Pada masa dan ketika ini, saya melihat umat islam di negara ini dan mungkin di seluruh dunia akan berkumpul di masjid atau surau pada setiap hari Jumaat. Syukur la pada tuhan atas kesedaran yang di tunjukkan oleh semua umat islam. Namun apa yang memuskilkan dan menghairankan, umat islam lebih suka datang menunaikan sembahyang Jumaat dari menunaikan sembahyang Farhdu 5 waktu sehari. Betul atau tidak tetapi itulah kebenaran yang telah saya lihat di depan mata dan di sekeliling saya sendiri.
Saya ada ramai rakan. Namun setiap rakan yang saya kenali itu tidak menunaikan sembahyang Fardhu 5 waktu. Tetapi apabila sembahyang Jumaat, rakan-rakan saya ini rajin pula melakukannya. Jika tidak pegi sembahyang Jumaat kata mereka tidak sah..Entah dari mana diaorang dapat ajaran ini. Kalau sembahyang 5 waktu pun tidak dibuat, tiada guna juga kalau sembahyang Jumaat di buat. Macam kita buat benda yang tidak berfaedah. Seperti juga kita dengan agama lain yang bersembahyang hanya pada hari tertentu setiap minggu. Itulah umat islam kita sekarang, mudah terikut-ikut dengan budaya dari agama lain.
Saya harap pihak ulama dan jabatan agama islam buat lah sesuatu untuk membetulkan keadaan ini supaya umat islam boleh membuat pembetulan keatas kesilapan mereka sendiri.

Tags:
Agama
Post a Comment