Baru beberapa hari berpuasa sudah macam-macam gelagat orang telah ku lihat semasa bulan yang mulia ini. Saya suka melihat gelagat orang dan berfikir kenapa mereka jadi macam begitu, dan selalunya bila melihat gelagat-gelagat orang disekitar saya yang tidak sesuai, saya akan belajar supaya tidak akan jadi seperti tersebut. Itu falsafah yang saya pegang.
Gelagat berpuasa yang mahu saya bawakan ini mungkin berlaku dipersekitaran anda semua(yang membaca blog ini) ataupun perkara ini berlaku secara kebetulan ataupun tidak pernah dialami. Antara gelagat tersebut adalah seperti :
Ada orang berpuasa tapi tidak pernah sembahyang.
Perkara ini bukan lagi satu yang asing. Kerap kali kita melihat ada juga insan-insan yang berpuasa pada bulan puasa ini tidak menunaikan ibadat sembahyang yang diwajibkan untuk orang islam. Pelik bukan tetapi itulah kenyataan. Ibadat puasa dibuat tetapi sembahyangnya tidak. Kalau ditanya kenapa puasa dibuat tetapi ibadat sembahyang tidak, jawapanya ialah puasa itu wajib. Jadi sembahyang tidak wajibkah. Sia-sialah puasa kalu tidak sembahyang. Rugilah kita berpuasa kerana hanya dapat lapar dan dahaga tetapi pahala dan amal kebaikan kita tidak dapat. Padahal masa bulan puasa ini yang paling penting adalah mencari pahala yang diberikan oleh tuhan dengan sebanyak-banyaknya. Untuk lebih memahami apa yang ingin saya bincangkan ini, bolehlah masuk ke laman web Islam itu indah. Ada persoalan tentang perkara ini iaitu Soalan : Ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yangg berpusa tapi tidak mengerjakan solat.
Apa pula berpuasa tapi tidak menutup aurat.
Ini lagi satu penyakit. Kalau da namanya berpuasa, semua perkara kena dijaga. Dari kelakuan, perbuatan, percakapan, pakaian walhal jiwa pun kena dijaga sempena bulan puasa ini. Tapi apa yang kita lihat semasa bulan puasa ini, mana-mana perempuan yang mendedahkan aurat(tidak bertudung ataupun bertudung tapi memakai pakaian yang ketat-ketat) biasa berkeliaran dimana-mana. Mau ditegur pun salah, tidak ditegur pun salah. Tapi inilah tabiat masyarakat kita. Tahu dan faham erti berpuasa tapi untuk menghayati erti sebenar itu berpuasa adalah amat kurang sekali.
Sembahyang terawih lebih ramai dari sembahyang fardhu 5 waktu yang lain.
Ini lagi perkara yang menjadi duri dalam daging masyarakat disekeliling kita. Cuba lihat sahaja di masjid-masjid dan surau-surau di tempat kita. Apabila waktu solat farhdu berapa kerat sahaja orang yang ada di masjid atau surat tersebut. Tapi apabila solat tarawih punya lah ramai orang bersolat. Alangkah bagusnya jika solat fardhu yang wajib tersebut jemaahnya lebih ramai dari solat sunat. Mesti masjid atau surau lebih meriah dari yang biasa.
Jualan hari raya lebih dahulu dari bulan puasa
Jualan hari raya menjadi tonik kemestian untuk para peniaga sebelum bulan puasa bermula. Apa tidaknya, demi mengaut keuntungan dan mengalakan umat islam membuang duit sempena hari raya, jualan hari raya mesti dibuat awal. Ini telah mengalakan umat islam lebih mementingkan hendak sambut hari raya dari hendak menyambut bulan puasa.
Baju raya yang berpasang-pasang
Macam menjadi satu tradisi pula. Baju raya mesti ada tiap kali mahu raya. Kenapa tidak ada baju puasa. Kan lebih elok kalau baju puasa yang disediakan dahulu. Maksud baju puasa ini ialah baju yang menutup aurat (bagi perempuan). Ini tidak, masa-masa puasa ini juga dipakainya baju yang tidak puasa(baju yang ketat dan mendedahkan aurat).
0 Comments
Tags:
Yang Ku Lihat