iklan berbayar

Iklan Berbayar

Laman Sosial Buatan Malaysia : Myfriend2u.com


Kehebatan laman sosial facebook telah menyebabkan laman sosial itu menjadi ikutan diserata dunia. Namun, untuk bersaing dengan laman sosial tersebut adalah amat sukar dan mungkin tidak boleh langsung. Tetapi jangan fikirkan bahawa facebook ini tidak boleh ditandingi oleh laman sosial lain. Banyak pesaing-pesaing laman sosial telah muncul untuk menandingi kehebatan laman sosial facebook tersebut. Ini dibuktikan dengan laman sosial buatan Malaysia yang diberi nama myfriend2u.com. Laman ini adalah hasil buah tangan anak-anak Malaysia dan yang pastinya ia lebih menarik dan lebih berinfomasi kepada penggunanya. Selain boleh berfungsi seperti facebook (muka dan rupa pun seakan-akan facebook) yang mempunyai game dan kemaskini status serta gambar, ia juga mengandungi info mengenai tempat-tempat pelancongan yang terdapat di negara kita Malaysia. Mungkin itu salah satu kelebihan buat masa ini untuk laman sosial myfriend2u.com ini. Apa-apa pun cuba dan rasai kelebihan dan kekurangan dalam laman sosial buatan Malaysia ini.

misimustahil : kelemahan laman sosial ini adalah kurang dikenali oleh rakyat Malaysia yang rata-rata lebih cenderung memilih facebook dan twiter sebagai wadah rasmi laman sosial mereka.
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua