Minggu ini panas dengan isu BERSIH 3.0. Aku pada mulanya malas nak buat ulasan tapi memandangkan ada benda yang tersirat dalam hatiku, maka aku menulis lagi dalam blog ku ni.
BERSIH 3.0...Apa sebenarnya yang berlaku. Dari kejadian rempuhan, pukul memukul dan pelbagai lagi kejadian yang berlaku semasa kejadian tersebut. Yang terlibat pula ialah golongan dari pihak pembangkang yang mendominasi BERSIH 3.0 ini serta pihak POLIS. Tapi kali ini kejadiannya agak ganas.
Melalui kaca TV arus perdana, berita yang dipaparkan menunjukkan kejadian yang teruk menimpa pihak polis dimana dapat dilihat pihak polis dibelasah (kereta diterbalikan dan polis didalam kereta itu dipukul dengan kon polis) dan selalunya beritanya lebih menyebelahi pihak kerajaan. Manakala di saluran alternatif seperti youtube, blog pro kerajaan dan pro pembangkang serta berita media-media bebas seperti malaysiakini,sabahkini,agendadaily dan pelbagai lagi menceritakan kisah dan cerita dari sudut yang berbeza. Macam biasalah jika blog itu merupakan blog penyokong pembangkang maka ceritanya pun menceritakan polis yang mulakan dahulu huru-hara maka kalau dipihak pro kerajaan pula ceritanya akan menceritakan disebaliknya.
Aku menilis ini bukan hendak menyokong sesiapa dalam hal ini. Tapi aku cuma mahu menceritakkan bahawa rakyat kita semakin hari semakin hilang jati diri serta kewarasannya. Tidak kira siapa, dari pihak kerajaan ataupun pembangkang semuanya sama. Tidak sah la kalau tidak terbaca ayat-ayat makian didalam cerita dalam mana-mana blog kedua-dua pihak. Dimana sudah moralnya kalau begitu. Apabila melihat bagaimana polis kena belasah terdetik perasaan marah yang amat sangat kemana manusia-manusia ini. Kenapa sampai begitu sekali perbuatan mereka. Memang aku sangat marah dan sedih dengan kejadian tersebut. Cubalah buat secara aman seperti diSabah. Tiada pun kecoh-kecoh. Inilah apabila hati tidak cukup dengan iman yang kuat. Sekuat mana iman anda jika sanggup buat pekara macam itu.
Aku bukan penyokong mana-mana pihak kerana aku mahu terus berdiri diatas pagar. Aku cuma memerhati apa yang manusia buat dan berfikir tentang bala yang akan tuhan bagi dengan kita dikemudian hari jika kita tidak bersyukur. Percayalah bahawa kejadian tempoh hari sebenarnya adalah ujian dari tuhan untuk menguji sejauh mana keimanan kita.
Kuih Kelupis..merupakan makanan tradisional kaum/masyarakat brunai/kedayan/bisaya di daerah Beaufort, Sabah. Makanan ini dibuat dari beras pulut dan santan. Biasanya makanan ini sering dihidangkan sempena majlis perkahwinan dan juga majlis hari raya serta hari kebesaran yang lain. Cara membuatnya mudah tetapi memerlukan kemahiran lah juga. Kenapa aku cakap mudah sebab orang lelaki pun boleh masak.
Disini aku sudah siapkan dokumentari cara pembuatan kuih kelupis ini. Semoga info yang diberikan ini dapat membantu serba sedikit bagaimana membuat kuih kebanggaan penduduk di daerah Beaufort dan sekitarnya.
Siapa yang tidak kenal dengan nyamuk. Perasan kah anda bahawa sekecil-kecil nyamuk ini boleh membawa kesan yang amat besar kepada dunia. Apa sebenarnya nyamuk itu ? Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15mm.(wikipedia)
Jadi kenapa nyamuk menjadi tajuk tulisan blog aku kali ini. Sebabnya mudah, benarkah nyamuk ini adalah Agen pembawa penyakit atau kekayaan. Kita lihat fakta realiti disebalik nyamuk itu sendiri. Pertama nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi, encephalitis, dan virus Nil Barat.(sumber wikipedia). Kedua nyamuk juga mampu menyebabkan kegatalan pada kulit dan menyebabkan berlaku bengkak akibat digigit oleh nyamuk (ini bagi golongan orang yang alergik dengan sengatan). Selain itu juga, nyamuk ini juga merupakan serangga yang paling mudah membiak dan banyak jumlahnya. Banyak juga kes-kes dipaparkan didada-dada akhbar tentang kes yang melibatkan nyamuk ini terutama kes denggi yang dibawa oleh nyamuk adeas. Pelbagai usaha telah dibuat bagi mengurangkan kes denggi ini tetapi jumlah kes semakin harui semakin meningkat. Oleh itu, jelaslah nyamuk ini merupakan salah satu agen pembawa penyakit.
Namun jangan dilupa pula, sebenarnya disebabkan nyamuk ini juga, ada manusia menjadi kaya dan ada manusia mendapat sumber rezeki melalui makhluk yang dikatakan membawa penyakit ini. Sebagai contoh kita lihat kepada pekara asas apabila ada nyamuk di rumah kita, apa benda yang akan dicari untuk menghalau nyamuk atau membunuhnya. Tentu sekali ubat nyamuk (sepatutnya dipanggil Racun Nyamuk, kalau ubat nyamuk gerenti nyamuk sentiasa sihat setiap masa sebab ada juga ubatnya kalau nyamuk itu sakit hehe). Tidak kira menggunakan racun nyamuk berbentuk asap ataupun yang menggunakan semburan aerosol dan yang terkini sudah menggunakan cecair yang dipanaskan disoket elektrik ia tetap menggunakan duit. Kalau da digunakan duit untuk membeli barangan tersebut mesti ada pengilang atau pembuat barangan tersebut. Maka berdirilah kilang-kilang pembuat racun nyamuk pelbagai jenama hanya bertujuan untuk membuat barangan yang boleh menghapuskan nyamuk. Maka dengan itu lah muncul pula taukey-taukey pemilik kilang tersebut serta pekerja-pekerja di kilang tersebut yang akan menerima keuntungan dan gaji hasil dari jualan barangan tersebut. Bukan itu saja, kat TV pun ada juga iklan berkenaan nyamuk ini. Berlakonlah pelakon-pelakon dalam iklan tv mempromosikan barang racun nyamuk tersebut. Iklan tersebut bukan alang-alang lagi, siap disiar ketika waktu puncak. Mahal bayarannya pada waktu tersebut. Makin kayalah syarikat TV pada waktu itu dan makin terkenalah artis yang berlakon dalam iklan tersebut dan saham pelakon tersebut pun menjadi naik hanya disebabkan dengan seekor nyamuk yang kecil.
Apapun ceritanya, setiap kejadian makhluk tuhan didunia ini sebenarnya ada tugas dan tanggungjawabnya. Ada orang sering merungut dan menyatakan perkataan yang kurang enak tentang nyamuk apabila digigit oleh seekor nyamuk namun kalau dilihat sedalam-dalamnya dari seekor nyamuk itulah menjadi satu sumber kekayaan dan rezeki kepada orang yang pandai mengambil kesempatan keatas seekor nyamuk tersebut. Akhir kata, ingatlah kuasa tuhan. Nyamuk yang sekecil-kecil itu bukan dicipta tanpa sebab, ia sebenarnya banyak memberi hikmah kepada orang yang memahami kebesaran tuhan yang maha esa.
Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua
TRIP CARI LAUK SAHUR Ramadhan 2019
-
04/06/19: Hanya beberapa hari sebelum umat Islam menyambut kehadiran bulan
Ramadhan, seawal jam 7, bot yang memuatkan 8 orang penagih tegar ‘jigging’
meme...
MENGAPA OH MENGAPA
-
Ahad, sebagaimana dirancang, geng IAT turun dengan hajat besar, untuk
menawan lubuk misteri. Perjalan awal pagi dengan harapan yang besar, namun
mula terba...
TRIP KE MABUL - KAPALAI SAMBIL MANCING
-
Trip bersama KEMBARA PULAU seterusnya adalah trip ke Pulau Mabul - Kapalai
bersama Geng Engineer JPM&R dan Kaki Pancing Joran Terusan Group. Trip
terlaks...
Politik ooo Politik
-
Hi...lama tak update blog ni. Biasalah sibuk dan takda idea nak update.
Idea menulis ni pun muncul sebab dalam Facebook sekarang ni heboh dan kacau
dengan ...
Pencapaian UPSR 2010 suatu pencapaian yang baik.
-
Terima kasih kepada semua warga SKPB yang telah bekerja keras dalam
meningkatkan keputusan UPSR sekolah 2010.
Guru Besar : Banyak memberi sokongan dalam per...
VIDEO PERSEKITARAN SEKOLAH
-
Video Ini Adalah Pemandangan Terkini Sk Tetabuan, Beluran yang telah
diambil pada bulan Oktober yang lalu.
SELAMAT MENONTON