iklan berbayar

Iklan Berbayar

SLOT BERITA JAM 8.00 MALAM TIADA KUALITI



Setiap hari pada jam 8.00 malam di tv-tv Malaysia akan menyiarkan siaran berita. Semua stesen tv samada dibawah kerajaan atau swasta akan menyiarkan slot berita yang ditetapkan pada pukul 8.00 malam. Namun ada juga beberapa siaran berita menyiarkan slot tv pada jam 7.30 malam iaitu siaran dari tv2 oleh RTM  dan 7.45 malam dari Astro Awani. Slot berita pada pukul 8.00 malam dikuasai oleh stesen tv RTM, TV3, TV Al-Hijrah, NTV7, TV9, 8TV dan Bernama TV. Namun apa yang ingin diulas disini ada beberapa slot berita yang disiarkan boleh dikatakan tiada kualiti dan adakalanya memualkan.

Kenapa siaran tersebut dikatakan tiada kualiti dan memualkan? Mungkin ramai penonton tv pun bersetuju dengan kenyataan ini. Tulisan ini merupakan cetusan rasa dan luahan penonton tv yang memang dahagakan infomasi dan sumber berita yang berilmu serta diyakini benar tentang isu semasa didalam Negara dan diluar Negara.

Siaran berita jam 8.00 malam sering dikuasai oleh dua stesen tv berikut iaitu dari slot Berita Nasional oleh TV1 RTM dan Buletin Utama oleh TV3. Siaran berita dari tv lain kurang mendapat perhatian disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan ia kurang diikuti oleh masyarakat secara umumnya. Faktor-faktor tersebut  akan diceritakan kemudian.

Secara umumnya, siaran berita dari tv1  RTM dan Tv3 turut menyiarkan pelbagai berita yang hampir sama. Namun ada beberapa berita yang dihidangkan di kedua-dua stesen tv ini yang menyebabkan orang merasa berita yang disampaikan tiada kualiti dan memualkan.

Terlalu banyak berita politik yang melampau
Bagi memenangi atau mengekalkan kuasa bagi sesetengah golongan atau kumpulan, medium media adalah salah satu teknik yang paling berkesan untuk menyebarkan pengaruh, dasar, kekuatan dan menjatuhkan pihak lawan untuk mengekalkan kuasa atau merampas semula kuasa yang telah hilang. Media seperti tv yang boleh ditonton oleh seluruh masyarakat adalah merupakan salah satu agen yang paling berpengaruh kerana tv boleh ditonton oleh segenap masyarakat
.
Namun sejak akhir-akhir ini malah bukan sahaja sejak akhir-akhir ini, mungkin semenjak tahun 1998 lagi berita politik di tv semakin galak bersiaran. Adakalanya berita yang disampaikan menengelamkan isu-isu penting dan terkini disebabkan berita politik lebih bernilai. 

TV1 dan TV3 merupakan salah satu pelopor kepada berita politik yang banyak menyebelahi pihak kerajaan sementara berita dari Astro Awani, Bernama, tv9, ntv7, 8tv dan al-hijrah walaupun ada menyiarkan berita politik tetapi tidak terlampau sangat melainkan berita yang dikeluarkan oleh tv1 dan tv3. Jika kita menonton berita tv1 dan tv3, berita politiknya sampaikan ketahap yang tidak berkualiti dan memualkan. Inilah yang dikatakan berita yang tidak berkualiti dan memualkan. Bukan tidak boleh menyiarkan berita politik tetapi janganlah sesuatu isu itu disensasikan sehingga orang jadi terlalu jemu untuk mendengarnya.

Sebagai contoh apabila isu melibatkan pihak pembangkang, berita yang disampaikan sangat-sangatlah berat sebelah. Kemudian adalah beberapa muka beberapa pemimpin politik yang membuat kenyataan meminta dan mendesak bersumpah untuk beberapa isu yang mahu kebenaran. Pemimpin-peminpin yang muncul di tv membuat kenyataan tersebut sebenarnya mahu mencari publisiti sahaja supaya namanya orang kenal dan masih releven dalam dunia politik. Tapi sebenarnya mereka ini sahaja berbuat begitu untuk melariskan jualan mereka dalam politik. Semua sudah tahu orang yang mereka desak tersebut tidak akan bersumpah. Buang masa sahaja buat kenyataan dimedia suruh bersumpah. Sebenarnya ini yang menyebabkan orang ramai semakin tidak suka menonton berita.

Berita yang disampaikan juga memang berbau politik jahat. Ini kerana berita yang disampaikan tidak menyeluruh dan hanya berdasarkan satu pihak sahaja. Jika berita yang disampaikan itu telus dan benar sepatutnya berita yang disampaikan mestilah adil bagi kedua-dua pihak. Jika mahukan sedikit kelebihan kepada pihak pemerintah, berita tersebut bolehlah diberikan dengan nisbag 60;40 iaitu 60 bagi pemerintah dan 40 bagi pembangkang. Ini 99;1 yang sedang diamalkan iaitu 99 pemerintah dan 1 pembangkang.  Sesiapa yang menjadi pengundi yang mahu mencari parti mana yang mahu dipangkah dalam kertas undi akan mecari sumber alternative lain sebagai bahan berita yang boleh dijadikan rujukan bagi memilih pemerintah. Itu sebab sumber dari blog, youtube dan media social menjadi pilihan orang muda pada zaman sekarang kerana bagi mereka berita melalui tv sekarang terlalu politik dan menyebelahi pihak pemerintah.

Berita yang disampaikan fakta dan laporanya berbeza dengan tv lain
Berita isu semasa yang dikeluarkan dalam berita tv selalunya tidak sama dan adakalanya maklumatnya meragukan. Ini yang dikatakan fakta yang disampaikan tidak tepat. Sebagai contoh apabila isu semasa berkenaan jumlah mangsa yang terkena banjir semasa banjir melanda, di tv1 mengatakan jumlahnya 2000 orang manakalah di tv3 mengatakan jumlahnya 5000 orang. Jadi disini dilihat fakta yang dikeluarkan tidak tepat dan mengelirukan. Sebaik-baiknya pihak editor suntingan berita yang hendak disampaikan kenalah mencari fakta yang tepat dan sekurang-kurangnya berita yang disampaikan mestilah hampir sama faktanya  bagi setiap stesen tv.

Laporan berita sukan yang diucapkan oleh pemberita tidak sama seperti dalam visual yang ditayangkan
Ini lagi satu penyakit dalam laporan berita utama pada jam 8.00 malam. Adakah ini merupakan kesilapan atau sesuatu yang dirancang. Sebagai contoh dan memang pernah berlaku apabila pembaca berita sukan tersebut melaporkan dalam berita bola sepak bahawa gol yang dilakukan dengan melakukan sepakan kencang, namun apabila tayangan visual jaringan yang dilakukan adalah melalui tolakan mudah ke gawang gol ataupun melalui tandukan. Ini pernah terjadi apabila laporan Piala Malaysia perlawanan antara kelantan dan ATM dimana tandukan pemain import ATM, Marlon menanduk masuk bola ke gawang Kelantan dilaporkan oleh laporan berita merembat masuk ke gawang gol. Adakah penyedia teks berita tersebut gagal bahasa Melayu  SPM kerana tidak boleh membezakan perbuatan merembat yang mengunakan kaki dengan  menanduk yang mengunakan kepala. Dalam satu kes lagi, siaran visual yang disiarkan turut melucukan. Contohnya cerita sukan mengenai kemenangan Mancester United tetapi visual logo pasukan Mancester City. Memang lawak atau pembuat grafik visual tersebut memang anti mancester united sampaikan laporan berita pun disabotaj.

Sekadar gambar hiasan (sumber gambar melalui google image)
Pembaca berita yang tahu membaca sahaja teks yang dipaparkan tanpa menyelidik kandungan teks yang ingin dibaca
Ini merupakan budaya kerja pembaca berita. Kebanyakan pembaca berita hanya membaca teks yang dipaparkan dalam skin tetapi mereka tidak mengkaji atau menyelidik bahan berita yang disampaikan. Sepatutnya mereka perlu menyelidik bahan berita yang dipaparkan supaya laporan yang disampaikan tidak  salah seperti kes diatas tadi. Tabiat menyerahkan 100% kepercayaan kepada pembuat teks berita dan kumpulan wartawan yang mencari bahan berita menjadikan pembaca berita hanya tahu membaca teks yang disampaikan tanpa usul periksa. Ini kelemahan yang paling dirasai oleh pembaca berita.

Berita kurang laporan yang mendidik
Berita yang melaporkan info-info rencana yang mendidik dalam berita sekarang amat sukar ditemui. Info-info penjelasan dalam sesuatu isu berserta laporan yang ilmiah amat perlu sebagai membentuk masyarakat yang berpengetahuan. Sebagai contoh isu fenomena laut merah yang melanda negeri Sabah menyebabkan larangan memakan kerang kerangan dinegeri Sabah dibekukan sehingga larangan ini ditarik balik. Tiada laporan secara ilmiah disampaikandi tv3, Cuma ada sedikit laporan di berita wilayah jam 5 petang di tv1. Ini menunjukkan isu-isu sebegini tidak boleh menandingi isu politik yang lebih penting untuk negara padahal isu fenomena laut merah ini merupakan isu keselamatan orang awam.

Faktor kurangnya penerimaan berita tv saluran lain.
Berita tv9, NTV7, 8tv, Astro Awani, Bernama tv dan Tv Al-Hijran bukannya tidak baik tetapi sebenarnya berita dari stesen tv ini kurang mendapat sambutan disebabkan siaran tv ini tidak boleh diikuti diseluruh negara. Siaran tv-tv ini hanya dapat diterima dibeberapa buah negeri sahaja. Jika diSabah, hanya dikawasan bandar Kota Kinabalu dan kawasan sekitar dalam jarak 100-150 km sahaja yang akan menerima siaran tv dari NTV7,TV Al-Hijrah dan 8TV. Jika diSandakan dan Tawau serta Lahad Datu, siaran TV yang dominan adalah TV1,TV2 dan TV3. Siaran dari tv ini sajalah yang meluas siarannya sehingga dipedalaman Sabah. Lainlah jika ada yang melangan Astro, kesemua siaran TV boleh diikuti dengan jelas tapi kena bayar sajalah. Bagi orang kg yang tidak berkemampuan, hanya siaran dari tv1,tv2 dan tv3 sajalah yang menjadi pilihan. Itu sebab apabila siaran berita jam 8 malam, ketiga-tiga stesen tv ini akan bermati-matian menyebarkan berita politik yang menyebelahi pihak pemerintah kerana mereka mengangap penduduk kg yang duduk dipedalaman terpengaruh dengan berita yang disampaikan. Tumpuan berita kepada penduduk dikawasan bandar tidak diambal peduli kerana mereka sudah tahu penduduk bandar memang tidak mempunyai masa terluang menonton tv pada waktu tersebut dan ada diantara mereka yang sudah beralih kepada berita melalui laman sosial dan blog sahaja.

Beralih ke Berita TV stesen lain
Ini adalah cadangan bagi sesiapa yang sudah tidak tahan mendengar  berita politik yang disampaikan. Siaran berita pada jam 8 malam bolehlah diikuti dengan menonton berita dari tv Al-Hijrah atau Agenda 7.45 malam. Kedua berita ini agak sederhana penyampaiannya dan cerita politiknya agak tidak melebih-lebih. Dahulu berita bernama jam 8 malam seronok diikuti kerana laporan beritanya seimbang antara pemerintah dan pembangkang dengan nisbah 60;40 tetapi sekarang berita bernama sudah bertukar format dan tidak menarik ditonton. Kalau tv9 pula, beritanya lebih kepada isu pemasalahan rakyat yang memerlukan bantuan. Mungkin format laporan berita yang mahu disampaikan lebih kepada format tersebut. Bagi NTV7 dan 8TV pula, kedua-duanya menyiarkan berita bahasa inggeris(NTV7) dan bahasa cina(8TV) dan bagi orang yang tidak faham kedua-dua bahasa ini memang tidak boleh menonton berita tersebut. Pilihan yang ada sekarang adalah berita TV Al-Hijran dan Agenda Awani 7.45 dari Astro. Ini adalah cadangan bagi yang mahu lari dari berita yang tiada kualiti dan memualkan. Cuma kelemahan yang seharusnya diperbaiki adalah jumlah masa tayangan berita yang pendek. Agenda Awani bersiaran selama 15 minit iaitu dari pukul 7.45 malam sehingga jam 8 malam dan Tv Al-Hijrah dari jam 8 hinnga 8.30 malam selama 30 minit. Jika dapat dipanjangkan ke 1 jam dan lebih banyak laporan berbentuk ilmiah disampaikan, berkemungkinan kedua-dua slot berita ini akan dapat mengatasi berita dari TV1 dan TV3. 

Sebenarnya pilihan ada ditangan anda. Anda yang melihat, anda yang menilai dan anda jugalah yang memegang remote tv yang boleh menukar siaran tv mengikuti citarasa anda. Tapi perlu ingat bahawa sumber berita adalah amat penting bagi mengetahui perkembangan semasa negara, jika berita langsung tidak mahu diikuti maka akan jadilah anda seperti “katak dibawah tempurung”.

Misimustahil: Seronok tengok pembaca berita tv Al-Hijrah wanita yang bertudung litup dan berwajah cantik. Sedap mata memandang..hehehe
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua