Blog > Archive for 02/11
Archive for 02/11
- By ritzkhanzazd
-
Postado 2/26/2011
at 9:00 AM
Cuaca semakin bertambah baik di daerah Sandakan walaupun hujan tetap turun hampir setiap hari namun itu tidak menghalang pemancing-pemancing tegar memulakan aksinya pada tahun ini. Aku tidak terkecuali cuma aktiviti memancing tidaklah sekerap yang boleh. Tengok keadaan cuaca juga dulu baru turaun ke lubuk ikan. Pendek cerita, sekarang bermulalah musim memancing di daerah Sandakan.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 2/02/2011
at 7:28 PM
Sekarang ini bawang merah kat pasar-pasar di Sabah dan mungkin sekali di Malaysia telah berkurang ataupun langsung tiada. Kalau ada pun harganya meningkat berganda-ganda dari harga yang sebenar.
Seperti yang kita tahu, bawang merah merupakan bahan terpenting dalam masakan di Malaysia. Kalau tiada bawang alamat masakan nanti tidak lah rasa sedap ataupun kurang rasanya. Namun, realitinya bawang yang ada di Malaysia sebenarnya di import dari India. Krisis bawang merah ini adalah disebabkan pengeluaran bawang merah di India telah berkurangan. Ini disebabkan kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.
Di India, bawang merah menjadi sumber utama membuat rempah dan pelbagai lagi masakan. Tidak menghairankan lah jika bawang merah itu merupakan nadi utama di India sampaikan boleh berlaku rusuhan kalau ketiadaan bawang merah di pasaran India. Kerajaan India pun boleh berubah sekelip mata jika kerajaan tersebut tidak menjada kepentingan bawang merah. Itulah kekuatan bawang merah di India.
Buat masa ini, kerajaan tidak mengawal harga bawang merah dipasaran Malaysia. Jika harganya naik di pasaran antarabangsa maka bawang merah yang dijual akan turut naik di negara kita. Memandangkan bawang merah bukan barang terkawal, peniaga pun ikut suka menaikan harga bawang merah. Jika bernasib baik, dapatlah kita harga bawang merah yang murah sikit dari peniaga tapi jika tidak, mahallah jawabnya.
Baru-baru ini, saya mencari bawang merah di pasar. Beberapa pasar saya pergi, bawang merah langsung tidak dijual. Yang ada bawang putih dan bawang besar saja. Mau tidak mau terpaksalah beli bawang besar menganti bawang merah. Tapi, baru tadi saya terjumpa orang menjual bawang merah. Kunun-kunun mau lah membeli bawang merah, sekali tanya harganya RM6 untuk sebungkus bawang yang mungkin didalam ada 15 biji bawang. Mahalnya saya bilang. Alih-alih tidak jadilah saya beli bawang merah tersebut. Biarlah tiada bawang merah dalam masakan. Janji masakan boleh juga dimakan walaupun kurang sikit rasanya janji kenyang.
Diharap selepas tahun baru cina ini, bawang merah kembali banyak dipasaran dan harganya kembali seperti sediakala. Bukan apa, tapi kalau tiada bawang merah ini lain juga rasanya. Akhirkata hidup bawang merah..hahaha
"Selamat Tahun Baru Cina kepada Semua"
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"
Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua