata-rata ramai peminat bole diMalaysia memilih England sebagai pasukan negara untuk diikuti dan juga mesti sekali Liga Inggeris menjadi pilihan utama ditonton tiap-tiap minggu. Padahal pasukan Englang pun tidak sekuat mana tetapi tetap juga menjadi pujaan.

Bukan itu saja. Sistem pendidikan juga turut menyumbangkan peranan pebentukan minda penjajah tersebut. B.Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua digunakan dalam sistem pelajaran sampaikan ada dikalangan masyarakat kita yang malu mahu bercakap bahasa Malaysia kerana terlalu mengagung-agungkan B. Inggeris yang kononnya moden dan bahasa terkini.

Apa yang dikatakan ini ada benarnya. Mahu tidak mahu kita masih lagi dijajah oleh penjajah lalu. Secara tidak sedar atau pun sedar kita tidak boleh lari dari penjajah British. Dari kelakuan, pakaiaan, bahasa, makanan, sukan dan juga glamor kita tetap masih terikut-ikut budaya dan pemikiran British. Apa boleh buat rakyat Malaysia. Ini lah kita,minda kita tidak boleh berubah kerana kita tetap dijajah walau apa jua caranya kita mahu melepaskan penjajahan tersebut.

misimustahil : tetiba meluat tengok publisiti berlebih-lebih TV dinegara kita tentang perkahinan diraja tersebut. Macam tiada kah agenda lain yang boleh membantu meningkatkan pemikiran rakyat yang menontn TV dari rancangan yang mahu glamor saja..
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Siaran TV ASTRO..berbaloi kah melanggannya


Siapa di antara rumah di Malaysia ini tiada siaran ASTRO? Kalau dilihat secara kasar, semua isi rumah mempunyai piring ASTRO berada di rumahnya. Kalau tiada piring ASTRO macam tidak lengkaplah keperluan rumah itu. Antara kepentingan ataupun disebabkan trend semasa, ASTRO mesti wajib disetiap isi rumah. Sekarang munculnya ASTRO Beyond (siaran HD), sesiapa yang ada piring ASTRO berwarna hitam, isi rumah tersebut memang melanggan siaran HD tersebut.

Tetapi sedarkah semua, berbaloikah kita melanggan ASTRO. Kalau diikut dari pandangan umum, melanggan siaran ASTRO boleh dikatakan berbaloi. Ini kerana channel Tv yang disiarkan adalah jelas dan hampir kesemua siaran percuma yang boleh kita dapat melalui antena Tv biasa boleh kita dapat. Sebagai contoh, kalau dipedalaman Sabah dan Sarawak, siaran Tv percuma seperti TV1, Tv2, Tv3 adalah tidak jelas siarannya dan memerlukan antena yang sangat tinggi dan kadang kala gambar yang diterima tidak jelas. Lagi satu siaran Tv percuma yang lain seperti nTv7, 8Tv dan Tv9 tidak boleh ditonton di Sabah dan Sarawak kerana siaran itu belum meluaskan liputan sampai di Sabah dan Sarawak kecuali nTv7 yang boleh didapati di Kota Kinabalu dan Kuching(sekadar beberapa tempat yang diketahui). Jadi dengan melangan astro maka masalah ketidakdapatan siaran tersebut dapat diatasi.

Tapi sedar kah pelanggan ASTRO sekalian, dalam dua tiga bulan ini, pelbagai rungutan dan komplen dapat dilihat didalam dada-dada akhbar dan dimedia-media cetak mahupun media internet tentang siaran ASTRO ini. Antara yang menjadi isu adalah tentang masalah siaran yang akan hilang apabila hujan turun sampaikan ada pelangan naik berang dengan hal tersebut. Tapi adakah pihak ASTRO mengambil rungutan tersebut dan memperbaiki mutu siaran. Dan yang paling terkini adalah luahan ahli dewan negara yang meminta pihak ASTRO megurangkan iklan dalm setiap rancangan yang dikeluarkan olehnya. Ini kerana pihak pelangan sudah membayar sewa perkhidmatan siaran tersebut maka sepatutnya iklan tidaklah melebih-lebih dari yang sepatutnya. Tapi adakah rungutan ini diambil peduli oleh pihak ASTRO.

Mungkin pihak ASTRO mendengar sahaja rungutan tersebut dan tidak mungkin mengatasi masalah tersebut. Apa yang dikatakan oleh saya ini ada benarnya. Kenapa? Ini kerana sebab pertama mengapa mereka berani buat begitu adalah kerana di negara kita, hanya ASTRO yang membekalkan Tv Satelit yang memuaskan liputannya dan mungkin ASTRO sahaja yang tinggal sebagai stesen Tv Berbayar dinegara kita. Ini menyebabkan ASTRO tiada pesaingan dan suka-suka menaikan harga dan mengubah polisi pelangannya. Hal ini juga kerana, ASTRO tahu tiada syarikat lain yang akan memberi saingan kepada mereka dan jika pelangan tersebut tidak puas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan, pihak ASTRO tahu pelangan tetap akan melanggan ASTRO kerana tiada pilihan yang lain lagi. Mahu menggunakan siaran TV antena biasa tetapi tidak jelas siarannya dan kebanyakan siaran Tv biasa memboringkan. Itulah sebab kenapa ASTRO berani menidakkan runggutan dari pelanggan.

Lebih baik kerajaan memberi lesen kepada beberapa siaran TV satelit kepada syarikat lain supaya timbul persaingan antara Tv Satelit. Dan ini akan memberikan demensi penyiaran yang lebih baik dimana syarikat yang lebih baik mutu siaranya akan menjadi pilihan kepada pengguna. Ini akan memberikan ASTRO sedikit keperihatinan kepada pelanggannya dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik supaya pelangannya tidak lari dari terus melanggan ASTRO. Kalau tidak, perkara seperti sekarang akan menjadi dan terus menjadi kerana pelanggan tiada pilihan lain dari terus melanggan ASTRO walaupun tahu mutu siaran ASTRO tidaklah memuaskan hati pelanggannya.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

LOKAN GERGASI & UDANG HARIMAU

Daus gelaran Bajau Laut di Sandakan

Baru - baru ini aku ada makan beberapa lokan yang bersaiz penumbuk serta beberapa ekor udang harimau yang segar. Lokan yang saya makan ini dinamakan DAUS oleh masyarakat Bajau Laut daerah Sandakan.Tapi aku tidak tahu pula panggilan lain bagi spesis lokan ini. Lokan ini selalunya dikutip sebesar duit 50sen atau lebih besar sedikit dari duit 50sen.

Besar dan Sukar Ditemui saiz yang macam ini

Tapi saiz yang sebesar ini(dalam gambar) jarang-jarang ditemui dan kalau ada pun jumlahnya sedikit. Sebesar Penumbuk ni

Bagi peminat makanan laut khususnya kerang-kerang serta siput-siput, kalau dapat lokan begini besar mesti terliur-liur. Tapi bagi aku sendiri, lebih sedap rasanya makan lokan yang sederhana besarnya dari yang teramat besar ini. Ada perbezaan dapat dirasa iaitu kalau yang kecil rasanya manis dan lembut dan yang besar ini rasanya ada pahit dan kenyal sedikit. Mungkin faktor tua menyebabkan rasanya macam itu. Apapun cubalah rasa penangan DAUS ini. Gerenti menjilat jari lah.


Setengah kilo udang harimau

Ini pula udang harimau. Dalam bayak-banyak jenis udang yang sudah aku rasa. Mungkin udang ini lah udang yang memang sedap. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan udang lain cuma bezanya adalah udang ini lebih kenyal, ada manis-manisnya dan terasa kepoweran rasa udangnya. Itu sebablah udang ini kalau dipasaran harganya mahal. Tapi kalau kat tempat saya ini boleh dikatakan masih murah lagi dan lebih segar rasanya kerana baru saja ditangkap dari laut bukan dari kolam. Kini tinggal udang kara sahaja yang belum aku rasa. Lepas ini aku mahu cari udang kara pula. Bersedia lah kamu wahai si udang kara.



Memang segar
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

MUSIM MEMANCING SUDAH TIBA

Cuaca semakin bertambah baik di daerah Sandakan walaupun hujan tetap turun hampir setiap hari namun itu tidak menghalang pemancing-pemancing tegar memulakan aksinya pada tahun ini. Aku tidak terkecuali cuma aktiviti memancing tidaklah sekerap yang boleh. Tengok keadaan cuaca juga dulu baru turaun ke lubuk ikan. Pendek cerita, sekarang bermulalah musim memancing di daerah Sandakan.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bawang Oh! Bawang


Sekarang ini bawang merah kat pasar-pasar di Sabah dan mungkin sekali di Malaysia telah berkurang ataupun langsung tiada. Kalau ada pun harganya meningkat berganda-ganda dari harga yang sebenar.

Seperti yang kita tahu, bawang merah merupakan bahan terpenting dalam masakan di Malaysia. Kalau tiada bawang alamat masakan nanti tidak lah rasa sedap ataupun kurang rasanya. Namun, realitinya bawang yang ada di Malaysia sebenarnya di import dari India. Krisis bawang merah ini adalah disebabkan pengeluaran bawang merah di India telah berkurangan. Ini disebabkan kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.

Di India, bawang merah menjadi sumber utama membuat rempah dan pelbagai lagi masakan. Tidak menghairankan lah jika bawang merah itu merupakan nadi utama di India sampaikan boleh berlaku rusuhan kalau ketiadaan bawang merah di pasaran India. Kerajaan India pun boleh berubah sekelip mata jika kerajaan tersebut tidak menjada kepentingan bawang merah. Itulah kekuatan bawang merah di India.

Buat masa ini, kerajaan tidak mengawal harga bawang merah dipasaran Malaysia. Jika harganya naik di pasaran antarabangsa maka bawang merah yang dijual akan turut naik di negara kita. Memandangkan bawang merah bukan barang terkawal, peniaga pun ikut suka menaikan harga bawang merah. Jika bernasib baik, dapatlah kita harga bawang merah yang murah sikit dari peniaga tapi jika tidak, mahallah jawabnya.

Baru-baru ini, saya mencari bawang merah di pasar. Beberapa pasar saya pergi, bawang merah langsung tidak dijual. Yang ada bawang putih dan bawang besar saja. Mau tidak mau terpaksalah beli bawang besar menganti bawang merah. Tapi, baru tadi saya terjumpa orang menjual bawang merah. Kunun-kunun mau lah membeli bawang merah, sekali tanya harganya RM6 untuk sebungkus bawang yang mungkin didalam ada 15 biji bawang. Mahalnya saya bilang. Alih-alih tidak jadilah saya beli bawang merah tersebut. Biarlah tiada bawang merah dalam masakan. Janji masakan boleh juga dimakan walaupun kurang sikit rasanya janji kenyang.

Diharap selepas tahun baru cina ini, bawang merah kembali banyak dipasaran dan harganya kembali seperti sediakala. Bukan apa, tapi kalau tiada bawang merah ini lain juga rasanya. Akhirkata hidup bawang merah..hahaha

"Selamat Tahun Baru Cina kepada Semua"
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

BlackBerry PlayBook and iPad Comparison: Web Fidelity



Kepada sesiapa yang rasa-rasa ingin membeli Apple iPad ataupun Blackbery Playbook untuk komputer tablet anda. Disini terdapat perbandingan antara kedua-dua model komputer tablet dari segi paparan web dan beberapa lagi kelebihan yang ada dalam kedua-dua model ini. Jika anda masih teragak-agak mahu memilih mana satu yang terbaik, lebih baik bertanya atau cuba-cuba pinjam rakan yang sudah membeli alat ini. Kalau puas hati dengan salah satu dari iPad atau Playbook ini, apalagi sambar lah satu.

misimustahil: saya pun belum mau beli lagi memandangkan komputer yang sedia ada lebih dari cukup. Buat apa membazirkan.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Musim hujan aktiviti memancing ditanguhkan

Hujan turun dari awal bulan 1 ni lagi telah menyebabkan aktiviti memancing terpaksa ditanguhkan. Aktiviti akan di teruskan apabila keadaan kembali pulih dan ikan-ikan mula aktif memakan umpan. Kepada kaki pancing, masa inilah kita berehat dan mengurus kelengkapan pancing. Tapi kalau sudah pemancing tegar,hujan-hujan pun belasah saja.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati



Sekali tengok sedutan filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA terbitan KRU ini, macam mahu pula pi tengok di pawagam. Sebabnya filem ini dijangka mengangkat karya anak muda tempatan ke mata dunia. Diharapkan filem ini seronok dan memuaskan ditonton. Kalau ikut TRAILER filem ini, macam menarik tapi takut-takut ja indah kabar dari rupa. Nantikanlah filem ini yang dijangka keluar tahun ini.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ana Rafali Tolong Ingatkan Aku with lyric.wmv



Lagu ini telah menjadi juara dalam pertandingan juara lagu terbitan tv3. Tahniah kepada Ana Rafali kerana menjadi juara serta mencipta lagu dan lirik yang sungguh indah dan sedap di dengar(pandangan dari saya, tidak tahu lah dari pendengar lain). Apapun kualiti lagu ini ada nilainya yang tersendiri. Cubalah dengar dan hayati lirik lagu ini. Ada sesuatu yang menyebabkan lagu ini diangkat menjadi juara dalam rancangan tersebut. Tahniah sekali lagi kepada Ana Rafali.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua