iklan berbayar

Iklan Berbayar

Mana Satu Animasi Terbaik Tempatan

Semenjak animasi Upin dan Ipin diperkenalkan di kaca televisyen. Ia bagaikan satu fenomena dalam dunia animasi negara. Selepas fenomena upin dan ipin melanda maka muncul pula beberapa siri animasi dimainkan di TV tempatan. Tapi sebelum animasi Upin dan Ipin ini dibuat, ada satu lagi animasi tempatan yang dahulu dibina sebelum Upin dan Ipin ini iaitu Animasi Saladin. Apa yang menyebabkan animasi saladin ini tidak berapa terkenal adalah disebabkan kerana ia tidak disiarkan oleh TV tempatan serta jalan ceritanya lebih kepada pengembaraan masyarakat zaman parsi. Oleh itu ia tidak dekat dengan hati penduduk negara.

Selepas itu muncul lah animasi-animasi buatan tempatan yang mewarnai industri animasi negara. Antaranya sri animasi Boboiboy, Supertots, Pada zaman dahulu dan pelbagai lagi. Namun buat masa ini mana satukah siri animasi ini adalah yang terbaik dari segi pembinaan grafik, pergerakan grafik, jalan cerita serta watak dalam siri animasi tersebut. Disini saya akan cuba membuat analisis tentang animasi ini melalui pandangan dari mata saya sendiri. Ini kerana saya minat juga dengan siri animasi terutama yang tempatan kerana ia dekat dengan hati kita. Okey mari kita tengok apa yang boleh saya analisa dengan beberapa siri animasi yang sedang dimainkan di TV .

Siri Animasi Super Tots-TV3

 

Animasi Supertots ini adalah animasi yang dimainkan di TV3 pada pukul 9 pagi setiap hari Sabtu. Kalau mengikut pandangan dan pengamatan aku, animasi ini bolehlah ditonton oleh kanak-kanak dilingkungan 3 - 12 tahun sahaja. Kalau kanak-kakan di lingkungan 12 hingga remaja iaitu 15-17 mungkin animasi ini kurang menarik minat mereka. Apatah lagi orang dewasa. Mungkin tidak langsung melihat siri animasi ini. Apa yang aku boleh ulas dianimasi ini ialah pergerakan animasi ini agak kaku. Gambaran pencahayaan juga agak gelap serta lihat pembinaan tangan serta kaki watak animasi ini. Nampak seperti tidak sempurna. Ceritanya pula seperti yang dijangka memang sesuai pada tahap kanak-kanak yang berumur yang disebutkan tadi. Lagi satu kalau kanak-kanak bandar pula mungkin kurang berminat pada cerita-cerita begini kerana mereka lebih terdedah dengan dunia animasi game yang lebih cantik kualiti grafiknya. Nampaknya kerja keras perlu dibuat bagi memperkuatkan lagi siri animasi ini dengan memperbaiki lagi mutu grafik serta jalan ceritanya.

Siri Animasi Saladin



Satu lagi siri animasi yang dimainkan di kaca TV tempatan. Sekarang sedang dimainkan di TV3. Tapi bagi siri ke 2. Siri pertama kalau tidak silap ada dimainkan di TV1(kalau silap tolong betulkan ya). Siri ini menceritakan perjalanan serta pengembaraan seorang tokoh islam yang terkenal. Cuma ceritanya ini ala-ala cerita Sinbad ataupun cerita 1001 malam yang terkenal. Apa yang aku difahamkan, siri-siri ini dibuat oleh MSC dan dibuat untuk pasaran luar negara. Apapun kalau mengikut pendangan peribadi aku sebagai penonton, siri ini sesuai ditontong oleh semua golongan umur. Dari yang kecil kepada yang dewasa. Ini kerana jalan ceritanya memang menarik. Kalau disudut pergerakan dan pencahayaan, siri animasi ini mempunyai pergerakan yang agak menarik. Walaupun ada sedikit kaku namun ia tidak mencacatkan keseluruhan jalan ceritanya. Cuma yang agak kelakar, pergerakan baju dan rambut seperti kaku walaupun ketika sedang berlawan. Kalau pergerakannya dapat di licinkan mungkin ia akan lebih menyeronokan. Apapun percubaan untuk siri ini memang menarik dan berbaloi untuk ditengok.


Siri Animasi Upin & Ipin - TV9

Siapa tidak kenal dengan siri animasi ini. Kalau tidak kenal jangan tinggal di Malaysia..hahaha Kalau mau tau, siri ini adalah satu fenomena dunia animasi tempatan. Dari siri inilah dunia animasi tempatan menjadi terkenal dan berkembang maju. Upin dan Ipin menceritakan 2 orang budak kembar di dalam kampung. Ia menceritakan tentang kehidupan mereka ketika dikampung dengan gelagat dan kisah mereka yang lucu,sedih dan semestinya comel. Frasa ayat yang paling terkenal ialah betul...betul.. Satu lagi yang menguatkan cerita ini ialah berkenaan suara yang digunakan untuk watak upin dan ipin ini merupakan orang yang sama iaitu mengunakan suara adik Nur Fathiah Diaz (kalau salah betulkan ya). Memang comel suaranya dan sesuai dengan watak upin dan ipin itu. Ok, melalui jalan cerita dan pembinaan grafik animasi siri ini, aku boleh katakan antara yang terbaik dibuat. Pencahayaan jelas dan grafik pun lancar. Semua golongan boleh ikut menghayati siri ini. Cuma yang tidak bestnya apabila ia hanya dimainkan selama 8-10 minit sahaja. Pendek sangat macam tidak puas. Lepas itu dimainkan berulang-ulang. Sampai boring pun ada. Apapun lepas ini buatlah 30 minit dan jangan diulang-ulang. Kalau bolehlah..hehehe Tapi sekali keluar movienya Geng dengan upin dan ipin sebagai watak dalam movienya itu ternyata usaha mereka amat berbaloi. memang best la mau dicakap..

Siri Animasi Boboiboy-TV3

Buat masa ini siri animasi yang paling manang(cakap orang sabah) ialah siri animasi boboiboy kat TV3 setiap hari Ahad jam 7 Mlm. kenapa aku cakap macam itu, ini kerana aku minat sangat siri ini.hahaha tapi secara realitinya siri ini adalah keluaran animasi yang paling terbaik buat masa ini. Ini kerana susunan jalan cerita, grafik dan pencahayaan memang sangat menarik. Ia juga menjadi ikon bagi budak-budak sekolah rendak. Kalau upin dan ipin menjadi ikon budak-budak sekolah tadika, boboiboy pula memang untuk budak-budak sekolah rendah dari umur 6-13 tahun. Kalau tidak pecaya cuba tanya mereka. Orang tua-tua pun layan juga siri ini sebab ia memang best dan lucu. Kadang-kadang aku ketawa terbahak-bahak kerjanya. Tidak sabar aku mahu menunggu siri terbaru boboiboy ini untuk musim kedua serta movienya. Kalau da main siri terbaru nanti akulah orang pertama didepan kaca tv sambil membawa keropok angry bird..hahaha

Lain-lain siri yang ada dimainkan di tv tempatan ialah
  • Siri Animasi KACANG (Tv1)
  • Siri Animasi Rahmadan Mat Jo (waktu puasa kat tv1)
  • Siri Animasi Pada Zaman Dahulu (TV9)
Serta beberapa siri lagi yang aku pun tidak ingat sudah. apapun semoga industri animasi tempatan akan maju setapak lagi dimasa akan hadapan.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Baca Komik Mangga Jepun Di Laman Web Manggakong

Siapa suka baca komik manga Jepun terutama siri manga Naruto, Bleach, One Piece dan pelbagai lagi. Aku sendiri pun peminat komik Naruto..hehehe dr episode 1 hingga yang terkini sudah aku baca dan aku simpan sebagai koleksi.

Kalau dulu aku suka baca kat laman onemanga. Tapi laman itu da ditutup. Cari-punya-cari jumpalah laman komik manga yang setakat ini antara yang terbaik iaitu laman mangakong.(Klik disini). Kenapa aku pilih mangakong ? Kerana dia ada sejumlah komik yang aku inggin baca dan mudah dilayari. Itu aja..


Untuk makluman, semua komik yang dikeluarkan disini telah dialih bahasa ke bahasa inggeris. Oleh yang demikian, sesiapa pun boleh baca komik manga keluaran Jepun ini. Bahasa Inggeris yang digunakan juga tidaklah terlalu rumit untuk difahami sebab ia menggunakan bahasa inggeris mudah serta senang difahami oleh sesiapa yang mahu membacanya.

Akhir sekali, kepada peminat siri manga jepun, aku syorkan laman web ini. Kerana ia tentu berbaloi-baloi. Daripada menunggu buku siri mangga yang kadang-kadang lewat sirinya bagus baca secara online. Sirinya lebih terawal dan boleh lagi dicopy untuk buat simpanan. Macam aku lah..hehehe
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua