iklan berbayar

Iklan Berbayar

Malaysia Menang Piala AFF SUZUKI 2010


Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah memenangi Piala AFF Suzuki untuk kali pertama sejak diperkenalkan pada 1996 dengan panggilan Piala Tiger dengan kemenangan 4-2 menewaskan Indonesia. Walaupun saingan yang diterima oleh Malaysia di Indonesia namun berkat 3 gol yang dijaringkan di Malaysia pada perlawanan yang pertama dan 1 gol pada perlawanan kedua telah meranapkan impian Indonesia merangkul Piala keagungan di Asia Tenggara ini.

Pelbagai cabaran dan provokasi diterima oleh pasukan Malaysia. Dengan dituduh kemenangan Malaysia dibantu oleh cahaya lazer(padahal penyokong Indon dulu yang guna lazer) serta dituduh pula menggunakan bomoh. Itu tidak mematahkan semangat pasukan Malaysia untuk terus berjaya. Pelbagai ulasan dan cemuhan dari media Indonesia tentang kemenangan Malaysia. Namun kenyataannya, usaha dan semangat juang Malaysia telah membuktikan segalanya. Syabas kepada pasukan Malaysia dan juga jurulatih Rajagopal yang sangat membawa tuah kepada pasukan Malaysia.
Kesebelasan Utama Negara dengan Jersi Keramat (biru) hehe

Tapi jangan dilupa. Media Malaysia juga adakalanya selalu menjatuhkan pasukan Malaysia. Baru perlawanan pertama yang Malaysia kalah kepada Indonesia di peringkat kumpulan sudah ada media Malaysia mencemuh dan melekeh-lekehkan pasukan sendiri. Dituduh juga pemain Malaysia pegang bola terlalu lama. Malas dan pelbagai lagi ulasan-ulasan yang kalau di dengar dan dibaca bikin PANAS!!.. Namun lihat sekarang..pasti di dada-dada akhbar semua memuji-muji seperti dewa. Mungkin ada juga yang dapat gelaran Datuk lepas ini. Tapi kalau tujuan asal tidak dicapai dahulu, jangan lah mendabik dada dan bermegah dengan kemenangan ini. Harus diingat bahawa sasaran ke Piala Dunia 2018 masih jauh lagi untuk dicapai.

Apa-apapun Tahniah diucapkan kepada Pasukan Malaysia. Ini lah rakyat Malaysia mahukan. Permainan yang cantik dan berani mencipta gerakan. Tidak macam permainan dulu, asal dapat bola terus hantar ke penyerang. Mahu ikut-ikut gaya permainan Liga England tapi larian dan ketinggian belum cukup sampai ke tahap itu. Sekarang mainan Malaysia cantik dan berkualiti. Dari pertahanan dan tengah semua bergerak. Ini barulah dikatakan bola sepak gaya Malaysia. Tidak sia-sia pegi stadium, tengok siaran langsung sambil makan keropok dan membeli jersi warna biru atau kuning kerana kita boleh berbangga dengan pasukan Malaysia kita.
MALAYSIA BOLEH !!

Yang kita bangga pasukan Malaysia langsung tidak mengunakan pemain Import yang diberi status warganegara untuk majukan bola sepak negara. Syabas FAM
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Buat Komik mudah dengan Stripgenerator

Muka depan Stripgenerator (klik pada imej untuk ke laman web)

Satu laman web menarik untuk membuat komik secara dalam talian. Anda boleh membuat komik dan memaparkan didalam galeri anda.Tatapi anda perlu mendaftar sebagai ahli dulu sebelum dapat buat komik. Selain itu bakat anda dalam membuat komik juga boleh dikongsi dengan orang ramai dari segenap pelusuk dunia. Manatau anda mempunyai bakat yang tersendiri dan komik anda memang menarik untuk diikuti, nanti akan jadi satu fenomena pula kan jika anda terkenal dengan komik tersendiri. Okey selamat mencuba.

Antara Koleksi komik yang bolek diikuti
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Gear pancing biasa-biasa sahaja

Tadi petang, saya singah sekejap kat kedai pancing Kota Marine di bandar Sandakan. Hajat nak tengok barang-barang pancing. Tiba ja ke kedai tersebut,banyak pula barang-barang pancing baru sampai terutama gear pancing yang murah-murah tapi kalau di gunakan jangan bilang ikan yang cikai-cikai sahaja boleh di tumpaskan tapi ikan-ikan tahap dewa pun boleh naik kalau kena caranya. Setelah memilih dah membelek-belek jenama gear yang ada, akhirnya saya membeli jenama CHOMIS dengan 8+1 bearing di dalamnya serta tali tangsi 20paun tersedia di dalamnya. Harga yang di beri adalah RM45.00 dan ada jenama lain juga dalam lingkungan harga tidak lebih dari RM60.Bagi saya, kalau setakat mahu memancing suka-suka dan bukan la mahu memancing tahap pemancing tegar, cukuplah set macam ni di miliki sebab kalau mahu ke lautan dalam baru saya beli set jenama SHIMANO yang di idam-idamkan. Hehehe
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Salah ejaan

Salah satu pasaraya d pekan Beaufort telah membuat promosi untuk menarik minat pembeli d pasaraya itu. Namun iklan yang dibuat pula salah ejaan. Lihat pada perkataan HALI, sepatutnya ejaannya AHLI. Saya pada mulanya pun keliru tapi bila di tengok berulang kali lucu pula. Haha apapun lain kali periksa dulu apa yang mahu di tulis.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SOFTWARE PILIHAN : My Address Book & Hijrah Calender

MY ADDRESS BOOK

Perisian ini sesuai untuk pengguna menyimpan data tentang alamat, email, nombor telefon dan juga alamat laman web atau blog rakan-rakan kita. Dengan menggunakan perisian ini segala urusan untuk menyimpan maklumat tentang cara berhubung dengan rakan akan terpelihara. Yang penting buatlah katalaluan supaya maklumat tersebut tidak dibocorkan.

klik pada imej untuk download perisian

HIJRAH CALENDER

Satu lagi perisian yang boleh dicuba untuk mengetahui tarikh kalender hijrah dalam bulan islam. Ia juga disertakan dengan kalender biasa yang kita guna sekarang. Perisian ini amat mudah dan sesuai digunakan bagi yang sering tidak ingat atau terlepas pandang bulan-bulan hirah islam dalam diri kita. Selalunya bulan-bulan islam yang kita tahu adalah ketika mula puasa dan hari raya. Kalau bulan-bulan lain mungkin tidak lah diambil peduli sangat.

klik pada imej untuk download perisian
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ubuntu Effects- Satu Kelainan



Baru-baru ini saya telah menginstal OS Ubuntu 10.10 pada laptop saya. Untuk permulaan alasan saya untuk mencuba Ubuntu ini adalah kerana ingin mencuba kelainan dan mahu lari dari OS Windows. Bila saya dah menggunakan Ubuntu ini, banyak kelebihan dan menarik bila digunakan dan dipelajari. Kalau diikut melalui video diatas, effects dalam Ubuntu tersebut adalah sangat hebat dan kalau ada sesiapa yang masih peminat tegar OS Windows mesti akan terkincing-kincing melihat pada yang terpapar dalam laptop korang. Tapi apa yang tidak best kat Ubuntu ini adalah tidak boleh memainkan game yang hebat-hebat dan tidak boleh buat kerja seperti yang kita buat selalu dalam Microsoft Office dan perisian lain yang dibuat sesuai dengan windows. Namun jangan pula dipandang remeh pula Ubuntu ini sebab ada juga perisian didalamnya yang boleh digunakan dan juga terdapat beberapa perisian tambahan yang boleh dimuat turun. Tapi apa yang best dengan Ubuntu ini ianya adalah percuma. Cuma download kat laman web Ubuntu OS Ubuntu ini dan anda tinggal instal sahaja. Selain itu anda juga boleh membuat 2 Boot pada komputer anda. OS Windows dan juga OS Ubuntu. Jadi bila nak main internet gunalah Ubuntu kerana ia bebas Virus dan bila nak buat kerja dan nak main game gunalah windows pula. Mudah dan ringkas..Selamat Mencuba
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati


Angler's Delight seafood Restauran di Beringgis , Papar

Isnin 13 Dis 2010, hujan yang turun dalam minggu ini telah menyebabkan sungai-sungai berkeadaan keruh dan sejuk. Ini menyebabkan kegiatan memancing di lubuk-lubuk tertentu tergendala. Namun gian memancing pula semakin kuat, lalu satu trip telah dirancang untuk menduga kolam ikan yang terdapat di Kg Berunggis Papar. Angler's Delight seafood Restauran bukan saja menyediakan restauran seafood tetapi terdapat juga kolam pancing yang boleh di layan di sini. Tempat kolam pancing ini tidak la sukar di temui, ianya terletak sebelum dengan sungai Beringgis. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Bayaran masuk hanya RM57 untuk 5 jam serta 1 joran dan kalau kita memancing hanya 3 jam sahaja, sebahagian wang dikembalikan.Kolam yang agak besar(sebesar 2 buah gelangang Futsal) dan cantik

Ikan Siakap putih adalah penghuni tetap kolam ini serta beberapa jenis ikan lagi yang belum dikenalpasti kerana menurut cerita pengunjung kolam ini, ada juga ikan keretang di simpan didalam kolam ini. Tapi belum lagi berjaya di daratkan oleh pemancing-pemancing yang berkunjung ke kolam ini.Ikan Siakap pertama setelah 2 kali strike terlepas

Saya telah di temani oleh 2 orang rakan saya memancing sambil merehatkan diri dari kesibukan kerja. Sebelum hendak pergi ke kolam tersebut, kami telah singgah ke Kg Benoni untuk membeli udang hidup. Harga untuk seekor udang hidup yang sebesar jari budak umur 2 tahun adalah dalam 30 hingga 20 sen seekor. Udang hidup adalah amat praktikal bagi menjinakkan ikan siakap yang menghuni di kolam ini. Namun adalah menjadi kesilapan kami tidak membawa alat oksigen yang mengunakan bateri. Ini kerana udang tersebut telah mati kerana terlalu lama disimpan dalam bekas. (kami pegi makan dahulu di Pekan Papar sebelum ke Kolam tersebut. Itulah udang tersebut menemui ajal dengan cepat. Hehehe). Lalu kami menggunakan juga umpan tersebut kerana tiada pilihan lagi dan tidak mahu membazir dengan umpan yang sudah dibeli.Ikan Siakap pertama En. Api Burn

Setibanya kami di kolam tersebut, kami mendapati hanya kami bertiga sahaja yang datang memancing. Mungkin disebabkan bukan cuti umum. Kalau cuti umum mungkin lambat saja kami sampai tiadalah tempat kami mau pancing.En. Were berjaya dengan tangkapan terbesar trip kali ini

Dengan mengunakan umpan yang telah mati kami mula memancing. Namun setelah 15 minit menunggu umpan disentuh, sekelumit ikan kecil pun tidak mematuk umpan kami. Ini la cabaran. Sambil berborak-borak dengan rakan macam mana hendak menipu ikan siakap ini memakan umpan mati ini saya telah mencuba melontar umpan tersebut dan mengarau dengan perlahan-lahan ke tebing kolam. Pada mulanya anak-anak ikan siakap mula mengejar dan memakan umpan kecil tersebut. Ini petanda baik, lalu saya mula membuat aksi itu berulang kali di depan tempat kami memancing. Dengan tidak semana-mana seekor ikan siakap telah menyambar umpan saya, "Nah, sudah mengena !!," kata saya. Layan habis ikan siakap kedua

Maka bertarung la saya dengan ikan siakap kolam. Lompatan demi lompatan telah di lakukan oleh ikan tersebut untuk melepaskan diri dari mata kail yang mengena di mulut ikan tersebut. Namun kesilapan kecil telah saya lakukan, Saya telah menanrik dengan agak kasar dan akhirnya ikan tersebut terlepas. Berputih mata dan rasa geram pula dibuatnya.

Posting sakan dengan tangkapan siakap lagi

Saya tidak mau mengalah, kali kedua saya mencuba. Umpan mengena lagi, kali ini permainan agak cepat. Ikan sekali melompat dah terlepas. Mungkin mata kail tak lekat sangat kat mulut ikan. Berputih mata lagi. Rakan saya yang turut teruja melihat strike 2 kali yang saya dapat telah mencuba kaedah yang saya praktikan tadi, akhirnya dia dapat strike dan terus berjaya mendaratkan ikan siakap hampir 700g itu. Bikin panas pula melihat kawan sekali cuba berjaya pula menaikan terus.

Biar pun hujan, perjuangan tetap diteruskan

Saya mencuba lagi dan akhirnya strike kali ini saya layan pelan-pelan. Setelah melayan asakan ikan siakap tersebut akhirnya ikan itu berjaya juga di daratkan. Gembira bukan kepalang. Sebab lesen telah ada. Setelah 1 jam lebih kami bertiga memancing, sebanyak 6 ekor ikan siakap telah berjaya didaratkan. Namun selepas 2 jam kami memancing, awan hitam telah berarak menuju ke kawasan tempat kami memancing dan hujan pun turun dengan lebat. Habis rosak rancangan kami mahu menambah bilangan ikan yang kami pancing. Namun sebagai pemancing tegar, hujan-hujan pun kami redah. Hasilnya tidak kami dapat pun seekor ikan di waktu hujan turun. Mungkin kerana air telah sejuk dan ikan tidak lagi aktif mencari makan. Kami pun pulang selepas 3 jam bereda di kolam tersebut dan mendapat baki wang kami kerana kami memancing tidak sampai 5 jam.
Berbaloi atau tidak berbaloi..datang lah

Walaupun mengunakan umpan mati, kalau ada tekniknya, ikan pun boleh dijerat. Namun kalu tiada nasib, memang ulung jua.

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Laman Blog Automobil yang Menarik di Ikuti

Laman Blog Automotive Terkenal buatan Malaysia iaitu Paul Tan Automotive adalah salah satu blog yang menceritakan pelbagai info tentang kereta-kereta keluaran terbaru dan ada juga kereta-kereta yang sedang dalam pembinaan. Kalau anda peminat kenderaan dan ingin mendapatkan info tentang kereta, saya syorkan laman blog ini untuk di ikuti. Cuma kalau mahu info tentang kereta kebal mungkin takde la dalam blog ini. Klik pada gambar untuk pergi ke blog tersebut
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

JoranKail : Casting yang perlu banyak latihan

Pertama kali berlatih mengunakan joran casting ini punyalah susah. Balik-balik lontar gewang, masa itulah tali akan berkulut (bahasa pasar Sabah). Jadinya tali akan tersimpuh kat gear dan susah nak di uraikan. Mau-tidak mau terpaksalah tali itu dipotong kalau tidak tau cara nak leraikan simpulan tali yang dah kusut masai itu. Namun setelah berkali-kali berlatih dan mencari timing yang sesuai, akhirnya berjaya juga membuat lontaran gewang (mengilat/casting) dengan jayanya. Cuma kena pandai cari penyelarasan gear tersebut. Baru dapat jumpa rahsianya..


Tali masih lagi kekal seperti biasa sebelum membuat lontaran (mengilat)

Sekali mengilat tali sudah berkulut (bersimpul digear)


Beginilah keadaan tali yang berkulut @ bersimpul tadi
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Laman Sosial Buatan Malaysia : Myfriend2u.com


Kehebatan laman sosial facebook telah menyebabkan laman sosial itu menjadi ikutan diserata dunia. Namun, untuk bersaing dengan laman sosial tersebut adalah amat sukar dan mungkin tidak boleh langsung. Tetapi jangan fikirkan bahawa facebook ini tidak boleh ditandingi oleh laman sosial lain. Banyak pesaing-pesaing laman sosial telah muncul untuk menandingi kehebatan laman sosial facebook tersebut. Ini dibuktikan dengan laman sosial buatan Malaysia yang diberi nama myfriend2u.com. Laman ini adalah hasil buah tangan anak-anak Malaysia dan yang pastinya ia lebih menarik dan lebih berinfomasi kepada penggunanya. Selain boleh berfungsi seperti facebook (muka dan rupa pun seakan-akan facebook) yang mempunyai game dan kemaskini status serta gambar, ia juga mengandungi info mengenai tempat-tempat pelancongan yang terdapat di negara kita Malaysia. Mungkin itu salah satu kelebihan buat masa ini untuk laman sosial myfriend2u.com ini. Apa-apa pun cuba dan rasai kelebihan dan kekurangan dalam laman sosial buatan Malaysia ini.

misimustahil : kelemahan laman sosial ini adalah kurang dikenali oleh rakyat Malaysia yang rata-rata lebih cenderung memilih facebook dan twiter sebagai wadah rasmi laman sosial mereka.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SOFTWARE : Media Converter

Di sini ada dua cadangan dari saya untuk sesiapa yang ingin menukar format video anda ke pelbagai format yang anda hendak. Selain itu ia juga boleh menukar video ke format MP3 ataupun format audio yang lain. Kita lihat media converter yang saya cadangkan ini.

1) Video Converter Factory

Video Converter Factory ini lebih sesuai kalau digunakan untuk menukar vormat video seperti AVI, MPEG, MP4, 3GP dan lain-lain lagi kepada bentuk Flash. Seperti yang kita tahu, format video flash adalah sangat sesuai kalau digunakan dalam laman web atau digunakan bagi email ini kerana video flash sangat ringan dan mudah dimuat turun ke laman web kerana saiznya yang kecil itu.




2) Quick Media Converter

Untuk software ini pula, ia berguna untuk semua jenis media. Namun fail untuk software ini agak besar sedikit dibandingkan dengan yang tadi. Apa-apapun cuba dahulu kedua-dua software ini dan pilihlah mana yang sesuai.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

IKAN TERHANDAL : ALAT CASTING ABU GARCIA

Set Casting jenama Abu Garcia dengan joran jenama Velocity

Model Black Max-L


Joran Velocity 6-14LB

Set dengan percuma topi..RM300...ni..haha

Baru-baru ni saya telah membeli satu set alat memancing casting jenama Abu Garcia dengan joran jenama Velocity. Harga dalam RM300....... ke atas untuk kedua-dua alat tersebut.(tidak termasuk tali dan gewang). Mungkin harganya tidak terlalu mahal tetapi untuk amatur macam saya, mungkin harganya berbaloi untuk memiliki satu set casting fish. Apapun set ini akan di uji tidak lama lagi. Kalau berhasil, memang berbaloi-baloi tapi kalau tidak berhasil,..huhuhu la..hehe


Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SOFTWARE - Free MP3 Trim


Jika anda hendak mengubah lagu kegemaran anda untuk digunakan untuk nada dering handphone anda ataupun untuk digunakan sebagai sedutan lagu-lagu kegemaran, anda boleh menggunakan perisian Free MP3 Trim ini. Perisian ini adalah percuma dan ia mudah digunakan. Jika anda berminat dan ingin mencuba perisian ini sila muat turun ke laman web softpedia atau klik saja disini.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Manisnya Raya Bila...Masamnya Raya Jika...

Bila menyambut Hari Raya, apa yang paling menggembirakan dan ceria ialah bila berlaku perkara yang manis-manis aje..tapi bila da berlaku perkara yang masam-masam..hari raya akan jadi hambar..kalu tak pecaya tengok fakta menarik ini..

Manisnya Raya bila
Tetamu yang datang memuji juadah raya yang di sajikan
Masamnya Raya jika
Tetamu yang makan juadah Raya tercirit Birit selepas makan juadah raya yang dihidangkan

Manisnya Raya Bila..
Beraya dengan awek/balak yang cantik gile/hensem giler dan menjadi bualan ramai
Masamnya Raja Jika..
Pasangan yang menjadi teman awek/balak cantik/hensem itu tidak sepadan umpama emas dengan besi buruk..

Manisnya Raya bila..
Baju raya anda merupakan baju raya yang paling cantik dan mahal.Siap ada manik-manik lagi
Masamnya Raya jika..
Baju yang ditempah itu belum siap walau sudah dihantar dikedai 2 bulan sebelum hari raya
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya kepada blogger2 semua. Misi Mustahil mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca blog misi mustahil. Kalau ada silap dan salah, harap dimaafkanlah. Semoga Hari Raya tahun ini memberikan sinar dan kegembiraan kepada semua. Selamat Hari Raya Semua...
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PUSARA LEBUH RAYA


Hari raya semakin hampir, oleh itu jalan raya di seliruh negara semakin sibuk dan sesak dengan pelbagai kenderaan. Walaupun jalan raya di negara kita merupakan salah satu jalan raya yang paling moden dan teratur namun peratus kemalangan yang berlaku di negara adalah sangat tinggi. Kenapa perkara ini sering berlaku setiap kali musim perayaan menjelma? Untuk mencari jawapannya bukan susah. Kita lihat statistik kemalangan yang berlaku setiap tahun. Kemalangan kenderaan apakah yang paling banyak mengorbankan nyawa dan setiap hari menyumbangkan kadar kemalangan yang tinggi. Penungang motorsikal merupakan penyumbang yang tinggi kepada kadar kemalangan yang tinggi ini. Tengok saja statistik yang dikeluarkan saban tahun. Mesti penungang motorsikal yang paling tertinggi.

Bagaimana nak mengatasinya? Terpulanglah kepada kerajaan dan juga penguna motorsikal. Namun bagi saya, biar pelbagai kempen diadakan, penguna motorsikal ni tetap juga menyumbangkan kadar kemalangan yang tinggi, caranya yang paling mudah ialah dengan MENGHARAMKAN SEBARANG JENIS MOTORSIKAL BERADA DI ATAS JALAN RAYA SEPANJANG OPP SIKAP DI JALANKAN.Biarlah sukar dilalukan namun bila dilihat hasilnya nanti mungkin berbaloi-baloi.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SOLAT SUNAT TARAWIH 20 ATAU 8 RAKAAT


Solat Sunat Tarawih adalah digalakan diamalkan ketika bulan puasa. Banyak kelebihan yang boleh didapati bila melakukan amalan tersebut. Namun, dalam kita sedang asik menunaikan ibadat yang mulia dibulan yang suci ini, ada suara-suara sumbang kedengaran berkenaan solat sunat tarawih ini. Ada sebilangan umat islam lebih suka melakukan solat tarawih ini 8 rakaat sahaja, manakala sebilangan darinya lebih suka membuat sebanyak 20 rakaan. Berbagai-bagai pendapat dan dalil-dalil yang keluar berkenaan solat tarawih 8 rakaat dan 20 rakaat ini. Namun bagi saya, daripada bertikam lidah menentukan mana satu bilangan rakaat yang lebih afdal, lagi baik menunaikan mana yang wajib dahulu. Puasa, Sembahyang 5 waktu dan berzakat adalah perkara wajib yang patut dibuat oleh setiap umat islam. Jadi, tumpuhkanlah perkara yang wajib sebelum melakukan perkara yang sunat.

p/s : Ada umat islam, sembahyang terawih dikejar dan dibuat tiap-tiap malam pada bulan puasa tetapi bila sembahyang 5 waktu sehari, tidak pernah dibuat dan kadang-kadang dibuat, kadang-ladang tidak..Fikir-fikirkanlah yee..
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

MISTERI ETNIK BAJAU LAUT DAERAH BELURAN




Ini merupakan salah satu misteri etnik kaum Bajau Laut daerah Beluran. Ini merupakan salah satu adat turun temurun masyarakat ini. Tanggal 10 Syahban pada kalendar islam, masyarakat di Kg Tetabuan ini akan mengadakan majlis menziarah kubur saudara mara mereka. Mereka akan mengadakan majlis bacaan tahlil dan juga sedikit jamuan bagi menyambut majlis yang disambut pada setiap 10 syahban setiap tahun. Keunikan yang jarang kita dapat lihat ini seumpama pesta dan dapat dilihat seluruh penduduk kg akan berkumpul ditanah perkuburan ini untuk membaca tahlil dan doa sejahtera kepada saudara mara mereka yang telah meninggal dunia.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK



Salam Ramadhan Al Mubarak kepada pengunjung-pengunjung blog misi mustahil. Diharap bulan Ramahdan tahun ini memberikan lebih keinsafan kepada semua umat islam.

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati


Baru-baru ini saya ada membeli sebuah buku yang bertajukPalestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontempori dan Penyelesaiannya.Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah. Bagi saya, buku ini bagus untuk dibaca dalam memahami perjuangan sebenar rakyat Palestin dalam menuntut hak mereka. Belilah dan carilah buku ini.



Penulis

: Dr. Zulkifli al-Bakri

: Fatimah Syarha Mohd Noordin







Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Senarai barangan dari ISRAEL yang perlu kita Boikot

Brands and labels to boycott:

1. Fast Food
- Mc Donald's
- KFC

2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company

FAKTA

* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


Senarai Barangan Boikot

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?
Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israeil.

Marilah sama-sama kita memboikot barangan tersebut.

Sumber: JAKIM & Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

TOKEY GECKO-Ubat Kanser????


Betul kah binatang yang di panggil TOKEY GECKO ini boleh menggubat penyakit kanser ?
Di Sabah, binatang ini menjadi buruan dan orang ramai sibuk bercerita tentang binatang ini. Bila ia dijual, nilainya boleh mencecah angka ribuan. Oleh yang demikian, ramailah orang yang mencari binatang ini. Kalau begitu, lambat laun binatang ini akan pupus dan suatu masa nanti generasi akan datang tidak akan jumpa lagi binatang ini. Diharap pihak yang berwajib memantau dan memberkas aktiviti yang tidak betul ini. Ataupun pihak berkuasa sendiri yang mencari benda ini untuk dijadikan ubat. Siapa tau kan.....
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Belajarlah fardhu ain

Video ini memaparkan adengan yang sangat memberi pengajaran kepada semua umat islam di negara kita. Walaupun babak dalam video ini agak melucukan namun terdapat pengajaran yang sangat penting bagi semua umat islam iaitu pembelajaran asas fardhu ain perlulah dipelajari. Kalau tidak jadilah kes dalam video ini.


Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

1 MEI-HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Semoga hari pekerja tahun ini akan memberikan lebih manafaat kepada semua pekerja di Malaysia.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SEMBAHYANG FARHDU 5 WAKTU ATAU SEMBAHYANG JUMAAT 1 KALI SEMINGGU

Pada masa dan ketika ini, saya melihat umat islam di negara ini dan mungkin di seluruh dunia akan berkumpul di masjid atau surau pada setiap hari Jumaat. Syukur la pada tuhan atas kesedaran yang di tunjukkan oleh semua umat islam. Namun apa yang memuskilkan dan menghairankan, umat islam lebih suka datang menunaikan sembahyang Jumaat dari menunaikan sembahyang Farhdu 5 waktu sehari. Betul atau tidak tetapi itulah kebenaran yang telah saya lihat di depan mata dan di sekeliling saya sendiri.

Saya ada ramai rakan. Namun setiap rakan yang saya kenali itu tidak menunaikan sembahyang Fardhu 5 waktu. Tetapi apabila sembahyang Jumaat, rakan-rakan saya ini rajin pula melakukannya. Jika tidak pegi sembahyang Jumaat kata mereka tidak sah..Entah dari mana diaorang dapat ajaran ini. Kalau sembahyang 5 waktu pun tidak dibuat, tiada guna juga kalau sembahyang Jumaat di buat. Macam kita buat benda yang tidak berfaedah. Seperti juga kita dengan agama lain yang bersembahyang hanya pada hari tertentu setiap minggu. Itulah umat islam kita sekarang, mudah terikut-ikut dengan budaya dari agama lain.

Saya harap pihak ulama dan jabatan agama islam buat lah sesuatu untuk membetulkan keadaan ini supaya umat islam boleh membuat pembetulan keatas kesilapan mereka sendiri.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mStar Online : JANTUNG BUKAN HATI...

Membaca pelita hati la dulu......

mStar Online : JANTUNG BUKAN HATI...
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ROKOK MENGANDUNGI DARAH BABI !!!!!!

Artikel dari Akhbar KOSMO

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

p/s : Betul ka atau tidak..fikir-fikirkanlah untuk para perokok ya

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ADIK ADIKKU-Rancangan realiti di TV1 anjuran JAKIM

Satu rancangan yang sangat menarik untuk ditonton. Rancangan ini berbentuk pertandingan pidato islam. Akhirnya terbit juga rancangan yang bercorakkan sebegini diterbitkan. Tahniah kepada JAKIM dan TV1(RTM) kerana menganjurkan rancangan realiti ini. Daripada kita melihat dan disogokkan dengan rancangan realiti yang berbentuk hiburan & nyanyian. Bagus kita tengok rancangan macam ini. Bila lihat rancangan sebegini, mesti bangga ibu bapa peserta rancangan Adik-Adikku ini kerana dapat melihat anak-anak mereka beraksi diatas pentas dengan ilmu dan keberanian mereka berhujah dari melihat anak mereka berhibur dan bernyanyi di atas pentas sambil menari dan berpakaian seksi. Diharap rancangan ini akan diteruskan dan diperluaskan pada masa depan. Tahniah sekali lagi kepada RTM dan JAKIM.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Rancangan TV yang Memboringkan

Baru-baru ini aku melihat beberapa rancangan d TV. Mahupun TV kerajaan ataupun TV Swasta dan TV berbayar. Semuanya sama sahaja. Ceritanya berulang-ulang. Aku paling heran dengan TV2. Kalau mahu menyiarkan siaran teater lagenda pun, jangan la dalam 1 tahun cerita yang sama sahaja diulang2. Kalau x silap aku, cerita P.Ramlee la yg paling banyak di ulang siar. Kalau cerita bujang lapok di siar bulan jan ini, nanti bulan mei gerenti kena siar lagi. Punyalah banyak cerita P. Ramlee yang aku sendiri tidak pernah tengok tidak pula disiar. Kalau bukan cerita P. Ramlee, siarkanlah cerita dari lagenda yang lain.
Klu TV swasta pula, x sah kalau x crta Indo..Sampai budak2 pun da pandai cakap indon..Peribahasa melayu pun x pula mereka pandai.
Apapun diharap TV di negara kita ini akan dapat menyiarkan rancangan yang berbentuk ilmiah dan berguna dari hiburan semata-mata.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SMS PALSU UNTUK DOWNLOAD VIDEO LUCAH

Sejak akhir-akhir ini byk betul sms berbau lucah dapat saya terima. SMSnya berbunyi seperti begini "ANDA TERPILIH UTK MENIKMATI MODEL TERPANAS KAMI, SILA BALAS YA UTK MENDAPAT KOLEKSI PERIBADI TERPANAS KAMI. AMARAN UNTUK 18SX SAHAJA..0147437120..punyalah bikin panas SMS ini. Kenapa pihak yang berkenaan tidak membenteras gejala ini. benda ini semakin hari semakin menjadi. kadang-kandang dalam sehari saya boleh mendapat 2-5 SMS Lucah sebegini..Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kepada penyebar SMS begini.Supaya ia tidak menipu orang awam..
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua