Setiap hari pada
jam 8.00 malam di tv-tv Malaysia akan menyiarkan siaran berita. Semua stesen tv
samada dibawah kerajaan atau swasta akan menyiarkan slot berita yang ditetapkan
pada pukul 8.00 malam. Namun ada juga beberapa siaran berita menyiarkan slot tv
pada jam 7.30 malam iaitu siaran dari tv2 oleh RTM dan 7.45 malam dari Astro Awani. Slot berita
pada pukul 8.00 malam dikuasai oleh stesen tv RTM, TV3, TV Al-Hijrah, NTV7, TV9,
8TV dan Bernama TV. Namun apa yang ingin diulas disini ada beberapa slot berita
yang disiarkan boleh dikatakan tiada kualiti dan adakalanya memualkan.
Kenapa siaran
tersebut dikatakan tiada kualiti dan memualkan? Mungkin ramai penonton tv pun
bersetuju dengan kenyataan ini. Tulisan ini merupakan cetusan rasa dan luahan
penonton tv yang memang dahagakan infomasi dan sumber berita yang berilmu serta
diyakini benar tentang isu semasa didalam Negara dan diluar Negara.
Siaran berita jam
8.00 malam sering dikuasai oleh dua stesen tv berikut iaitu dari slot Berita Nasional oleh TV1 RTM dan Buletin Utama oleh TV3. Siaran berita dari tv lain
kurang mendapat perhatian disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan ia kurang
diikuti oleh masyarakat secara umumnya. Faktor-faktor tersebut akan diceritakan kemudian.
Secara umumnya,
siaran berita dari tv1 RTM dan Tv3 turut
menyiarkan pelbagai berita yang hampir sama. Namun ada beberapa berita yang
dihidangkan di kedua-dua stesen tv ini yang menyebabkan orang merasa berita
yang disampaikan tiada kualiti dan memualkan.
Terlalu banyak berita politik yang melampau
Bagi memenangi
atau mengekalkan kuasa bagi sesetengah golongan atau kumpulan, medium media
adalah salah satu teknik yang paling berkesan untuk menyebarkan pengaruh,
dasar, kekuatan dan menjatuhkan pihak lawan untuk mengekalkan kuasa atau
merampas semula kuasa yang telah hilang. Media seperti tv yang boleh ditonton
oleh seluruh masyarakat adalah merupakan salah satu agen yang paling
berpengaruh kerana tv boleh ditonton oleh segenap masyarakat
.
Namun sejak akhir-akhir
ini malah bukan sahaja sejak akhir-akhir ini, mungkin semenjak tahun 1998 lagi
berita politik di tv semakin galak bersiaran. Adakalanya berita yang
disampaikan menengelamkan isu-isu penting dan terkini disebabkan berita politik
lebih bernilai.
TV1 dan TV3
merupakan salah satu pelopor kepada berita politik yang banyak menyebelahi
pihak kerajaan sementara berita dari Astro Awani, Bernama, tv9, ntv7, 8tv dan
al-hijrah walaupun ada menyiarkan berita politik tetapi tidak terlampau sangat
melainkan berita yang dikeluarkan oleh tv1 dan tv3. Jika kita menonton berita
tv1 dan tv3, berita politiknya sampaikan ketahap yang tidak berkualiti dan
memualkan. Inilah yang dikatakan berita yang tidak berkualiti dan memualkan.
Bukan tidak boleh menyiarkan berita politik tetapi janganlah sesuatu isu itu
disensasikan sehingga orang jadi terlalu jemu untuk mendengarnya.
Sebagai contoh
apabila isu melibatkan pihak pembangkang, berita yang disampaikan
sangat-sangatlah berat sebelah. Kemudian adalah beberapa muka beberapa pemimpin
politik yang membuat kenyataan meminta dan mendesak bersumpah untuk beberapa
isu yang mahu kebenaran. Pemimpin-peminpin yang muncul di tv membuat kenyataan
tersebut sebenarnya mahu mencari publisiti sahaja supaya namanya orang kenal
dan masih releven dalam dunia politik. Tapi sebenarnya mereka ini sahaja
berbuat begitu untuk melariskan jualan mereka dalam politik. Semua sudah tahu
orang yang mereka desak tersebut tidak akan bersumpah. Buang masa sahaja buat
kenyataan dimedia suruh bersumpah. Sebenarnya ini yang menyebabkan orang ramai
semakin tidak suka menonton berita.
Berita yang
disampaikan juga memang berbau politik jahat. Ini kerana berita yang
disampaikan tidak menyeluruh dan hanya berdasarkan satu pihak sahaja. Jika
berita yang disampaikan itu telus dan benar sepatutnya berita yang disampaikan
mestilah adil bagi kedua-dua pihak. Jika mahukan sedikit kelebihan kepada pihak
pemerintah, berita tersebut bolehlah diberikan dengan nisbag 60;40 iaitu 60
bagi pemerintah dan 40 bagi pembangkang. Ini 99;1 yang sedang diamalkan iaitu
99 pemerintah dan 1 pembangkang. Sesiapa
yang menjadi pengundi yang mahu mencari parti mana yang mahu dipangkah dalam
kertas undi akan mecari sumber alternative lain sebagai bahan berita yang boleh
dijadikan rujukan bagi memilih pemerintah. Itu sebab sumber dari blog, youtube
dan media social menjadi pilihan orang muda pada zaman sekarang kerana bagi
mereka berita melalui tv sekarang terlalu politik dan menyebelahi pihak
pemerintah.
Berita yang disampaikan fakta dan laporanya
berbeza dengan tv lain
Berita isu semasa
yang dikeluarkan dalam berita tv selalunya tidak sama dan adakalanya
maklumatnya meragukan. Ini yang dikatakan fakta yang disampaikan tidak tepat.
Sebagai contoh apabila isu semasa berkenaan jumlah mangsa yang terkena banjir
semasa banjir melanda, di tv1 mengatakan jumlahnya 2000 orang manakalah di tv3
mengatakan jumlahnya 5000 orang. Jadi disini dilihat fakta yang dikeluarkan
tidak tepat dan mengelirukan. Sebaik-baiknya pihak editor suntingan berita yang
hendak disampaikan kenalah mencari fakta yang tepat dan sekurang-kurangnya
berita yang disampaikan mestilah hampir sama faktanya bagi setiap stesen tv.
Laporan berita sukan yang diucapkan oleh pemberita
tidak sama seperti dalam visual yang ditayangkan
Ini lagi satu
penyakit dalam laporan berita utama pada jam 8.00 malam. Adakah ini merupakan
kesilapan atau sesuatu yang dirancang. Sebagai contoh dan memang pernah berlaku
apabila pembaca berita sukan tersebut melaporkan dalam berita bola sepak bahawa
gol yang dilakukan dengan melakukan sepakan kencang, namun apabila tayangan
visual jaringan yang dilakukan adalah melalui tolakan mudah ke gawang gol
ataupun melalui tandukan. Ini pernah terjadi apabila laporan Piala Malaysia
perlawanan antara kelantan dan ATM dimana tandukan pemain import ATM, Marlon
menanduk masuk bola ke gawang Kelantan dilaporkan oleh laporan berita merembat
masuk ke gawang gol. Adakah penyedia teks berita tersebut gagal bahasa
Melayu SPM kerana tidak boleh membezakan
perbuatan merembat yang mengunakan kaki dengan
menanduk yang mengunakan kepala. Dalam satu kes lagi, siaran visual yang
disiarkan turut melucukan. Contohnya cerita sukan mengenai kemenangan Mancester
United tetapi visual logo pasukan Mancester City. Memang lawak atau pembuat
grafik visual tersebut memang anti mancester united sampaikan laporan berita
pun disabotaj.
Sekadar gambar hiasan (sumber gambar melalui google image) |
Pembaca berita yang tahu membaca sahaja teks yang
dipaparkan tanpa menyelidik kandungan teks yang ingin dibaca
Ini merupakan
budaya kerja pembaca berita. Kebanyakan pembaca berita hanya membaca teks yang
dipaparkan dalam skin tetapi mereka tidak mengkaji atau menyelidik bahan berita
yang disampaikan. Sepatutnya mereka perlu menyelidik bahan berita yang
dipaparkan supaya laporan yang disampaikan tidak salah seperti kes diatas tadi. Tabiat
menyerahkan 100% kepercayaan kepada pembuat teks berita dan kumpulan wartawan
yang mencari bahan berita menjadikan pembaca berita hanya tahu membaca teks
yang disampaikan tanpa usul periksa. Ini kelemahan yang paling dirasai oleh
pembaca berita.
Berita kurang laporan yang mendidik
Berita yang
melaporkan info-info rencana yang mendidik dalam berita sekarang amat sukar
ditemui. Info-info penjelasan dalam sesuatu isu berserta laporan yang ilmiah
amat perlu sebagai membentuk masyarakat yang berpengetahuan. Sebagai contoh isu
fenomena laut merah yang melanda negeri Sabah menyebabkan larangan memakan
kerang kerangan dinegeri Sabah dibekukan sehingga larangan ini ditarik balik.
Tiada laporan secara ilmiah disampaikandi tv3, Cuma ada sedikit laporan di berita
wilayah jam 5 petang di tv1. Ini menunjukkan isu-isu sebegini tidak boleh
menandingi isu politik yang lebih penting untuk negara padahal isu fenomena
laut merah ini merupakan isu keselamatan orang awam.
Faktor kurangnya penerimaan berita tv saluran lain.
Berita tv9, NTV7,
8tv, Astro Awani, Bernama tv dan Tv Al-Hijran bukannya tidak baik tetapi
sebenarnya berita dari stesen tv ini kurang mendapat sambutan disebabkan siaran
tv ini tidak boleh diikuti diseluruh negara. Siaran tv-tv ini hanya dapat
diterima dibeberapa buah negeri sahaja. Jika diSabah, hanya dikawasan bandar
Kota Kinabalu dan kawasan sekitar dalam jarak 100-150 km sahaja yang akan
menerima siaran tv dari NTV7,TV Al-Hijrah dan 8TV. Jika diSandakan dan Tawau
serta Lahad Datu, siaran TV yang dominan adalah TV1,TV2 dan TV3. Siaran dari tv
ini sajalah yang meluas siarannya sehingga dipedalaman Sabah. Lainlah jika ada
yang melangan Astro, kesemua siaran TV boleh diikuti dengan jelas tapi kena
bayar sajalah. Bagi orang kg yang tidak berkemampuan, hanya siaran dari tv1,tv2
dan tv3 sajalah yang menjadi pilihan. Itu sebab apabila siaran berita jam 8
malam, ketiga-tiga stesen tv ini akan bermati-matian menyebarkan berita politik
yang menyebelahi pihak pemerintah kerana mereka mengangap penduduk kg yang duduk
dipedalaman terpengaruh dengan berita yang disampaikan. Tumpuan berita kepada
penduduk dikawasan bandar tidak diambal peduli kerana mereka sudah tahu
penduduk bandar memang tidak mempunyai masa terluang menonton tv pada waktu
tersebut dan ada diantara mereka yang sudah beralih kepada berita melalui laman
sosial dan blog sahaja.
Beralih ke Berita TV stesen lain
Ini adalah
cadangan bagi sesiapa yang sudah tidak tahan mendengar berita politik yang disampaikan. Siaran
berita pada jam 8 malam bolehlah diikuti dengan menonton berita dari tv
Al-Hijrah atau Agenda 7.45 malam. Kedua berita ini agak sederhana
penyampaiannya dan cerita politiknya agak tidak melebih-lebih. Dahulu berita
bernama jam 8 malam seronok diikuti kerana laporan beritanya seimbang antara pemerintah
dan pembangkang dengan nisbah 60;40 tetapi sekarang berita bernama sudah
bertukar format dan tidak menarik ditonton. Kalau tv9 pula, beritanya lebih
kepada isu pemasalahan rakyat yang memerlukan bantuan. Mungkin format laporan
berita yang mahu disampaikan lebih kepada format tersebut. Bagi NTV7 dan 8TV
pula, kedua-duanya menyiarkan berita bahasa inggeris(NTV7) dan bahasa cina(8TV)
dan bagi orang yang tidak faham kedua-dua bahasa ini memang tidak boleh
menonton berita tersebut. Pilihan yang ada sekarang adalah berita TV Al-Hijran
dan Agenda Awani 7.45 dari Astro. Ini adalah cadangan bagi yang mahu lari dari
berita yang tiada kualiti dan memualkan. Cuma kelemahan yang seharusnya
diperbaiki adalah jumlah masa tayangan berita yang pendek. Agenda Awani
bersiaran selama 15 minit iaitu dari pukul 7.45 malam sehingga jam 8 malam dan
Tv Al-Hijrah dari jam 8 hinnga 8.30 malam selama 30 minit. Jika dapat
dipanjangkan ke 1 jam dan lebih banyak laporan berbentuk ilmiah disampaikan,
berkemungkinan kedua-dua slot berita ini akan dapat mengatasi berita dari TV1
dan TV3.
Sebenarnya
pilihan ada ditangan anda. Anda yang melihat, anda yang menilai dan anda
jugalah yang memegang remote tv yang boleh menukar siaran tv mengikuti citarasa
anda. Tapi perlu ingat bahawa sumber berita adalah amat penting bagi mengetahui
perkembangan semasa negara, jika berita langsung tidak mahu diikuti maka akan
jadilah anda seperti “katak dibawah tempurung”.
Misimustahil: Seronok
tengok pembaca berita tv Al-Hijrah wanita yang bertudung litup dan berwajah
cantik. Sedap mata memandang..hehehe
Post a Comment