iklan berbayar

Iklan Berbayar

PRU13 : Perbualan dengan penduduk kampung tentang siapa yang mereka sokong?

Pada tanggal 23 April 2013 pada jam 1.00 PM di sebuah jeti stesen minyak disebuah pekan muara sungai di Sabah yang baru lepas, saya ada berbual dengan seorang penduduk kg di sebuah kg dalam sebuah pulau yang berada 30 km dari pekan menggunakan bot.

Dalam perbualan kami tersebut, penduduk kampung tersebut Abang A (bukan nama sebenar) bercerita mengenai PRU13 yang akan datang ini dan terang-terangan menyatakan sokongan yang tidak berbela bagi kepada parti yang disokongnya. Dalam perbualan kami, Abg A menyatakan bahawa parti yang disokongnya telah banyak memberi bantuan kepada mereka. Banyak bantuan telah diberikan seperti bantuan sara hidup nelayan, BR1M, bantuan awal persekolahan, e-kasih, kwapm, RMT, bantuan baju sekolah, tangki 1malaysia dan pelbagai lagi bantuan yang diberi. Abg A sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan. Beliau berkata, kita sebagai rakyat haruslah membalas budi yang telah diberikan kepada mereka.

Perbualan kami juga berkisar mengenai seorang penduduk kgnya yang terang-terangan menyokong parti lawan. Di kg tersebut, rata-rata penduduknya merupakan penyokong kuat parti pemerintah, namun ada kumpulan kecil secara terang-terangan menyokong pembangkang. Abg A sudah menasihati penduduk tersebut kerana mereka juga ada pertalian darah dengan memberitahu nikmat yang telah mereka kecapi dengan kerajaan yang memerintah sekarang, namun nasihatnya tidak diendahkan malah semakin kuat menyokong parti berkenaan.

Dalam perbualan itu, saya menyatakan bahawa berkemungkinan penduduk tersebut menyokong pembangkang adalah disebabkan beliau ingin mencari sumber bahagian lain yang selama ini beliau tidak dapat. Contohnya besar kemungkinan hasrat beliau ingin menjadi ketua cawangan ataupun sebagai ahli tertingi cawangan kg tersebut tidak berjaya kerana dikg tersebut sudah terlalu ramai menjadi ketua cawangan. (dimaklumkan kepada saya, ketua cawangan di kg tersebut ada 5 orang dengan jumlah pengundi yang tidak sampai 700 orang pengundi). Oleh sebab demikian, penduduk tersebut mengambil keputusan memilih pembangkang sebagai tempat beliau mencari sedikit wang saku daripada berebut mendirikan markas calon bertanding yang semestinya akan direbut oleh 5 orang ketua cawangan yang semestinya ada kepentingan peribadi. Sekurang-kurangnya beliau tidak perlu berebut. Saya memberitahu juga kepada Abg A undi kita adalah rahsia. Manatau walaupun beliau menyokong pembangkang, mana tau undinya adalah berbeza. Siapa boleh mengagak kan.

Banyak isu-isu yang kami bualkan, saya ada memberitahu juga kepada Abg A bahawa kita perlu ada pembangkang yang kuat. Jika kita ada pembangkang yang kuat, lebih banyak kelebihan akan dapat diterima kepada rakyat. Saya memberi contoh tentang pelbagai bantuan yang mereka terima seperti BR1M, e-Kasih dan sebagainya adalah dari kerja kuat pembangkang. Bukan maksudnya pembangkang telah berusaha meminta kerajaan memberikan bantuan-bantuan tersebut tetapi pembangkang telah berusaha berkempen dengan pelbagai cara bagi menambah sokongan yang sudah mereka terima telah menyebabkan kerajaan juga berusaha mengambil hati rakyat dengan memberikan pelbagai bantuan yang selama ini tidak terfikir oleh rakyat bahawa mereka akan dapat bantuan sebegitu rupa. Namun Abg A berkata, pembangkang menakutkan jika memerintah kerana kita tidak tau apa yang bakal dibuat oleh mereka. Saya tidak mahu bercerita tentang pelbagai isu yang terlalu luas kerana saya faham tentang skop kehidupan mereka yang bekerja sebagai nelayan dan mendapat infomasi melalui TV sahaja. Jadi saya tahu apa yang fikirkan setakat ini mengenai pembangkang.

Diakhir perbualan kami, di turut menyeru saya supaya mengundi pemerintah kerana pemerintah sudah terbukti memerintah dengan baik sekali. Saya bermain-main dengan Abg A dengan mengatakan NI Kali Lah..Tukar..Abg A hanya tersenyum dan mengingatkan kembali apa yang beliau katakan tadi. Tapi bagi saya undi adalah rahsia..siapa yang saya undi itu hak saya..hehehe

Sepanjang perbualan kami tadi, saya telah membuat beberapa rumusan antaranya ialah :
  • Penduduk kampung tersebut tidak kisah mengenai isu yang selama ini membelit rakyat sabah seperti masalah PATI, Royaliti minyak, jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan, pendidikan dan pelbagai isu lain yang membelengu sabah sekian lama kerana hidup mereka sudah selesa dengan bantuan yang mereka terima.
  • Penduduk KG semakin lama semakin malas kerana mereka mengharapkan bantuan yang mereka terima, berbanding pada zaman dahulu semasa awal tahu 90an, penduduk lebih berdikari untuk mencari wang untuk menyara keluarga.
  • Penduduk tidak peduli siapa yang mereka sokong asalkan parti yang mereka sokong dapat memeberikan mereka sedikit wang saku. Mereka berjuang dalam parti politik bukan kerana perjuangan asal untuk nusa dan bangsa tetapi sebagai mencari peluang selagi ada tempat yang memberi kesenangan kepada mereka. Kerja sebagai memasang poster kira cukup sudah untuk diberi elaun atas sumbangan yang dicurahkan.
  • Kerajaan cukup baik tetapi pembangkang tidak baik selamanya
Banyak lagi pekara yang saya boleh simpulkan disini, tetapi ada beberapa pekara yang tidak perlu saya tuliskan. Namun apa yang saya ingin kongsikan disini ialah dimana hala tujuan penduduk kg apabila mengundi nanti. Jika pembangkang mahu menang, mudah sahaja caranya, dekati pengundi-pengundi di kg kawasan pedalaman. Beri perhatian lebih kepada mereka, nescaya mungkin ada perubahan dapat dicapai. Kepada parti pemerintah,buatlah sesuatu yang berguna untuk nusa dan bangsa. Bantulah orang-orang kg berdikari mencari rezeki dan janganlah terlalu dimanjakan dengan wang ringgit. Ini menyebabkan mereka semakin kurang berusaha kerana berangapan kerajaan akan sentiasa membantu mereka setiap masa.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PRU13 : Pilih Parti atau Calon

Pilihanraya bakal berlangsung tidak lama lagi. Parti-Parti politik pada masa ini sudah bersedia menyenaraikan calon yang bakal mewakili parti mereka. Ada juga dikalangan ahli parti melobi kuat untuk menjadi calon dan ada juga yang sudah tidak mahu mempertahankan kerusi yang disandangnya dan mahu calon baru mengantikan tempatnya. Pelbagai cerita boleh kita dengar mengenai calon yang mahu bertanding, calon yang digugurkan dan sebagainya. Cerita-cerita ini boleh di baca dan tonton dalam surat khabar, berita online, blog parti politik dan para penyokongnya, dalam FB serta pelbagai sumber media alternatif yang tanpa sempadan sekarang.

Jika mengundi nanti..anda mahu pilih parti atau calon.

Bagi ahli atau penyokong tegar parti politik tidak kira dari parti BN atau PR, semestinya mereka akan menyokong calon yang datang dari parti mereka. Jika calon yang diamanahkan mewakili sesuatu kawasan parlimen atau DUN tidak menepati kehendak penyokong salah satu calon yang tidak dipilih, pemimpin parti tetap menasihati supaya ahli-ahli ini tetap menyokong calon berkenaan dan jangan sabotaj calon yang mewakili parti berkenaan. Walaupun tidak bersetuju, namun atas sayangkan parti dan mahu memastikan parti tersebut menang maka mereka yang tidak bersetuju dengan calon yang diamanahkan tersebut akan tetap menyokong calpn berkenaan atas sebab kesetiaan kepada parti.

Ini adalah untuk ahli parti dan penyokong setianya. Apa pula bagi pengundi yang berkecuali atau lebih mudah di lebel pengundi atas pagar, mahu pilih parti atau calon..

Bagi pengundi atas pagar, besar kemungkinan faktor calon akan difikirkan dahulu sebelum memilih parti yang hendak diwakili. Kenapa memilih calon dahulu..Jawapannya mudah,,jika calon yang bertanding itu jenis yang boleh berkerja, tidak rasuah, menjaga kebajikan, mudah didampingi rakyat dan yang paling penting mereka berkerja untuk rakyat kerena mereka adalah kuli rakyat yang memilihnya itulah yang akan dipilih sebagai calon kawasanya sebelum melihat parti apa yang diwakilinya. Sebagai contoh, jika parti BN mencalonkan calon yang sama mempertahankan kerusi kawasannya tetapi calon tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik maka pengundi tidak akan memilih calon itu semula walaupun parti BN secara keseluruhan dapat mentadbir negara dengan baik. Tidak mustahil calon dari PR akan menjadi pilihan ataupun calon bebas akan dipilih jika kedua-dua calon BN dan PR tersebut tidk boleh diharap.

Jika dahulu, orang awam akan lebih memilih calon dari parti politik, namun sekarang calon menjadi asas utama sebelum parti politik. Ramai wakil rakyat yang apabila menang mula lah mengumpul kekayaan dan mengabaikan rakyat dikawasan yang diwakilinya. Apabila mahu pilihanraya barulah mula menunjukkan muka dan menghulurkan bantuan. Begitulah lumrah wakil rakyat. Tidak kira dari BN atau PR, budaya ini sudah sebati dalam diri wakil rakyat. Namum bukan semua wakil rakyat yang bersikap begitu namun disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Tangapan rakyat masih tidak dapat dikikis dikalangan wakil rakyat. Diharap tangapan ini dapat dikikis dengan bakal wakil rakyat nanti dapat menjalankan tangungjawab dan amanah yang dipikul oleh beliau.

Jika anda bertanya kepada saya siapa yang anda pilih, Parti atau Calon..Saya memilih calon dan baru parti yang diwakilinya. Jika calon bebas lebih baik, apa salah kita memilih dan memberi peluang kepada calon bebas tersebut. Tetapi harus diingat..Undi adalah RAHSIA...siapa yang saya pilih???Rahsia
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PRU13: Ibu segala Pilihanraya

Pilihanraya umum Malaysia kali ke13 atau lebih mudah dikenali sebagai PRU13 kali ini dikatakan adalah pilihanraya yang akan menentukan siapa bakal pemerintah Malaysia. Ia juga dikatakan ibu segala pilihanraya. Pada PRU13 kali ini, pertembungan epik akan berlansung antara Parti Barisan Nasional(BN)dengan Pakatan Rakyat(PR). Dengan rekod PRU12 yang diambil kira dengan pembangkang (Pakatan Rakyat) berjaya menguasai beberapa negeri maka untuk PRU13 kali ini merupakan peluang PR untuk memenangi PRU kali ini. Bagi BN pula, PRU kali ini akan menentukan perjuangan yang mereka perlu pertahankan.

Bagi seorang pengundi yang bakal memilih siapa calon wakil rakyat bagi kawasannya, apa yang diharap adalah calon wakil rakyat yang bakal dipilih dapat membawa suara rakyat bukan membawa duit rakyat masuk kedalam poket sendiri. Apa yang dilihat sekarangn ramai mahu menjadi calon. Tidak kira dari parti BN atau PR itu sendiri namun ada beberapa orang sanggup menjadi calon bebas bagi memenuhi harsat hati menjadi calon pilihanraya.

Pengundi sekarang bukan mengundi bukan hanya melihat calon  pada parti yang diwakili tetapi melihat kepada calon itu sendiri. Kebanyakan pengundi adalah terdiri daripada golongan orang muda yang lebih bersifat pengundi atas pagar. Mereka akan memilih calon atau parti yang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan isu-isu yang lebih berintergeriti seperti isu membenteras rasuah, kos sara hidup, perumahan, pekerjaan dan keselamatan.

Banyak isu PRU13 ini ingin dibincangkan kali ini. Dari manifesto, kecenderungan pengundi, pandangan peribadi keatas BN dan PR, kehangatan berkempen dan akhir sekali calon wakil rakyat di kawasan penulis (Beaufort) akan dibincangkan.

Untuk penulisan kali ini, Jelaslah bahawa PRU13 kali ini adalah ibu segala PRU. Peluang untuk BN dan PR untuk menang dalam PRU13 kali ini adalah 50-50. Tidak siapa yang boleh menyatakan bahawa BN boleh menang besar dan tiada siapa boleh menyatakan PR akan memguasai Putrajaya kali ini. Hanya pengundi yang akan menetukan siapa yang bakal menjadi pemenang PRU13 kali ini.

Oleh itu, SIAPA PILIHAN ANDA, BN atau PR???_____________ .

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua