Cuti sekolah ini telah dimanfaat dengan aktiviti memancing di tempat yang paling popular sekali di daerah Beaufort, Sabah iaitu di Bintuka. Sebut sahaja muara Bintuka dengan bot sewa HJ Kumit, mesti kaki-kaki pancing akan kenal. Dalam kesempatan cuti sekolah dan balik kg, peluang menduga muara Bintuka adalah menjadi misi utama dan mustahil hehehe. Bukan apa, asik-asik menduga di muara Beluran sahaja, mahu juga merasa tempat baru yang pasti tempat asal saya sendiri. Apapun setelah perancangan rapi dibuat akhirnya trip ke muara Bintuka telah berjaya dirancangkan. Ikuti laporan trip saya & family menduga muara Bintuka.
Trip 1
|
Selamat Datang |
|
Jambatan menuju kerumah Hj Kumit |
Tiba sahaja di kg terus sahaja kami merancang trip ke Bintuka. Setelah berjaya menghubungi Anak Hj Kumit untuk menempah bot kami terus bersiap-siap menyiapkan alat memancing kerana pada keesokan harinya perjalanan ke muara Bintuka akan berlangsung. Kami dapat menempah bot bernombor 13 yang boleh memuatkan 4 orang pemancing. Kalau lebih mungkin tidak dapat sebab memang muatanya pun seramai 4 orang sahaja kapasitinya. Disini, kalau mehu menempah bot dengan Hj Kumit perlulah menempah awal sebabnya pada cuti hari sabtu dan Ahad selalunya tempahan akan penuh. Jadi, sapa cepat dia dapat la ceritanya. Faktor mengetahui saiz bot yang hendak digunakan juga perlu sebab ada antara bot bersaiz kecil yang boleh memuatkan 2 orang sahaja pemancing. Apapun telefon dululah awal-awal sebelum terlewat.
|
Sudah ada tempat paking lagi untuk pemancing |
|
Tempat membeli udang |
Kami
tiba di rumah hj Kumit pada jam 7.30. Setelah selesai proses mengangkat barang kedalam bot, kami pun bertolak membeli umpan. Disini umpan hidup mudah didapati kerana ada yang menjual umpan hidup disekitar sungai Bintuka. Umpannya ialah udang lah..haha tapi semasa trip kali ini, kami terlupa membawa oksigen. Ini menyebabkan udang hidup kami tidak bertahan lama, Selang beberapa jam udang tersebut sudah mati. Kasihan... Kalau mahu membeli udang hidup tersebut, harganya adalah RM20 sekilo. Jadi sesiapa yang mahu membeli udang hidup sedialah wang saku dan bekalan oksigen supaya udang boleh tahan lama.
|
Oksigen guna bateri..penting ooo |
Selesai membeli belah, kami terus ke lubuk pertama. Cuma masalah yang timbul pertama kali ialah keadaan air surut di laluan pertama masuk ke muara Bintuka. Air surut menyebabkan laluan pertama cetek dan kami terkandas hampir 20 minit untuk tembus ke kawasan hutan bakau dan nipah. Kena lagi sebuah jambatan yang dibawahnya terdapat baru-batu besar yang kalau orang yang tidak tahu bawa bot main redah saja alamat bocor lah bot rosaklah kipas enjin. Namun akhirnya halangan pertama berjaya ditembusi.
|
Pilih la antara 5 or 6 |
|
Deretan Bot sewa dengan nombor |
Kami sampai ke lubuk pertama, selang sahaja dalam 10 minit, saya berjaya menaikan ikan sembilang seberat 1kg. Puas hati sebab menjadi orang pertama yang dapat ikan. Namun selepas itu langsung pula antara kami tidak disentuh langsung umpan. Nampak gayanya kami berpindah lubuk lagi. Setiap lubuk yang kami pergi kami hanya mendapat 1 ekor ikan bagi setiap lubuk. Nampaknya kurang rezeki kami kali ini. Selesai memancing pada hari itu dengan pergi sebanyak 7-8 lubuk yang kami singah, kami dapat 3 ekor sembilang, 3 ekor utik (dilepas la sebab tidak makan), 2 ekor kerapu, 2 tetanda dan 1pari . Apapun trip kali ini bolehlah sebagai pemanas badan sebelum kami merancang trip yang kedua.
TRIP 2
Trip kali ini kami sudah lebih bersedia. Dengan menyediakan oksigen dan bot yang lebih selesa kami meneruskan trip kali ini. Kali ini kami mencuba beberapa tempat baru.
|
awas kat jambatan ini, ada batu besar di bawah |
Macam biasa, awal-awal masuk sahaja tempat pertama dijambatan menjadi igauan ngeri sebab air masih belum pasang, jadi kesukaran melalui jambatan disebabkan takut kerkena batu didasar dapat diharungi dengan lebih baik dari trip pertama. Mungkin saya sudah faham laluan tersebut.(Saya yang bawa bot masa itu hehehe). Maka kami mulalah menjelajah lubuk-lubuk yang berportensi mendatangkan hasil.
|
Keadaan Jeti sewaktu surut |
|
Jeti pasang sikit |
|
Patah lah pula |
|
Set casting |
Tibanya dilubuk pertama tempat saya dapat ikan sembilang pada trip pertama. Hampir 30minit kami menunggu, langsung kami tidak dapat sebarang sambaran. Nampaknya terpaksa pergi ke lubuk kedua, Dilubuk kedua lebih meriah sikit. Saya juga menjadi orang pertama dendapat rentapan ikan. Sekali tarik ikan putih sais tapak tangan. Namun yang menjadi bala pula, gear pancing saya patah masa menarik ikan putih tersebut. Ikan itu tidaklah ganas menarik pancing tapi ekoran saiz gear saya yang kecil serta mengalami kejutan ketika menarik ikan sembilang 1kg pada trip pertama, terus gear saya tidak menahan tarikan si ikan putih tersebut. Alamat patah dan keseronokan memancing saya terjejas. Itulah bawa gear yang murah-murah sahaja, itulah bila masanay ia akan rosak. Takpa lain kali akan ku turunkan gear saya yang terbaik. Nyesal tidak bawa..huhuhu terpaksalah saya melayan memancing dengan pancing casting sahaja. Rakan-rakan yang lain sibuk sudah menarik pancing ekoran ikan sudah galah memakan umpan. Saya cuma dapat main casting sahaja. Akhirnya hanya ikan putih itu sahaja dan seekor ketam berjaya kunaikan pada trip kali ini. Agak mengecewakan bagi saya tapi tidak family saya yang lain kerana mereka galak mendapat ikan yang terdiri daripada sembilang, ikan tanda, jenahak, ikan putih, kerapu dan akhir sekali ikan lapu(ikan yang macam kerapu tetapi dikatakan berbisa).
|
Itu dia ikan bedukang |
|
Antara lubuk diterokai |
Trip kali kedua ini agak berjaya dari yang pertama namun tidak bagi saya yang kepatahan gear. Tapi hari itu air tidak berapa bagus dengan keadaan air yang sejuk serta kurang mendapat ikan yang monster-monster dari muara Bintuka. Mungkin sudah habis atau kurang kot. Semasa balik kami bertembung dengan beberapa bot yang juga pemancing memberi isyarat kurang mendapat habuan serta mengatakan air sejuk. Mungkinlah sebab mereka nampak-nampak mengunakan set casting sahaja. Mungkin tiada rezeki mungkin diorang.
Apapun next year saya akan kembali lagi di muara Bintuka. Kali ini Saya mahu membawa peralatan terbaik yang saya ada. Hahaha apapun enjoy this story dan beberapa keping gambar untuk tatapan. Kalau ada yang mahu pergi ke Kuala Bintuka jangan lupa jemput saya. Manatau ada cerita baikkkk punya..cau cin cau
|
Hasil tangkapan trip kedua |