Satu rancangan yang sangat menarik untuk ditonton. Rancangan ini berbentuk pertandingan pidato islam. Akhirnya terbit juga rancangan yang bercorakkan sebegini diterbitkan. Tahniah kepada JAKIM dan TV1(RTM) kerana menganjurkan rancangan realiti ini. Daripada kita melihat dan disogokkan dengan rancangan realiti yang berbentuk hiburan & nyanyian. Bagus kita tengok rancangan macam ini. Bila lihat rancangan sebegini, mesti bangga ibu bapa peserta rancangan Adik-Adikku ini kerana dapat melihat anak-anak mereka beraksi diatas pentas dengan ilmu dan keberanian mereka berhujah dari melihat anak mereka berhibur dan bernyanyi di atas pentas sambil menari dan berpakaian seksi. Diharap rancangan ini akan diteruskan dan diperluaskan pada masa depan. Tahniah sekali lagi kepada RTM dan JAKIM.
Tags:
Agama
Post a Comment