iklan berbayar

Iklan Berbayar

NYAMUK - Agen Pembawa Penyakit atau Pembawa Kekayaan

Siapa yang tidak kenal dengan nyamuk. Perasan kah anda bahawa sekecil-kecil nyamuk ini boleh membawa kesan yang amat besar kepada dunia. Apa sebenarnya nyamuk itu ? Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.(wikipedia)

Jadi kenapa nyamuk menjadi tajuk tulisan blog aku kali ini. Sebabnya mudah, benarkah nyamuk ini adalah Agen pembawa penyakit atau kekayaan. Kita lihat fakta realiti disebalik nyamuk itu sendiri. Pertama nyamuk  mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi, encephalitis, dan virus Nil Barat.(sumber wikipedia). Kedua nyamuk juga mampu menyebabkan kegatalan pada kulit dan menyebabkan berlaku bengkak akibat digigit oleh nyamuk (ini bagi golongan orang yang alergik dengan sengatan). Selain itu juga, nyamuk ini juga merupakan serangga yang paling mudah membiak dan banyak jumlahnya. Banyak juga kes-kes dipaparkan didada-dada akhbar tentang kes yang melibatkan nyamuk ini terutama kes denggi yang dibawa oleh nyamuk adeas. Pelbagai usaha telah dibuat bagi mengurangkan kes denggi ini tetapi jumlah kes semakin harui semakin meningkat. Oleh itu, jelaslah nyamuk ini merupakan salah satu agen pembawa penyakit.

Namun jangan dilupa pula, sebenarnya disebabkan nyamuk ini juga, ada manusia menjadi kaya dan ada manusia mendapat sumber rezeki melalui makhluk yang dikatakan membawa penyakit ini. Sebagai contoh kita lihat kepada pekara asas apabila ada nyamuk di rumah kita, apa benda yang akan dicari untuk menghalau nyamuk atau membunuhnya. Tentu sekali ubat nyamuk (sepatutnya dipanggil Racun Nyamuk, kalau ubat nyamuk gerenti nyamuk sentiasa sihat setiap masa sebab ada juga ubatnya kalau nyamuk itu sakit hehe). Tidak kira menggunakan racun nyamuk berbentuk asap ataupun yang menggunakan semburan aerosol dan yang terkini sudah menggunakan cecair yang dipanaskan disoket elektrik ia tetap menggunakan duit. Kalau da digunakan duit untuk membeli barangan tersebut mesti ada pengilang atau pembuat barangan tersebut. Maka berdirilah kilang-kilang pembuat racun nyamuk pelbagai jenama hanya bertujuan untuk membuat barangan yang boleh menghapuskan nyamuk. Maka dengan itu lah muncul pula taukey-taukey pemilik kilang tersebut serta pekerja-pekerja di kilang tersebut yang akan menerima keuntungan dan gaji hasil dari jualan barangan tersebut. Bukan itu saja, kat TV pun ada juga iklan berkenaan nyamuk ini. Berlakonlah pelakon-pelakon dalam iklan tv mempromosikan barang racun nyamuk tersebut. Iklan tersebut bukan alang-alang lagi, siap disiar ketika waktu puncak. Mahal bayarannya pada waktu tersebut. Makin kayalah syarikat TV pada waktu itu dan makin terkenalah artis yang berlakon dalam iklan tersebut dan saham pelakon tersebut pun menjadi naik hanya disebabkan dengan seekor nyamuk yang kecil.

Apapun ceritanya, setiap kejadian makhluk tuhan didunia ini sebenarnya ada tugas dan tanggungjawabnya. Ada orang sering merungut dan menyatakan perkataan yang kurang enak tentang nyamuk apabila digigit oleh seekor nyamuk namun kalau dilihat sedalam-dalamnya dari seekor nyamuk itulah menjadi satu sumber kekayaan dan rezeki kepada orang yang pandai mengambil kesempatan keatas seekor nyamuk tersebut. Akhir kata, ingatlah kuasa tuhan. Nyamuk yang sekecil-kecil itu bukan dicipta tanpa sebab, ia sebenarnya banyak memberi hikmah kepada orang yang memahami kebesaran tuhan yang maha esa.

 
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua