iklan berbayar
Iklan Berbayar
Archive for 2009
p/s: Lepas ini sibuklah media memuji kehebatan Malaysia. Mau2 2 bulan, cerita menang ja di jual. Tapi cuba kalah..boleh menangis pemain di padang membacanya..apapun kita tengok dan lihat nanti..
p/s : Bila pasukan bola sepak negara menang, semua pihak memuji dan kalau boleh dalam 1 minggu cerita menang 2 terus menerus dilaporkan media. Tapi kalau kalah...media menghentam ja dalam media. Kalau media malaysia macam ni, bagus orang-orang yang di dalam media ja yang main bola. Cakap ja pandai tapi membantu membentuk pasukan tidak pula mahu..
Beberapa ikan yang berjaya ku pancing..So klu mau mancing dan merasa tarikan ikan-ikan mcm dalam gmbr ni, jom la..cuba mencuba
p/s: aku pun guna facebook..hehehe jom add la..cari nick name aku di-mu ritzkhanzazd
Disini ada cadangan untuk mengurangkan kemalangan maut di musim perayaan.
- Jangan benarkan penunggang motorsikal menggunakan jalan raya pada musim perayaan.
- Saman penunggang motorsikal yang balik ke kg untuk beraya.
- Jangan jual lagi motorsikal di malaysia.
Semasa perjalanan balik saya dari Sandakan ke Beaufort sempena Hari Raya pada hari Sabtu yang lalu, saya berdoa semoga perjalanan saya balik kg sentiasa selamat dari sebarang kecelakaan jalan raya. Dan juga saya berfikir agaknya jalan tidak la sibuk dan mungkin ada polis trafik atau JPJ akan meronda ataupun bertugas disepanjang jalan sdari Sandakan ke Beaufort. Namun apa yang saya alami tidaklah seperti yang di kabarkan di tv dan radio. Pihak polis telah mengatakan bahawa ramai angotanya akan menjalankan tugas mengawal keselamatan lalu lintas di seluruh negara. Tapi apa yang saya alami tidak seperti yang di laporkan. Sepanjang perjalanan saya dari bandar Sandakan ke KK, saya tidak terjumpa pun angota keselamatan yang bertugas di tempat-tempat yang berisiko tinggi kemalangan. Cuma saya terjumpa atau bertembung sahaja dengan kereta peronda yang mungkin menjalankan tugasan rondaan biasa. Tapi itu cuma di daerah Beluran sahaja. Daerah-daerah lain tiada pula. Mungkin kadar kemalangan di Sabah ini tidak seteruk di Tanah Melayu tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu untuk mendisplinkan pemandu-pemandu kereta di Sabah ini. Jika tidak ada pengawasan dari pihak tertentu, tentu sekali pemandu-pemandu di Sabah ini mungkin akan melakukan banyak kesalahan jalan raya. Mungkintidak lama kemudian negeri Sabah mungkin akan jadi penyumbang kes kemalangan yang besar di Malaysia.
Lagi satu hal yang saya jumpa sepanjang perjalanan balik tersebut, larangan kenderaan berat bergerak di jalan raya atau lebuh raya pada yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu tidak dilaksanakan sepenuhnya di Sabah. Sepanjang perjalanan saya, saya telah terserempak dengan logi pengangkat kereta, lori tangki minyak kelapa sawit yang hampir 20 buah saya jumpa, lori pengangkat buah kelapa sawit yang bilangannya tidak terkira oleh saya dan pelbagai lagi lori-lori-an. Kalaulah ada terjadi kemalangan, barulah lori-lori ini akan di saman kot. Mungkin juga larangan tersebut hanya di jalan-jalan kat semenanjung ja kot. Apa-apa pun pihak berkuasa perlulah memantau perkara ini.
Namun setibanya saya kat KK. barulah saya ternampak khemah-khemah kecil dan kereta ambulans diletakan ditepi jalan. Itupun kat Berungis (Tuaran) dan Pengalat Besar (Papar)(kalau tak silap sayalah) diletakan berserta beberapa orang petugas yang bersedia jika berlaku kemalangan. Tahniah di ucapkan kepada mereka kerana menjalankan tugas tersebut. Jika lebih banyak lagi pasukan-pasukan ini ditempatkan terutama antara jalan dari KK-Sandakan dan KK-Tawau adalah lebih molek. Diharap pihak-pihak yang tebabit memandang serius benda ini. Jangan sahaja bercakap di media masa berapi-api tetapi realitinya pijak api pun tidak rasa panas. Fikir-fikirkan lah yeee..
p/s : saya bergerak dari Sandakan pada jam 7.00 am dan sampai ke KK 1.00 pm
Selamat Hari Raya
Kisah seorang ibu tunggal bersama dengan 7 orang anaknya yang sedang bersiap-siap hendak menyambut hari raya. Cerita ini lucu juga tetapi ada mesej disebalik cerita ini. Apa-apapun enjoy dengan cerita ini.
Selamat Hari Raya kepada semua blogger-blogger yang datang berkunjung ke blog ini. Maaf zahir dan batin jika ada kekasaran bahasa dan tulisan saya dalam blog ini. SELAMAT HARI RAYA
Sebuah Lagu Raya dari kumpulan Wings. Lagu ini dirakam di TV9 semasa rakaman program rock raya di stesen tv tersebut. Lagu ini kalau ikut betul dinyanyikan oleh Mus ketika beliau bersama Wings dahulu. Namun sekarang telah dinyanyikan oleh Awie. Apa yang best lagu ini adalah versi rock.Hehehe Apa-Apa pun enjoy la dengan lagu ini. Walaupun versi asalnya(keroncong pop+rock) lebih asli tapi rock tetap rock..haro-haro.........
p/s : lagu raya rock..macam xbest ja ..hilang mood raya..hehehe
Kepada peminat-peminat sukan sepak raga di Malaysia. Satu filem yang berkaitan dengan sukan tersebut akan menemui anda di pawagam-pawagam terdekat. Filem ini dibintagi oleh hero malaya kita, Rosyam Nor..jadi apa lagi mau di tunggu.Nantikan lah kemunculan filem ini. Harap-harap best la kan filem ini. Tak sabar pula nak tenggok..So Check It Out...haro-haro
p/s : siap ada api-api lagi oooooo
SEMBAHYANG TARAWIH : Lebih ramai dari sembahyang Fardhu
- By ritzkhanzazd
- Postado 8/26/2009 at 7:52 AM
Apa yang saya hendak kongsi di sini adalah tentang tajuk saya di atas. Semalam saya pergi sembahyang tarawih kat sebuah masjid di tempat saya. Sekali saya tengok punyalah ramai orang yang berkunjung ke masjid tersebut untuk menunaikan sembahyang tarawih. Sampai saf di buat di luar.Tetapi bila sembahyang fardhu terutama Subuh,Zohor, Asar, Maghrib jumlah orang yang bersembahyang jemaah mungkin boleh dibilang dengan jari. Adakah sembahyang sunat tarawih itu lebih penting dari sembahyang fardhu. Sepatutnya sembahyang fardu itu wajib dan kalau kita sembahyang berjemaah pahala yang kita dapat lebih besar dari sembahyang sendiri.
Ada satu lagi saya lihat dalam masyarakat muda-muda kita zaman sekarang. Bila sembahyang fardhu mereka tidak sembahyang tetapi bila masuk ja sembahyang tarawih terus masuk sembahyang. Ini lagi satu penyakit masyakat islam kita. Mungkin mereka tidak di didik dengan ilmu agama yang cukup. Mereka menganggap sembahyang sunat itu lebih baik dari sembahyang wajib. Susah juga kita nak berhujah tentang hal ini. Semoga masyarakat kita lebih peka tentang gejala yang berlaku di sekitar mereka. Okey selamat beramal ibadat di bulan puasa ini..
p/s : Bila time puasa saja masjid-masjid kita meriah. Bila time bukan puasa tidakpula meriah..
Kadar zakat fitrah tahun ini RM6.60
19th August, 2009KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) kelmarin mengumumkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun ini (1430 Hijrah) ialah RM6.60 sen ke atas setiap orang Islam yang bermastautin di negeri ini.
Pengerusinya, Datuk Syed Abas Syed Ali yang mengisytiharkan kadar zakat itu berkata, kadar zakat fitrah yang ditetapkan itu adalah berasaskan sukatan 1 gantang Bahgad atau 2.7 kilogram) beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri ini.
Tahun lalu kadar zakat fitrah di negeri ini ialah RM7.70 sen setiap seorang Islam yang bermastautin di Sabah.
“Pada tahun ini, Muis telah melantik 35 Amil dan 2,000 Wakil Amil di seluruh negeri ini untuk menyelaras dan mengutip Zakat Fitrah sepanjang bulan Ramadan,” katanya pada sidang media pengisytiharan kadar Zakat Fitrah dan taklimat Zakat Fitrah oleh Pusat Zakat Sabah (PZS)di sini, kelmarin.
Syed Abas berkata, mereka yang dilantik sebagai Amil dan Wakil Amil Zakat Fitrah terdiri daripada Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), penjawat awam, Imam-Imam Kariah, ketua-ketua kampung, pemimpin masyarakat dan orang perseorangan yang memiliki sifat amanah serta berbudi pekerti mulia.
Menurutnya, kesemua mereka akan dibekalkan kad kuasa bagi mengelakkan masyarakat Islam mengeluarkan fitrah kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai tauliah.
Terdahulu itu, Syed Abas berkata, pada tahun lalu, Muis telah berjaya memungut zakat keseluruhannya berjumlah RM23.8 juta, iaitu meningkat RM6.3 juta berbanding tahun 2007 yang hanya berjumlah RM17.5 juta.
Pada tahun lalu Muis berjaya memungut Zakat Fitrah berjumlah RM 7.4 juta dan Zakat Harta RM16.4 juta, jumlah itu merupakan yang tertinggi pernah direkodkan oleh Muis sejak ia ditubuhkan pada tahun 1972.
“Jumlah pembayar Zakat Fitrah tahun lalu ialah seramai 958,325 orang iaitu menurun 18,296 pembayar atau (1.88 peratus) berbanding tahun 2007 iaitu berjumlah 976,621 orang,” katanya.
Beliau juga berkata, jumlah agihan Zakat dan Fitrah mengikut Asnaf tahun lalu ialah RM19,3 juta dengan jumlah penerima keseluruhan ialah seramai 25,135 orang, iaitu 1,513 orang Asnaf Fakir, Asnaf Miskin (22,715 orang) dan Asnaf Mualaf (907 orang).
Syeda Abas juga berkata, sepanjang bulan Ramadan tahun ini, Muis telah memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta untuk diagih-agihkan kepada Asnah Fakir, Miskin dan Mualaf bagi menggembirakan hati para penerima dan sebagai persediaan mereka menyambut 1 Syawal.
Sementara itu, pada majlis yang sama Public Islamic Bank Berhad turut menyampaikan penyerahan zakat perniagaan kepada Muis.
Dipetik Dari Sabah Times
Ku Tak Risau, Atau Sasau
Untuk Menjangkau
Ku Tak Jeran, Atau Segan
Biar Lawan, Gagah Bak Syaitan
7 Gunung, 7 Laut,
7 Rimba ku Seberangi
Alam Kosong, Alam Missal,
Alam Khayal Dah Ku Tinggalkan
Pahit Maung, Sirih Pinang,
Kapur Gambir Habis Ku Kunyah
Ular Sawa, Cicak Kubin,
Naga Sakti Aku Tak Gentar
Lepas Mati Aku Hidup Hidup Merdeka
Sini Sana, Sama Saja
Aku Sama, Sama Saja
Aku Merdeka
MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA..
Lagu : Izo XPDC
Lirik : Loloq
SELAMAT BERPUASA SEMUA..JANGAN TAK PUASA
This is clip video as taken when Real Madrid VS Manchester United in champion leauge. This is the great goal form the striker Real Madrid, Raul (7). So enjoy this goal..MADRID RULESSS>......
Apa yang menarik tentang lagu ini dan video klipnya. Tentulah tarian twist. Best tengok tarian twist lama-lama ini. Rasa mau bergoyang juga..ewah..
Ikan Masin @ Ikan Kering ini ialah ikan jenis ikan gelama dan juga ikan duri ataupun ikan belukang. Semuanya segar dan dijamin halal. Hasil buatan tradisionalpenduduk Kg Tetabuan, Beluran, Sandakan Sabah. Jika berminat hendak menempah ikan masin ini anda boleh berhubung terus dengan En. Amran Aziz (Gambar diatas) ditalian 013-5597219. Beliau akan menghantar pesanan yang diminta melalui bungkusan pos. Dibawah ini adalah butir-butiran jualannya
- Ikan Masin @ Ikan Kering
- Ikan Gelama, Belukang(ikan Duri), Ikan Pari, Ikan Senangin
- Harga untuk 1kg : Gelama,Belukang RM6+kos penghantaran , Ikan Pari&Senangin RM8+kos Penghantaran (harga ini adalah mengikut harga semasa dan boleh dirunding lagi dengan pembekal)
- Pembekal : En. Amran Aziz 013-5597219
Salah satu kes yang jangan diikut..Diharap sayangilah kucing anda.Jangan biarkan ia menghidu kasut anda. Kalau tidak ini la kesannya..HuHuHu
Terima Kasih kepada noor Fadila (dewiber9@gmail.com) kerana mengirim email gambar kucing ini..hehehe lawak la
PERTANDINGAN BOLA DAN MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT P183 BELURAN
- By ritzkhanzazd
- Postado 7/28/2009 at 9:19 PM
Acara pertandingan bola sepak dan juga pertandingan karaoke di adakan di Kg Tetabuan pada awal bulan Julai ini. Kemuncak acara ialah majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri oleh ketua pemuda umno daerah Beluran dan juga wakil khas kepada Datuk Ronald Kiandee yang merupakan wakil p183 Beluran. Acara ini telah dikendalikan oleh belia-belia kg Tetabuan dengan diketuai oleh En. Amran Aziz yang merupakan ketua belia kg ini. Semoga acara ini akan berlangsung lagi pada setiap tahun. Terima Kasih kepada penaja yang menaja hadiah dan cenderamata untuk majlis ini.Jumpa lagi tahun depan..
Selamat Pengantin Baru Kepada sepupu Fadzri Lagimin saya dengan isterinya Norhafieda. Majlis berlangsung di Taman Airport, Sandakan pada 25 julai 2009 (Hari Ini) jam 1 ptg tadi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Jangan berabis a ni malam..hehehe
Satu kejadian yang menyayat hati. Seorang penjual kerepek telah dirompak oleh sepasang gengster di tepi pantai. Ketua gengster itu sedang menyuruh anak didiknya menarik penjual kerepek itu masuk ke bot..HUHUHU kasian
Kartun Wonder Pets yang ditayangkan di TV9 setiap hari jam 2.30. Bila saya melihat dan mengikuti kartun ini, saya rasa sangat kelakar. Namun apa yang best tentang kartun ini ialah lagunya.Best kalau di dengar dan dinyanyikan.Okey lah, jom layan lagui tema Wonder Pets ini.
Apa Yang Penting??? Kerjasama....
Untuk blogger-blogger sekalian. Kalau kamu semua bijak-bijak. Cuba teka apa gambar ini. Catat ja jawapan anda dalam ruangan komen dibawah ye. Manatau jawapan anda betul. Boleh juga aku belanja makan cendol.hehehe ok. cuba,try,test jawab...adios
Ini merupakan cara-cara membuat keropok udang. Lihat dari cara membuatnya macam senang tapi susah juga kalau di ikutkan cara membuatnya.hehehe tp apa-apa pun lihat dan tengok-tengok lah apa yang ada ye..ok selamat menonton
Kulintangan Bisaya Klias Baru-Lagu Bisaya Lama
Kulintangan Bisaya Klias Baru-Lagu Joget Pucuk Pisang
Kulintangan Bisaya Klias Baru-Lagu Joget 1
Kulintangan Bisaya Klias Baru-Lagu Joget 2
Kulintangan Bisaya Klias Baru-Lagu 60'an Hidup Bersama
Beginilah keadaan banjir di Beaufort. Gambar ini saya ambil pada bulan JAN yang lalu ketika saya balik kg sempena Tahun Baru Cina.Walaupun tidak dalam tetapi keadaan banjir ini adalah satu fenomena yang sering berlaku di daerah ini. Walaubagaimana pun berhati-hatilah ketika bermain air banjir kerana malang tidak berbau.
Alhamdulilah..akhirnya selesai sudah majlis perkahwinan ku dengan isteriku yang tercinta..terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis perkahwinan kami.Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu yang datang memeriahkan majlis kami. Terima kasih tidak terkata..
Kepada kawan-kawan dan pembaca blog ini, sila datang ke majlis perkhawinan saya pada tarikh dan masa yang di nyatakan dalam kad jemputan tersebut. Terima kasih kepada semua..
Koleksi Bunga-Bunga yang dijual di Gerai Jualan Sayur & Buah-Buahan di Kundasang, Ranau
- By ritzkhanzazd
- at 10:05 PM