iklan berbayar

Iklan Berbayar

Malaysia Menang Piala AFF SUZUKI 2010


Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang telah memenangi Piala AFF Suzuki untuk kali pertama sejak diperkenalkan pada 1996 dengan panggilan Piala Tiger dengan kemenangan 4-2 menewaskan Indonesia. Walaupun saingan yang diterima oleh Malaysia di Indonesia namun berkat 3 gol yang dijaringkan di Malaysia pada perlawanan yang pertama dan 1 gol pada perlawanan kedua telah meranapkan impian Indonesia merangkul Piala keagungan di Asia Tenggara ini.

Pelbagai cabaran dan provokasi diterima oleh pasukan Malaysia. Dengan dituduh kemenangan Malaysia dibantu oleh cahaya lazer(padahal penyokong Indon dulu yang guna lazer) serta dituduh pula menggunakan bomoh. Itu tidak mematahkan semangat pasukan Malaysia untuk terus berjaya. Pelbagai ulasan dan cemuhan dari media Indonesia tentang kemenangan Malaysia. Namun kenyataannya, usaha dan semangat juang Malaysia telah membuktikan segalanya. Syabas kepada pasukan Malaysia dan juga jurulatih Rajagopal yang sangat membawa tuah kepada pasukan Malaysia.
Kesebelasan Utama Negara dengan Jersi Keramat (biru) hehe

Tapi jangan dilupa. Media Malaysia juga adakalanya selalu menjatuhkan pasukan Malaysia. Baru perlawanan pertama yang Malaysia kalah kepada Indonesia di peringkat kumpulan sudah ada media Malaysia mencemuh dan melekeh-lekehkan pasukan sendiri. Dituduh juga pemain Malaysia pegang bola terlalu lama. Malas dan pelbagai lagi ulasan-ulasan yang kalau di dengar dan dibaca bikin PANAS!!.. Namun lihat sekarang..pasti di dada-dada akhbar semua memuji-muji seperti dewa. Mungkin ada juga yang dapat gelaran Datuk lepas ini. Tapi kalau tujuan asal tidak dicapai dahulu, jangan lah mendabik dada dan bermegah dengan kemenangan ini. Harus diingat bahawa sasaran ke Piala Dunia 2018 masih jauh lagi untuk dicapai.

Apa-apapun Tahniah diucapkan kepada Pasukan Malaysia. Ini lah rakyat Malaysia mahukan. Permainan yang cantik dan berani mencipta gerakan. Tidak macam permainan dulu, asal dapat bola terus hantar ke penyerang. Mahu ikut-ikut gaya permainan Liga England tapi larian dan ketinggian belum cukup sampai ke tahap itu. Sekarang mainan Malaysia cantik dan berkualiti. Dari pertahanan dan tengah semua bergerak. Ini barulah dikatakan bola sepak gaya Malaysia. Tidak sia-sia pegi stadium, tengok siaran langsung sambil makan keropok dan membeli jersi warna biru atau kuning kerana kita boleh berbangga dengan pasukan Malaysia kita.
MALAYSIA BOLEH !!

Yang kita bangga pasukan Malaysia langsung tidak mengunakan pemain Import yang diberi status warganegara untuk majukan bola sepak negara. Syabas FAM
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Buat Komik mudah dengan Stripgenerator

Muka depan Stripgenerator (klik pada imej untuk ke laman web)

Satu laman web menarik untuk membuat komik secara dalam talian. Anda boleh membuat komik dan memaparkan didalam galeri anda.Tatapi anda perlu mendaftar sebagai ahli dulu sebelum dapat buat komik. Selain itu bakat anda dalam membuat komik juga boleh dikongsi dengan orang ramai dari segenap pelusuk dunia. Manatau anda mempunyai bakat yang tersendiri dan komik anda memang menarik untuk diikuti, nanti akan jadi satu fenomena pula kan jika anda terkenal dengan komik tersendiri. Okey selamat mencuba.

Antara Koleksi komik yang bolek diikuti
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Gear pancing biasa-biasa sahaja

Tadi petang, saya singah sekejap kat kedai pancing Kota Marine di bandar Sandakan. Hajat nak tengok barang-barang pancing. Tiba ja ke kedai tersebut,banyak pula barang-barang pancing baru sampai terutama gear pancing yang murah-murah tapi kalau di gunakan jangan bilang ikan yang cikai-cikai sahaja boleh di tumpaskan tapi ikan-ikan tahap dewa pun boleh naik kalau kena caranya. Setelah memilih dah membelek-belek jenama gear yang ada, akhirnya saya membeli jenama CHOMIS dengan 8+1 bearing di dalamnya serta tali tangsi 20paun tersedia di dalamnya. Harga yang di beri adalah RM45.00 dan ada jenama lain juga dalam lingkungan harga tidak lebih dari RM60.Bagi saya, kalau setakat mahu memancing suka-suka dan bukan la mahu memancing tahap pemancing tegar, cukuplah set macam ni di miliki sebab kalau mahu ke lautan dalam baru saya beli set jenama SHIMANO yang di idam-idamkan. Hehehe
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Salah ejaan

Salah satu pasaraya d pekan Beaufort telah membuat promosi untuk menarik minat pembeli d pasaraya itu. Namun iklan yang dibuat pula salah ejaan. Lihat pada perkataan HALI, sepatutnya ejaannya AHLI. Saya pada mulanya pun keliru tapi bila di tengok berulang kali lucu pula. Haha apapun lain kali periksa dulu apa yang mahu di tulis.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SOFTWARE PILIHAN : My Address Book & Hijrah Calender

MY ADDRESS BOOK

Perisian ini sesuai untuk pengguna menyimpan data tentang alamat, email, nombor telefon dan juga alamat laman web atau blog rakan-rakan kita. Dengan menggunakan perisian ini segala urusan untuk menyimpan maklumat tentang cara berhubung dengan rakan akan terpelihara. Yang penting buatlah katalaluan supaya maklumat tersebut tidak dibocorkan.

klik pada imej untuk download perisian

HIJRAH CALENDER

Satu lagi perisian yang boleh dicuba untuk mengetahui tarikh kalender hijrah dalam bulan islam. Ia juga disertakan dengan kalender biasa yang kita guna sekarang. Perisian ini amat mudah dan sesuai digunakan bagi yang sering tidak ingat atau terlepas pandang bulan-bulan hirah islam dalam diri kita. Selalunya bulan-bulan islam yang kita tahu adalah ketika mula puasa dan hari raya. Kalau bulan-bulan lain mungkin tidak lah diambil peduli sangat.

klik pada imej untuk download perisian
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ubuntu Effects- Satu Kelainan



Baru-baru ini saya telah menginstal OS Ubuntu 10.10 pada laptop saya. Untuk permulaan alasan saya untuk mencuba Ubuntu ini adalah kerana ingin mencuba kelainan dan mahu lari dari OS Windows. Bila saya dah menggunakan Ubuntu ini, banyak kelebihan dan menarik bila digunakan dan dipelajari. Kalau diikut melalui video diatas, effects dalam Ubuntu tersebut adalah sangat hebat dan kalau ada sesiapa yang masih peminat tegar OS Windows mesti akan terkincing-kincing melihat pada yang terpapar dalam laptop korang. Tapi apa yang tidak best kat Ubuntu ini adalah tidak boleh memainkan game yang hebat-hebat dan tidak boleh buat kerja seperti yang kita buat selalu dalam Microsoft Office dan perisian lain yang dibuat sesuai dengan windows. Namun jangan pula dipandang remeh pula Ubuntu ini sebab ada juga perisian didalamnya yang boleh digunakan dan juga terdapat beberapa perisian tambahan yang boleh dimuat turun. Tapi apa yang best dengan Ubuntu ini ianya adalah percuma. Cuma download kat laman web Ubuntu OS Ubuntu ini dan anda tinggal instal sahaja. Selain itu anda juga boleh membuat 2 Boot pada komputer anda. OS Windows dan juga OS Ubuntu. Jadi bila nak main internet gunalah Ubuntu kerana ia bebas Virus dan bila nak buat kerja dan nak main game gunalah windows pula. Mudah dan ringkas..Selamat Mencuba
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati


Angler's Delight seafood Restauran di Beringgis , Papar

Isnin 13 Dis 2010, hujan yang turun dalam minggu ini telah menyebabkan sungai-sungai berkeadaan keruh dan sejuk. Ini menyebabkan kegiatan memancing di lubuk-lubuk tertentu tergendala. Namun gian memancing pula semakin kuat, lalu satu trip telah dirancang untuk menduga kolam ikan yang terdapat di Kg Berunggis Papar. Angler's Delight seafood Restauran bukan saja menyediakan restauran seafood tetapi terdapat juga kolam pancing yang boleh di layan di sini. Tempat kolam pancing ini tidak la sukar di temui, ianya terletak sebelum dengan sungai Beringgis. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Bayaran masuk hanya RM57 untuk 5 jam serta 1 joran dan kalau kita memancing hanya 3 jam sahaja, sebahagian wang dikembalikan.Kolam yang agak besar(sebesar 2 buah gelangang Futsal) dan cantik

Ikan Siakap putih adalah penghuni tetap kolam ini serta beberapa jenis ikan lagi yang belum dikenalpasti kerana menurut cerita pengunjung kolam ini, ada juga ikan keretang di simpan didalam kolam ini. Tapi belum lagi berjaya di daratkan oleh pemancing-pemancing yang berkunjung ke kolam ini.Ikan Siakap pertama setelah 2 kali strike terlepas

Saya telah di temani oleh 2 orang rakan saya memancing sambil merehatkan diri dari kesibukan kerja. Sebelum hendak pergi ke kolam tersebut, kami telah singgah ke Kg Benoni untuk membeli udang hidup. Harga untuk seekor udang hidup yang sebesar jari budak umur 2 tahun adalah dalam 30 hingga 20 sen seekor. Udang hidup adalah amat praktikal bagi menjinakkan ikan siakap yang menghuni di kolam ini. Namun adalah menjadi kesilapan kami tidak membawa alat oksigen yang mengunakan bateri. Ini kerana udang tersebut telah mati kerana terlalu lama disimpan dalam bekas. (kami pegi makan dahulu di Pekan Papar sebelum ke Kolam tersebut. Itulah udang tersebut menemui ajal dengan cepat. Hehehe). Lalu kami menggunakan juga umpan tersebut kerana tiada pilihan lagi dan tidak mahu membazir dengan umpan yang sudah dibeli.Ikan Siakap pertama En. Api Burn

Setibanya kami di kolam tersebut, kami mendapati hanya kami bertiga sahaja yang datang memancing. Mungkin disebabkan bukan cuti umum. Kalau cuti umum mungkin lambat saja kami sampai tiadalah tempat kami mau pancing.En. Were berjaya dengan tangkapan terbesar trip kali ini

Dengan mengunakan umpan yang telah mati kami mula memancing. Namun setelah 15 minit menunggu umpan disentuh, sekelumit ikan kecil pun tidak mematuk umpan kami. Ini la cabaran. Sambil berborak-borak dengan rakan macam mana hendak menipu ikan siakap ini memakan umpan mati ini saya telah mencuba melontar umpan tersebut dan mengarau dengan perlahan-lahan ke tebing kolam. Pada mulanya anak-anak ikan siakap mula mengejar dan memakan umpan kecil tersebut. Ini petanda baik, lalu saya mula membuat aksi itu berulang kali di depan tempat kami memancing. Dengan tidak semana-mana seekor ikan siakap telah menyambar umpan saya, "Nah, sudah mengena !!," kata saya. Layan habis ikan siakap kedua

Maka bertarung la saya dengan ikan siakap kolam. Lompatan demi lompatan telah di lakukan oleh ikan tersebut untuk melepaskan diri dari mata kail yang mengena di mulut ikan tersebut. Namun kesilapan kecil telah saya lakukan, Saya telah menanrik dengan agak kasar dan akhirnya ikan tersebut terlepas. Berputih mata dan rasa geram pula dibuatnya.

Posting sakan dengan tangkapan siakap lagi

Saya tidak mau mengalah, kali kedua saya mencuba. Umpan mengena lagi, kali ini permainan agak cepat. Ikan sekali melompat dah terlepas. Mungkin mata kail tak lekat sangat kat mulut ikan. Berputih mata lagi. Rakan saya yang turut teruja melihat strike 2 kali yang saya dapat telah mencuba kaedah yang saya praktikan tadi, akhirnya dia dapat strike dan terus berjaya mendaratkan ikan siakap hampir 700g itu. Bikin panas pula melihat kawan sekali cuba berjaya pula menaikan terus.

Biar pun hujan, perjuangan tetap diteruskan

Saya mencuba lagi dan akhirnya strike kali ini saya layan pelan-pelan. Setelah melayan asakan ikan siakap tersebut akhirnya ikan itu berjaya juga di daratkan. Gembira bukan kepalang. Sebab lesen telah ada. Setelah 1 jam lebih kami bertiga memancing, sebanyak 6 ekor ikan siakap telah berjaya didaratkan. Namun selepas 2 jam kami memancing, awan hitam telah berarak menuju ke kawasan tempat kami memancing dan hujan pun turun dengan lebat. Habis rosak rancangan kami mahu menambah bilangan ikan yang kami pancing. Namun sebagai pemancing tegar, hujan-hujan pun kami redah. Hasilnya tidak kami dapat pun seekor ikan di waktu hujan turun. Mungkin kerana air telah sejuk dan ikan tidak lagi aktif mencari makan. Kami pun pulang selepas 3 jam bereda di kolam tersebut dan mendapat baki wang kami kerana kami memancing tidak sampai 5 jam.
Berbaloi atau tidak berbaloi..datang lah

Walaupun mengunakan umpan mati, kalau ada tekniknya, ikan pun boleh dijerat. Namun kalu tiada nasib, memang ulung jua.

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Laman Blog Automobil yang Menarik di Ikuti

Laman Blog Automotive Terkenal buatan Malaysia iaitu Paul Tan Automotive adalah salah satu blog yang menceritakan pelbagai info tentang kereta-kereta keluaran terbaru dan ada juga kereta-kereta yang sedang dalam pembinaan. Kalau anda peminat kenderaan dan ingin mendapatkan info tentang kereta, saya syorkan laman blog ini untuk di ikuti. Cuma kalau mahu info tentang kereta kebal mungkin takde la dalam blog ini. Klik pada gambar untuk pergi ke blog tersebut
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

JoranKail : Casting yang perlu banyak latihan

Pertama kali berlatih mengunakan joran casting ini punyalah susah. Balik-balik lontar gewang, masa itulah tali akan berkulut (bahasa pasar Sabah). Jadinya tali akan tersimpuh kat gear dan susah nak di uraikan. Mau-tidak mau terpaksalah tali itu dipotong kalau tidak tau cara nak leraikan simpulan tali yang dah kusut masai itu. Namun setelah berkali-kali berlatih dan mencari timing yang sesuai, akhirnya berjaya juga membuat lontaran gewang (mengilat/casting) dengan jayanya. Cuma kena pandai cari penyelarasan gear tersebut. Baru dapat jumpa rahsianya..


Tali masih lagi kekal seperti biasa sebelum membuat lontaran (mengilat)

Sekali mengilat tali sudah berkulut (bersimpul digear)


Beginilah keadaan tali yang berkulut @ bersimpul tadi
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Laman Sosial Buatan Malaysia : Myfriend2u.com


Kehebatan laman sosial facebook telah menyebabkan laman sosial itu menjadi ikutan diserata dunia. Namun, untuk bersaing dengan laman sosial tersebut adalah amat sukar dan mungkin tidak boleh langsung. Tetapi jangan fikirkan bahawa facebook ini tidak boleh ditandingi oleh laman sosial lain. Banyak pesaing-pesaing laman sosial telah muncul untuk menandingi kehebatan laman sosial facebook tersebut. Ini dibuktikan dengan laman sosial buatan Malaysia yang diberi nama myfriend2u.com. Laman ini adalah hasil buah tangan anak-anak Malaysia dan yang pastinya ia lebih menarik dan lebih berinfomasi kepada penggunanya. Selain boleh berfungsi seperti facebook (muka dan rupa pun seakan-akan facebook) yang mempunyai game dan kemaskini status serta gambar, ia juga mengandungi info mengenai tempat-tempat pelancongan yang terdapat di negara kita Malaysia. Mungkin itu salah satu kelebihan buat masa ini untuk laman sosial myfriend2u.com ini. Apa-apa pun cuba dan rasai kelebihan dan kekurangan dalam laman sosial buatan Malaysia ini.

misimustahil : kelemahan laman sosial ini adalah kurang dikenali oleh rakyat Malaysia yang rata-rata lebih cenderung memilih facebook dan twiter sebagai wadah rasmi laman sosial mereka.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua