Solat Sunat Tarawih adalah digalakan diamalkan ketika bulan puasa. Banyak kelebihan yang boleh didapati bila melakukan amalan tersebut. Namun, dalam kita sedang asik menunaikan ibadat yang mulia dibulan yang suci ini, ada suara-suara sumbang kedengaran berkenaan solat sunat tarawih ini. Ada sebilangan umat islam lebih suka melakukan solat tarawih ini 8 rakaat sahaja, manakala sebilangan darinya lebih suka membuat sebanyak 20 rakaan. Berbagai-bagai pendapat dan dalil-dalil yang keluar berkenaan solat tarawih 8 rakaat dan 20 rakaat ini. Namun bagi saya, daripada bertikam lidah menentukan mana satu bilangan rakaat yang lebih afdal, lagi baik menunaikan mana yang wajib dahulu. Puasa, Sembahyang 5 waktu dan berzakat adalah perkara wajib yang patut dibuat oleh setiap umat islam. Jadi, tumpuhkanlah perkara yang wajib sebelum melakukan perkara yang sunat.
p/s : Ada umat islam, sembahyang terawih dikejar dan dibuat tiap-tiap malam pada bulan puasa tetapi bila sembahyang 5 waktu sehari, tidak pernah dibuat dan kadang-kadang dibuat, kadang-ladang tidak..Fikir-fikirkanlah yee..
Tags:
Agama
Post a Comment