Blog > Archive for 09/09
Archive for 09/09
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/29/2009
at 9:36 AM
Statistik kemalangan pada pos sikap yang lalu sungguh mengecewakan. Sasaran untuk mengurangkan kadar kemalangan tidak berjaya secara umumnya. Setiap tahun benda ini seperti tidak ada jalan penyelesaian. Namun secara purata kes kemalangan tersebut yang paling banyak terlibat ialah kemalangan yang melibatkan motorsikal. Tiap-tiap tahun motorsikal adalah penyumbang yang paling tinggi.
Disini ada cadangan untuk mengurangkan kemalangan maut di musim perayaan.
- Jangan benarkan penunggang motorsikal menggunakan jalan raya pada musim perayaan.
- Saman penunggang motorsikal yang balik ke kg untuk beraya.
- Jangan jual lagi motorsikal di malaysia.
Cadangan-cadangan tersebut agak keterlaluan tetapi jika di fikir betul-betul kalau benda ini tidak dicegah secara serius benda ini akan berterusan tiap-tiap tahun. Jadi fikir-fikir la...
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/20/2009
at 11:12 PM
Semasa perjalanan balik saya dari Sandakan ke Beaufort sempena Hari Raya pada hari Sabtu yang lalu, saya berdoa semoga perjalanan saya balik kg sentiasa selamat dari sebarang kecelakaan jalan raya. Dan juga saya berfikir agaknya jalan tidak la sibuk dan mungkin ada polis trafik atau JPJ akan meronda ataupun bertugas disepanjang jalan sdari Sandakan ke Beaufort. Namun apa yang saya alami tidaklah seperti yang di kabarkan di tv dan radio. Pihak polis telah mengatakan bahawa ramai angotanya akan menjalankan tugas mengawal keselamatan lalu lintas di seluruh negara. Tapi apa yang saya alami tidak seperti yang di laporkan. Sepanjang perjalanan saya dari bandar Sandakan ke KK, saya tidak terjumpa pun angota keselamatan yang bertugas di tempat-tempat yang berisiko tinggi kemalangan. Cuma saya terjumpa atau bertembung sahaja dengan kereta peronda yang mungkin menjalankan tugasan rondaan biasa. Tapi itu cuma di daerah Beluran sahaja. Daerah-daerah lain tiada pula. Mungkin kadar kemalangan di Sabah ini tidak seteruk di Tanah Melayu tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu untuk mendisplinkan pemandu-pemandu kereta di Sabah ini. Jika tidak ada pengawasan dari pihak tertentu, tentu sekali pemandu-pemandu di Sabah ini mungkin akan melakukan banyak kesalahan jalan raya. Mungkintidak lama kemudian negeri Sabah mungkin akan jadi penyumbang kes kemalangan yang besar di Malaysia.
Lagi satu hal yang saya jumpa sepanjang perjalanan balik tersebut, larangan kenderaan berat bergerak di jalan raya atau lebuh raya pada yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu tidak dilaksanakan sepenuhnya di Sabah. Sepanjang perjalanan saya, saya telah terserempak dengan logi pengangkat kereta, lori tangki minyak kelapa sawit yang hampir 20 buah saya jumpa, lori pengangkat buah kelapa sawit yang bilangannya tidak terkira oleh saya dan pelbagai lagi lori-lori-an. Kalaulah ada terjadi kemalangan, barulah lori-lori ini akan di saman kot. Mungkin juga larangan tersebut hanya di jalan-jalan kat semenanjung ja kot. Apa-apa pun pihak berkuasa perlulah memantau perkara ini.
Namun setibanya saya kat KK. barulah saya ternampak khemah-khemah kecil dan kereta ambulans diletakan ditepi jalan. Itupun kat Berungis (Tuaran) dan Pengalat Besar (Papar)(kalau tak silap sayalah) diletakan berserta beberapa orang petugas yang bersedia jika berlaku kemalangan. Tahniah di ucapkan kepada mereka kerana menjalankan tugas tersebut. Jika lebih banyak lagi pasukan-pasukan ini ditempatkan terutama antara jalan dari KK-Sandakan dan KK-Tawau adalah lebih molek. Diharap pihak-pihak yang tebabit memandang serius benda ini. Jangan sahaja bercakap di media masa berapi-api tetapi realitinya pijak api pun tidak rasa panas. Fikir-fikirkan lah yeee..
p/s : saya bergerak dari Sandakan pada jam 7.00 am dan sampai ke KK 1.00 pm
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/18/2009
at 8:13 PM
Selamat Hari Raya
Kisah seorang ibu tunggal bersama dengan 7 orang anaknya yang sedang bersiap-siap hendak menyambut hari raya. Cerita ini lucu juga tetapi ada mesej disebalik cerita ini. Apa-apapun enjoy dengan cerita ini.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
at 5:11 AM
Selamat Hari Raya kepada semua blogger-blogger yang datang berkunjung ke blog ini. Maaf zahir dan batin jika ada kekasaran bahasa dan tulisan saya dalam blog ini. SELAMAT HARI RAYA
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/09/2009
at 7:25 PM
Sebuah Lagu Raya dari kumpulan Wings. Lagu ini dirakam di TV9 semasa rakaman program rock raya di stesen tv tersebut. Lagu ini kalau ikut betul dinyanyikan oleh Mus ketika beliau bersama Wings dahulu. Namun sekarang telah dinyanyikan oleh Awie. Apa yang best lagu ini adalah versi rock.Hehehe Apa-Apa pun enjoy la dengan lagu ini. Walaupun versi asalnya(keroncong pop+rock) lebih asli tapi rock tetap rock..haro-haro.........
p/s : lagu raya rock..macam xbest ja ..hilang mood raya..hehehe
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
- By ritzkhanzazd
-
Postado 9/06/2009
at 6:06 AM
Kepada peminat-peminat sukan sepak raga di Malaysia. Satu filem yang berkaitan dengan sukan tersebut akan menemui anda di pawagam-pawagam terdekat. Filem ini dibintagi oleh hero malaya kita, Rosyam Nor..jadi apa lagi mau di tunggu.Nantikan lah kemunculan filem ini. Harap-harap
best la kan filem ini. Tak sabar pula nak tenggok..
So Check It Out...haro-haro
p/s : siap ada api-api lagi oooooo
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"
Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua