Baru - baru ini aku ada makan beberapa lokan yang bersaiz penumbuk serta beberapa ekor udang harimau yang segar. Lokan yang saya makan ini dinamakan DAUS oleh masyarakat Bajau Laut daerah Sandakan.Tapi aku tidak tahu pula panggilan lain bagi spesis lokan ini. Lokan ini selalunya dikutip sebesar duit 50sen atau lebih besar sedikit dari duit 50sen.
Tapi saiz yang sebesar ini(dalam gambar) jarang-jarang ditemui dan kalau ada pun jumlahnya sedikit. Sebesar Penumbuk ni
Bagi peminat makanan laut khususnya kerang-kerang serta siput-siput, kalau dapat lokan begini besar mesti terliur-liur. Tapi bagi aku sendiri, lebih sedap rasanya makan lokan yang sederhana besarnya dari yang teramat besar ini. Ada perbezaan dapat dirasa iaitu kalau yang kecil rasanya manis dan lembut dan yang besar ini rasanya ada pahit dan kenyal sedikit. Mungkin faktor tua menyebabkan rasanya macam itu. Apapun cubalah rasa penangan DAUS ini. Gerenti menjilat jari lah.Ini pula udang harimau. Dalam bayak-banyak jenis udang yang sudah aku rasa. Mungkin udang ini lah udang yang memang sedap. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan udang lain cuma bezanya adalah udang ini lebih kenyal, ada manis-manisnya dan terasa kepoweran rasa udangnya. Itu sebablah udang ini kalau dipasaran harganya mahal. Tapi kalau kat tempat saya ini boleh dikatakan masih murah lagi dan lebih segar rasanya kerana baru saja ditangkap dari laut bukan dari kolam. Kini tinggal udang kara sahaja yang belum aku rasa. Lepas ini aku mahu cari udang kara pula. Bersedia lah kamu wahai si udang kara.
Tags:
Jom Ngail
Hi..mo tnya..d sandakan di mana ada banyak daus?beli di mna banyak?...kalo cari area sandakan d mna ada banyak tu daus?