iklan berbayar
Iklan Berbayar
Archive for 04/10
SEMBAHYANG FARHDU 5 WAKTU ATAU SEMBAHYANG JUMAAT 1 KALI SEMINGGU
- By ritzkhanzazd
- Postado 4/26/2010 at 12:49 PM
Saya ada ramai rakan. Namun setiap rakan yang saya kenali itu tidak menunaikan sembahyang Fardhu 5 waktu. Tetapi apabila sembahyang Jumaat, rakan-rakan saya ini rajin pula melakukannya. Jika tidak pegi sembahyang Jumaat kata mereka tidak sah..Entah dari mana diaorang dapat ajaran ini. Kalau sembahyang 5 waktu pun tidak dibuat, tiada guna juga kalau sembahyang Jumaat di buat. Macam kita buat benda yang tidak berfaedah. Seperti juga kita dengan agama lain yang bersembahyang hanya pada hari tertentu setiap minggu. Itulah umat islam kita sekarang, mudah terikut-ikut dengan budaya dari agama lain.
Saya harap pihak ulama dan jabatan agama islam buat lah sesuatu untuk membetulkan keadaan ini supaya umat islam boleh membuat pembetulan keatas kesilapan mereka sendiri.
KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
p/s : Betul ka atau tidak..fikir-fikirkanlah untuk para perokok ya