iklan berbayar

Iklan Berbayar

Erti Kemerdekaan 55 tahun

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 55. Pada kali ini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang pesat membangun dengan dipacu oleh kekuatan ekonomi yang kukuh menjadikan sambutan kemerdekaan negara menjadi bermakna kepada rakyat Malaysia yang menyayangi negara Malaysia. Sambutan kemerdekaan kali ini juga meriah kerana ia sambutan hari raya aidilfitri turut disambut bersama-sama hari kemerdekaan sampaikan ada yang membuat jemputan rumah terbuka aidilfitri bertemakan hari kemerdekaan. Itulah unik negara Malaysia. Namun sejak akhir-akhir ini suasana sambutan kemerdekaan seperti ada yang tidak kena. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang setiap rakyat terlebih bersemangat menyambut kemerdekaan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan hari kemerdekaan kali ke 55 ini. Disini saya cuba simpulkan beberapa pekara yang menjadi isu ketika menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.

Slogan kemerdekaan : Janji Ditepati; Sebangsa, Senegara , Sejiwa
Slogan tema kemerdekaan pada peringkat kebangsaan ialah Merdeka 55 tahun Janji Ditepati. Maka selepas itu muncullah pula tema kemerdekaan pakatan rakyat "Sebangsa,Senegara,Sejiwa". Kenapa ada dua tema? Ini kerana pihak pakatan rakyat menyatakan bahawa tema "Janji Ditepati" yang digunapakai sebagai tema peringkat kebangsaan merupakan tema Barisan Nasional (BN). Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan tema tersebut kerana ia tidak menunjukkan semangat kemerdekaan dan lebih kepada motif politik. Bagi peringkat kerajaan pula, tema tersebut sesuai kerana ia membawa maksud Malaysia merdeka dan makmur kerana Janji telah Ditepati.

Namun apa juga tema yang hendak dibuat sepatutnya tema tersebut haruslah dapat memupuk semangat cintakan negara. Perasaan cintakan negara itu penting supaya negara tidak mudah diperkotak katikkan oleh orang luar. Tidak kira apa parti politik sekalipun, semangat cintakan negara mesti disemai dan ditanam dalam diri setiap individu di Malaysia.

Bahang pilihanraya yang semakin hampir ini telah menjadi titik tolak mengapa tema sambutan hari kebangsaan turut menjadi mangsa dipolitikkan. Bagi pihak BN tema Janji Ditepati dapat mengenakkan pihak pakatan rakyat kerana dilaporkan negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat tidak berjaya menunaikan janji yang dibuat semasa pilihanraya unum yang lepas. Namun tema tersebut boleh juga ditujukkan kepada pihak kerajaan dimana ada beberapa wakil rakyat BN turut tidak menunaikan janji mereka. Mahu dekat pilihanraya baru mahu turun padang melawat kampung. Kalau tidak yang dihantar cuma wakil Y.B sahaja. Namun pekara itu tidak dibesarkan kerana kalau dibesarkan jatuhlah air muka BN.

Isu Bendera baru mengantikan Jalur Gemilang
Beberapa pemuda dikabarkan mengibarkan bendera baru Malaysia yang kononnya mengantikan jalur gemilang apabila pakatan rakyat menguasai putrajaya. Dengan bangganya mereka tanpa takut mengibarkan bendera tersebut depan kamera. Bendera tersebut dikatakan menyerupai bendera negara Indonesia dan Singapura dengan warna asasnya merah dan putih. cuma yang membezakanya ialah lambang bulan dan bintang. Jalur Gemilang pula dikatakan mengikuti bendera Amerika. Bagi saya walaupun hampir sama dengan bendera Amerika, ia tidak menjejaskan negara Malaysia kerana banyak bendera di negara didunia ini adalah hampir sama antara satu sama lain. Bendera Amerika pula selain Malaysia, ada juga negara lain mempunyai bendera yang hampir sama dengan bendera Amerika. Cuba google sahaja di internet. Mesti anda akan terjumpa. Apapun isu bendera baru tersebut tidak perlulah dibesar-besarkan. Ini kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang berfikiran pendek mahu bendera ditukar. Kalau mahu juga ditukar bendera tersebut bagus buat negara sendiri. Jangan kacau Jalur Gemilang!!!

Bendera parti politik lebih banyak dikibarkan berbanding bendera Jalur Gemilang
Ini lagi satu demam politik negara. Dalam negara sibuk menyeru rakyat mengibarkan bendera Jalur Gemilang bagi memeriahkan hari kebangsaan, dikibarkan pula bendera parti politik dahulu. Kalau diSabah ini, bendera STAR paling manang dikibarkan. Sampaikan diatas pokok yang sukar dicapai pun diletakkan bendera parti politik. Jalur Gemilang tidak dikibarkan pula, kalau ada cuma dipagar tangga rumah sahaja. Jalur Gemilang tidak lagi dikibarkan semeriah dahulu. Teringat saya semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Sentuhannya dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan sangatlah berkesan didalam hati. Rindu pula dengan suasana tersebut. Jalur Gemilang berada dimana-mana. Siapa yang tidak kibar jalur gemilang pada masa itu tidak cool lah orang kata. Apapun kalau pun musim pilihanraya semakin hampir, kibarlah Jalur Gemilang dahulu. Ketepikan sahaja dahulu demam politik. Pentingkan kemerdekaan negara dahulu.

Sabah & Sarawak Merdeka 16 September ???
Parti SAPP Sabah (politik lagi) membuat kenyataan bahawa Sabah & Sarawak merdeka sebenarnya pada 16 September. Malaysia juga ditubuhkan dan merdeka pada 16 September. 31 Ogos tersebut adalah tarikh kemerdekaan tanah Melayu. Setelah menjadi Malaysia pada 16 September setelah bergabungnya Sabah,Sarawak dan Singapura (sebelum Singapura keluar dari Malaysia tidak lama selepas itu) sepatutnya hari kemerdekaan Malaysia ialah 16 September. Jika dibuat pada 31 Ogos pula sepatutnya ia bukan dipanggil Hari Kemerdekaan Malaysia tetapi hari kemerdekaan Malaya sebab Malaysia pada 31 Ogos belum lagi wujud dan ia wujud pada tarik 16 September. Itulah kenyataan SAPP baru-baru ini. SAPP tetap mempertahankan isu 16 September ini. Ini juga merupakan antara faktor mengapa mereka keluar dari BN tidak lama dahulu.

Jika difikirkan secara mendalam, apa yang diperkatakan oleh SAPP ini ada betulnya. Kalau diikut Sabah dan Sarawak sebenarnya merdeka pada 16 September. Entah mengapa dan apa sebabnya apabila tiba hari kebangsaan Sabah dan Sarawak ikut menyambut pada 31 Ogos. Tiada salahnya menyambut 31 Ogos tapi bila difikir dengan mendalam kenapa tidak 16 September. Mungkin ada jawapan yang lebih kongkrit diperjelaskan kepada rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan isu ini. Kalau dahulu 16 September merupan bukan cuti umum dan Sabah sahaja yang mengambil 16 September sebagai cuti umum dengan mengambil tarikh tersebut sebagai tarikh sambutan hari jadi TYT Sabah. Di Sarawak pada tarikh tersebut berjalan seperti hari-hari biasa. Namun setelah kesedaran mula timbul dikalangan rakyat Sabah dan Sarawak maka 16 September diberi cuti umum dengan mengistiharkan hari tersebut sebagai Hari Malaysia kerana pada hari tersebutlah Malaysia ditubuhkan dan pada hari tersebutlah Sabah dan Sarawak Merdeka. Kalau dilihat pada sejarah, pada waktu tersebut laungan merdeka dilaungkan di Padang Merdeka di Kota Kinabalu. Itu merupakan simbolik penubuhan Malaysia dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Jadi apa yang mau dicakap disini, 16 September atau 31 Ogos....mana satu ni????
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua