Blog > Archive for 04/11
Archive for 04/11
- By ritzkhanzazd
-
Postado 4/28/2011
at 7:52 PM
Perkahwinan diraja Britain antara Putera William dan Kate yang akan dijangka esok ataupun hari jumaat ini 29 April 2011. Seluruh pelusuk dunia terutamanya negara-negara Komenwel menanti upacara itu berlangsung. Tidak terkecuali di Malaysia. Setiap hari sebelum upacara tersebut berlangsung ada saja rancangan berkenaan di media elektronik, media cetak dan ada yang sanggup menjaja cerita perkahwinan diRaja tersebut dilaman-laman sosial. Apa yang menghairankan, kenapa cerita perkahwinan tersebut menjadi topik hangat dan menjadi ikutan seluruh rakyat di Malaysia.
Malaysia sebelum ini merupakan salah satu negara yang menjadi jajahan British pada waktu dahulu. Dan sebelum negara kita diberikan hak kemerdekaan, segala bentuk pentadbiran dan sistem kehakiman diturunkan kepada negara kita pada waktu tersebut. Tidak hairanlah kenapa sistem pentadbiran kita seperti negara British itu walaupun pada masa ini acuan pentadbiran negara kita sudah kita bentuk sepenuhnya sendiri namun acuan dan pemikiran British masih ada dalam negara kita.
Kalau tidak percaya, tengok saja perkahwinan diRaja Britian ini. Sapa di antara warga negara di Malaysia tidak mendengar atau mengikuti perkahwinan tersebut. Sampaikan ada rancangan tv membuat laporan khas dan siaran langsung Majlis Perkahwinan tersebut. Bukankah kita masih lagi dibelenggu oleh penjajah tersebut.
Belum lagi diambil kira peminat bola sepak. Rata-rata ramai peminat bole diMalaysia memilih England sebagai pasukan negara untuk diikuti dan juga mesti sekali Liga Inggeris menjadi pilihan utama ditonton tiap-tiap minggu. Padahal pasukan Englang pun tidak sekuat mana tetapi tetap juga menjadi pujaan.
Bukan itu saja. Sistem pendidikan juga turut menyumbangkan peranan pebentukan minda penjajah tersebut. B.Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua digunakan dalam sistem pelajaran sampaikan ada dikalangan masyarakat kita yang malu mahu bercakap bahasa Malaysia kerana terlalu mengagung-agungkan B. Inggeris yang kononnya moden dan bahasa terkini.
Apa yang dikatakan ini ada benarnya. Mahu tidak mahu kita masih lagi dijajah oleh penjajah lalu. Secara tidak sedar atau pun sedar kita tidak boleh lari dari penjajah British. Dari kelakuan, pakaiaan, bahasa, makanan, sukan dan juga glamor kita tetap masih terikut-ikut budaya dan pemikiran British. Apa boleh buat rakyat Malaysia. Ini lah kita,minda kita tidak boleh berubah kerana kita tetap dijajah walau apa jua caranya kita mahu melepaskan penjajahan tersebut.
misimustahil : tetiba meluat tengok publisiti berlebih-lebih TV dinegara kita tentang perkahinan diraja tersebut. Macam tiada kah agenda lain yang boleh membantu meningkatkan pemikiran rakyat yang menontn TV dari rancangan yang mahu glamor saja..
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 4/23/2011
at 12:09 PM
Siapa di antara rumah di Malaysia ini tiada siaran ASTRO? Kalau dilihat secara kasar, semua isi rumah mempunyai piring ASTRO berada di rumahnya. Kalau tiada piring ASTRO macam tidak lengkaplah keperluan rumah itu. Antara kepentingan ataupun disebabkan trend semasa, ASTRO mesti wajib disetiap isi rumah. Sekarang munculnya ASTRO Beyond (siaran HD), sesiapa yang ada piring ASTRO berwarna hitam, isi rumah tersebut memang melanggan siaran HD tersebut.
Tetapi sedarkah semua, berbaloikah kita melanggan ASTRO. Kalau diikut dari pandangan umum, melanggan siaran ASTRO boleh dikatakan berbaloi. Ini kerana channel Tv yang disiarkan adalah jelas dan hampir kesemua siaran percuma yang boleh kita dapat melalui antena Tv biasa boleh kita dapat. Sebagai contoh, kalau dipedalaman Sabah dan Sarawak, siaran Tv percuma seperti TV1, Tv2, Tv3 adalah tidak jelas siarannya dan memerlukan antena yang sangat tinggi dan kadang kala gambar yang diterima tidak jelas. Lagi satu siaran Tv percuma yang lain seperti nTv7, 8Tv dan Tv9 tidak boleh ditonton di Sabah dan Sarawak kerana siaran itu belum meluaskan liputan sampai di Sabah dan Sarawak kecuali nTv7 yang boleh didapati di Kota Kinabalu dan Kuching(sekadar beberapa tempat yang diketahui). Jadi dengan melangan astro maka masalah ketidakdapatan siaran tersebut dapat diatasi.
Tapi sedar kah pelanggan ASTRO sekalian, dalam dua tiga bulan ini, pelbagai rungutan dan komplen dapat dilihat didalam dada-dada akhbar dan dimedia-media cetak mahupun media internet tentang siaran ASTRO ini. Antara yang menjadi isu adalah tentang masalah siaran yang akan hilang apabila hujan turun sampaikan ada pelangan naik berang dengan hal tersebut. Tapi adakah pihak ASTRO mengambil rungutan tersebut dan memperbaiki mutu siaran. Dan yang paling terkini adalah luahan ahli dewan negara yang meminta pihak ASTRO megurangkan iklan dalm setiap rancangan yang dikeluarkan olehnya. Ini kerana pihak pelangan sudah membayar sewa perkhidmatan siaran tersebut maka sepatutnya iklan tidaklah melebih-lebih dari yang sepatutnya. Tapi adakah rungutan ini diambil peduli oleh pihak ASTRO.
Mungkin pihak ASTRO mendengar sahaja rungutan tersebut dan tidak mungkin mengatasi masalah tersebut. Apa yang dikatakan oleh saya ini ada benarnya. Kenapa? Ini kerana sebab pertama mengapa mereka berani buat begitu adalah kerana di negara kita, hanya ASTRO yang membekalkan Tv Satelit yang memuaskan liputannya dan mungkin ASTRO sahaja yang tinggal sebagai stesen Tv Berbayar dinegara kita. Ini menyebabkan ASTRO tiada pesaingan dan suka-suka menaikan harga dan mengubah polisi pelangannya. Hal ini juga kerana, ASTRO tahu tiada syarikat lain yang akan memberi saingan kepada mereka dan jika pelangan tersebut tidak puas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan, pihak ASTRO tahu pelangan tetap akan melanggan ASTRO kerana tiada pilihan yang lain lagi. Mahu menggunakan siaran TV antena biasa tetapi tidak jelas siarannya dan kebanyakan siaran Tv biasa memboringkan. Itulah sebab kenapa ASTRO berani menidakkan runggutan dari pelanggan.
Lebih baik kerajaan memberi lesen kepada beberapa siaran TV satelit kepada syarikat lain supaya timbul persaingan antara Tv Satelit. Dan ini akan memberikan demensi penyiaran yang lebih baik dimana syarikat yang lebih baik mutu siaranya akan menjadi pilihan kepada pengguna. Ini akan memberikan ASTRO sedikit keperihatinan kepada pelanggannya dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik supaya pelangannya tidak lari dari terus melanggan ASTRO. Kalau tidak, perkara seperti sekarang akan menjadi dan terus menjadi kerana pelanggan tiada pilihan lain dari terus melanggan ASTRO walaupun tahu mutu siaran ASTRO tidaklah memuaskan hati pelanggannya.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"
Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua