iklan berbayar

Iklan Berbayar

PRU13 : Perbualan dengan penduduk kampung tentang siapa yang mereka sokong?

Pada tanggal 23 April 2013 pada jam 1.00 PM di sebuah jeti stesen minyak disebuah pekan muara sungai di Sabah yang baru lepas, saya ada berbual dengan seorang penduduk kg di sebuah kg dalam sebuah pulau yang berada 30 km dari pekan menggunakan bot.

Dalam perbualan kami tersebut, penduduk kampung tersebut Abang A (bukan nama sebenar) bercerita mengenai PRU13 yang akan datang ini dan terang-terangan menyatakan sokongan yang tidak berbela bagi kepada parti yang disokongnya. Dalam perbualan kami, Abg A menyatakan bahawa parti yang disokongnya telah banyak memberi bantuan kepada mereka. Banyak bantuan telah diberikan seperti bantuan sara hidup nelayan, BR1M, bantuan awal persekolahan, e-kasih, kwapm, RMT, bantuan baju sekolah, tangki 1malaysia dan pelbagai lagi bantuan yang diberi. Abg A sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan. Beliau berkata, kita sebagai rakyat haruslah membalas budi yang telah diberikan kepada mereka.

Perbualan kami juga berkisar mengenai seorang penduduk kgnya yang terang-terangan menyokong parti lawan. Di kg tersebut, rata-rata penduduknya merupakan penyokong kuat parti pemerintah, namun ada kumpulan kecil secara terang-terangan menyokong pembangkang. Abg A sudah menasihati penduduk tersebut kerana mereka juga ada pertalian darah dengan memberitahu nikmat yang telah mereka kecapi dengan kerajaan yang memerintah sekarang, namun nasihatnya tidak diendahkan malah semakin kuat menyokong parti berkenaan.

Dalam perbualan itu, saya menyatakan bahawa berkemungkinan penduduk tersebut menyokong pembangkang adalah disebabkan beliau ingin mencari sumber bahagian lain yang selama ini beliau tidak dapat. Contohnya besar kemungkinan hasrat beliau ingin menjadi ketua cawangan ataupun sebagai ahli tertingi cawangan kg tersebut tidak berjaya kerana dikg tersebut sudah terlalu ramai menjadi ketua cawangan. (dimaklumkan kepada saya, ketua cawangan di kg tersebut ada 5 orang dengan jumlah pengundi yang tidak sampai 700 orang pengundi). Oleh sebab demikian, penduduk tersebut mengambil keputusan memilih pembangkang sebagai tempat beliau mencari sedikit wang saku daripada berebut mendirikan markas calon bertanding yang semestinya akan direbut oleh 5 orang ketua cawangan yang semestinya ada kepentingan peribadi. Sekurang-kurangnya beliau tidak perlu berebut. Saya memberitahu juga kepada Abg A undi kita adalah rahsia. Manatau walaupun beliau menyokong pembangkang, mana tau undinya adalah berbeza. Siapa boleh mengagak kan.

Banyak isu-isu yang kami bualkan, saya ada memberitahu juga kepada Abg A bahawa kita perlu ada pembangkang yang kuat. Jika kita ada pembangkang yang kuat, lebih banyak kelebihan akan dapat diterima kepada rakyat. Saya memberi contoh tentang pelbagai bantuan yang mereka terima seperti BR1M, e-Kasih dan sebagainya adalah dari kerja kuat pembangkang. Bukan maksudnya pembangkang telah berusaha meminta kerajaan memberikan bantuan-bantuan tersebut tetapi pembangkang telah berusaha berkempen dengan pelbagai cara bagi menambah sokongan yang sudah mereka terima telah menyebabkan kerajaan juga berusaha mengambil hati rakyat dengan memberikan pelbagai bantuan yang selama ini tidak terfikir oleh rakyat bahawa mereka akan dapat bantuan sebegitu rupa. Namun Abg A berkata, pembangkang menakutkan jika memerintah kerana kita tidak tau apa yang bakal dibuat oleh mereka. Saya tidak mahu bercerita tentang pelbagai isu yang terlalu luas kerana saya faham tentang skop kehidupan mereka yang bekerja sebagai nelayan dan mendapat infomasi melalui TV sahaja. Jadi saya tahu apa yang fikirkan setakat ini mengenai pembangkang.

Diakhir perbualan kami, di turut menyeru saya supaya mengundi pemerintah kerana pemerintah sudah terbukti memerintah dengan baik sekali. Saya bermain-main dengan Abg A dengan mengatakan NI Kali Lah..Tukar..Abg A hanya tersenyum dan mengingatkan kembali apa yang beliau katakan tadi. Tapi bagi saya undi adalah rahsia..siapa yang saya undi itu hak saya..hehehe

Sepanjang perbualan kami tadi, saya telah membuat beberapa rumusan antaranya ialah :
  • Penduduk kampung tersebut tidak kisah mengenai isu yang selama ini membelit rakyat sabah seperti masalah PATI, Royaliti minyak, jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan, pendidikan dan pelbagai isu lain yang membelengu sabah sekian lama kerana hidup mereka sudah selesa dengan bantuan yang mereka terima.
  • Penduduk KG semakin lama semakin malas kerana mereka mengharapkan bantuan yang mereka terima, berbanding pada zaman dahulu semasa awal tahu 90an, penduduk lebih berdikari untuk mencari wang untuk menyara keluarga.
  • Penduduk tidak peduli siapa yang mereka sokong asalkan parti yang mereka sokong dapat memeberikan mereka sedikit wang saku. Mereka berjuang dalam parti politik bukan kerana perjuangan asal untuk nusa dan bangsa tetapi sebagai mencari peluang selagi ada tempat yang memberi kesenangan kepada mereka. Kerja sebagai memasang poster kira cukup sudah untuk diberi elaun atas sumbangan yang dicurahkan.
  • Kerajaan cukup baik tetapi pembangkang tidak baik selamanya
Banyak lagi pekara yang saya boleh simpulkan disini, tetapi ada beberapa pekara yang tidak perlu saya tuliskan. Namun apa yang saya ingin kongsikan disini ialah dimana hala tujuan penduduk kg apabila mengundi nanti. Jika pembangkang mahu menang, mudah sahaja caranya, dekati pengundi-pengundi di kg kawasan pedalaman. Beri perhatian lebih kepada mereka, nescaya mungkin ada perubahan dapat dicapai. Kepada parti pemerintah,buatlah sesuatu yang berguna untuk nusa dan bangsa. Bantulah orang-orang kg berdikari mencari rezeki dan janganlah terlalu dimanjakan dengan wang ringgit. Ini menyebabkan mereka semakin kurang berusaha kerana berangapan kerajaan akan sentiasa membantu mereka setiap masa.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PRU13 : Pilih Parti atau Calon

Pilihanraya bakal berlangsung tidak lama lagi. Parti-Parti politik pada masa ini sudah bersedia menyenaraikan calon yang bakal mewakili parti mereka. Ada juga dikalangan ahli parti melobi kuat untuk menjadi calon dan ada juga yang sudah tidak mahu mempertahankan kerusi yang disandangnya dan mahu calon baru mengantikan tempatnya. Pelbagai cerita boleh kita dengar mengenai calon yang mahu bertanding, calon yang digugurkan dan sebagainya. Cerita-cerita ini boleh di baca dan tonton dalam surat khabar, berita online, blog parti politik dan para penyokongnya, dalam FB serta pelbagai sumber media alternatif yang tanpa sempadan sekarang.

Jika mengundi nanti..anda mahu pilih parti atau calon.

Bagi ahli atau penyokong tegar parti politik tidak kira dari parti BN atau PR, semestinya mereka akan menyokong calon yang datang dari parti mereka. Jika calon yang diamanahkan mewakili sesuatu kawasan parlimen atau DUN tidak menepati kehendak penyokong salah satu calon yang tidak dipilih, pemimpin parti tetap menasihati supaya ahli-ahli ini tetap menyokong calon berkenaan dan jangan sabotaj calon yang mewakili parti berkenaan. Walaupun tidak bersetuju, namun atas sayangkan parti dan mahu memastikan parti tersebut menang maka mereka yang tidak bersetuju dengan calon yang diamanahkan tersebut akan tetap menyokong calpn berkenaan atas sebab kesetiaan kepada parti.

Ini adalah untuk ahli parti dan penyokong setianya. Apa pula bagi pengundi yang berkecuali atau lebih mudah di lebel pengundi atas pagar, mahu pilih parti atau calon..

Bagi pengundi atas pagar, besar kemungkinan faktor calon akan difikirkan dahulu sebelum memilih parti yang hendak diwakili. Kenapa memilih calon dahulu..Jawapannya mudah,,jika calon yang bertanding itu jenis yang boleh berkerja, tidak rasuah, menjaga kebajikan, mudah didampingi rakyat dan yang paling penting mereka berkerja untuk rakyat kerena mereka adalah kuli rakyat yang memilihnya itulah yang akan dipilih sebagai calon kawasanya sebelum melihat parti apa yang diwakilinya. Sebagai contoh, jika parti BN mencalonkan calon yang sama mempertahankan kerusi kawasannya tetapi calon tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik maka pengundi tidak akan memilih calon itu semula walaupun parti BN secara keseluruhan dapat mentadbir negara dengan baik. Tidak mustahil calon dari PR akan menjadi pilihan ataupun calon bebas akan dipilih jika kedua-dua calon BN dan PR tersebut tidk boleh diharap.

Jika dahulu, orang awam akan lebih memilih calon dari parti politik, namun sekarang calon menjadi asas utama sebelum parti politik. Ramai wakil rakyat yang apabila menang mula lah mengumpul kekayaan dan mengabaikan rakyat dikawasan yang diwakilinya. Apabila mahu pilihanraya barulah mula menunjukkan muka dan menghulurkan bantuan. Begitulah lumrah wakil rakyat. Tidak kira dari BN atau PR, budaya ini sudah sebati dalam diri wakil rakyat. Namum bukan semua wakil rakyat yang bersikap begitu namun disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Tangapan rakyat masih tidak dapat dikikis dikalangan wakil rakyat. Diharap tangapan ini dapat dikikis dengan bakal wakil rakyat nanti dapat menjalankan tangungjawab dan amanah yang dipikul oleh beliau.

Jika anda bertanya kepada saya siapa yang anda pilih, Parti atau Calon..Saya memilih calon dan baru parti yang diwakilinya. Jika calon bebas lebih baik, apa salah kita memilih dan memberi peluang kepada calon bebas tersebut. Tetapi harus diingat..Undi adalah RAHSIA...siapa yang saya pilih???Rahsia
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PRU13: Ibu segala Pilihanraya

Pilihanraya umum Malaysia kali ke13 atau lebih mudah dikenali sebagai PRU13 kali ini dikatakan adalah pilihanraya yang akan menentukan siapa bakal pemerintah Malaysia. Ia juga dikatakan ibu segala pilihanraya. Pada PRU13 kali ini, pertembungan epik akan berlansung antara Parti Barisan Nasional(BN)dengan Pakatan Rakyat(PR). Dengan rekod PRU12 yang diambil kira dengan pembangkang (Pakatan Rakyat) berjaya menguasai beberapa negeri maka untuk PRU13 kali ini merupakan peluang PR untuk memenangi PRU kali ini. Bagi BN pula, PRU kali ini akan menentukan perjuangan yang mereka perlu pertahankan.

Bagi seorang pengundi yang bakal memilih siapa calon wakil rakyat bagi kawasannya, apa yang diharap adalah calon wakil rakyat yang bakal dipilih dapat membawa suara rakyat bukan membawa duit rakyat masuk kedalam poket sendiri. Apa yang dilihat sekarangn ramai mahu menjadi calon. Tidak kira dari parti BN atau PR itu sendiri namun ada beberapa orang sanggup menjadi calon bebas bagi memenuhi harsat hati menjadi calon pilihanraya.

Pengundi sekarang bukan mengundi bukan hanya melihat calon  pada parti yang diwakili tetapi melihat kepada calon itu sendiri. Kebanyakan pengundi adalah terdiri daripada golongan orang muda yang lebih bersifat pengundi atas pagar. Mereka akan memilih calon atau parti yang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan isu-isu yang lebih berintergeriti seperti isu membenteras rasuah, kos sara hidup, perumahan, pekerjaan dan keselamatan.

Banyak isu PRU13 ini ingin dibincangkan kali ini. Dari manifesto, kecenderungan pengundi, pandangan peribadi keatas BN dan PR, kehangatan berkempen dan akhir sekali calon wakil rakyat di kawasan penulis (Beaufort) akan dibincangkan.

Untuk penulisan kali ini, Jelaslah bahawa PRU13 kali ini adalah ibu segala PRU. Peluang untuk BN dan PR untuk menang dalam PRU13 kali ini adalah 50-50. Tidak siapa yang boleh menyatakan bahawa BN boleh menang besar dan tiada siapa boleh menyatakan PR akan memguasai Putrajaya kali ini. Hanya pengundi yang akan menetukan siapa yang bakal menjadi pemenang PRU13 kali ini.

Oleh itu, SIAPA PILIHAN ANDA, BN atau PR???_____________ .

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SLOT BERITA JAM 8.00 MALAM TIADA KUALITI



Setiap hari pada jam 8.00 malam di tv-tv Malaysia akan menyiarkan siaran berita. Semua stesen tv samada dibawah kerajaan atau swasta akan menyiarkan slot berita yang ditetapkan pada pukul 8.00 malam. Namun ada juga beberapa siaran berita menyiarkan slot tv pada jam 7.30 malam iaitu siaran dari tv2 oleh RTM  dan 7.45 malam dari Astro Awani. Slot berita pada pukul 8.00 malam dikuasai oleh stesen tv RTM, TV3, TV Al-Hijrah, NTV7, TV9, 8TV dan Bernama TV. Namun apa yang ingin diulas disini ada beberapa slot berita yang disiarkan boleh dikatakan tiada kualiti dan adakalanya memualkan.

Kenapa siaran tersebut dikatakan tiada kualiti dan memualkan? Mungkin ramai penonton tv pun bersetuju dengan kenyataan ini. Tulisan ini merupakan cetusan rasa dan luahan penonton tv yang memang dahagakan infomasi dan sumber berita yang berilmu serta diyakini benar tentang isu semasa didalam Negara dan diluar Negara.

Siaran berita jam 8.00 malam sering dikuasai oleh dua stesen tv berikut iaitu dari slot Berita Nasional oleh TV1 RTM dan Buletin Utama oleh TV3. Siaran berita dari tv lain kurang mendapat perhatian disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan ia kurang diikuti oleh masyarakat secara umumnya. Faktor-faktor tersebut  akan diceritakan kemudian.

Secara umumnya, siaran berita dari tv1  RTM dan Tv3 turut menyiarkan pelbagai berita yang hampir sama. Namun ada beberapa berita yang dihidangkan di kedua-dua stesen tv ini yang menyebabkan orang merasa berita yang disampaikan tiada kualiti dan memualkan.

Terlalu banyak berita politik yang melampau
Bagi memenangi atau mengekalkan kuasa bagi sesetengah golongan atau kumpulan, medium media adalah salah satu teknik yang paling berkesan untuk menyebarkan pengaruh, dasar, kekuatan dan menjatuhkan pihak lawan untuk mengekalkan kuasa atau merampas semula kuasa yang telah hilang. Media seperti tv yang boleh ditonton oleh seluruh masyarakat adalah merupakan salah satu agen yang paling berpengaruh kerana tv boleh ditonton oleh segenap masyarakat
.
Namun sejak akhir-akhir ini malah bukan sahaja sejak akhir-akhir ini, mungkin semenjak tahun 1998 lagi berita politik di tv semakin galak bersiaran. Adakalanya berita yang disampaikan menengelamkan isu-isu penting dan terkini disebabkan berita politik lebih bernilai. 

TV1 dan TV3 merupakan salah satu pelopor kepada berita politik yang banyak menyebelahi pihak kerajaan sementara berita dari Astro Awani, Bernama, tv9, ntv7, 8tv dan al-hijrah walaupun ada menyiarkan berita politik tetapi tidak terlampau sangat melainkan berita yang dikeluarkan oleh tv1 dan tv3. Jika kita menonton berita tv1 dan tv3, berita politiknya sampaikan ketahap yang tidak berkualiti dan memualkan. Inilah yang dikatakan berita yang tidak berkualiti dan memualkan. Bukan tidak boleh menyiarkan berita politik tetapi janganlah sesuatu isu itu disensasikan sehingga orang jadi terlalu jemu untuk mendengarnya.

Sebagai contoh apabila isu melibatkan pihak pembangkang, berita yang disampaikan sangat-sangatlah berat sebelah. Kemudian adalah beberapa muka beberapa pemimpin politik yang membuat kenyataan meminta dan mendesak bersumpah untuk beberapa isu yang mahu kebenaran. Pemimpin-peminpin yang muncul di tv membuat kenyataan tersebut sebenarnya mahu mencari publisiti sahaja supaya namanya orang kenal dan masih releven dalam dunia politik. Tapi sebenarnya mereka ini sahaja berbuat begitu untuk melariskan jualan mereka dalam politik. Semua sudah tahu orang yang mereka desak tersebut tidak akan bersumpah. Buang masa sahaja buat kenyataan dimedia suruh bersumpah. Sebenarnya ini yang menyebabkan orang ramai semakin tidak suka menonton berita.

Berita yang disampaikan juga memang berbau politik jahat. Ini kerana berita yang disampaikan tidak menyeluruh dan hanya berdasarkan satu pihak sahaja. Jika berita yang disampaikan itu telus dan benar sepatutnya berita yang disampaikan mestilah adil bagi kedua-dua pihak. Jika mahukan sedikit kelebihan kepada pihak pemerintah, berita tersebut bolehlah diberikan dengan nisbag 60;40 iaitu 60 bagi pemerintah dan 40 bagi pembangkang. Ini 99;1 yang sedang diamalkan iaitu 99 pemerintah dan 1 pembangkang.  Sesiapa yang menjadi pengundi yang mahu mencari parti mana yang mahu dipangkah dalam kertas undi akan mecari sumber alternative lain sebagai bahan berita yang boleh dijadikan rujukan bagi memilih pemerintah. Itu sebab sumber dari blog, youtube dan media social menjadi pilihan orang muda pada zaman sekarang kerana bagi mereka berita melalui tv sekarang terlalu politik dan menyebelahi pihak pemerintah.

Berita yang disampaikan fakta dan laporanya berbeza dengan tv lain
Berita isu semasa yang dikeluarkan dalam berita tv selalunya tidak sama dan adakalanya maklumatnya meragukan. Ini yang dikatakan fakta yang disampaikan tidak tepat. Sebagai contoh apabila isu semasa berkenaan jumlah mangsa yang terkena banjir semasa banjir melanda, di tv1 mengatakan jumlahnya 2000 orang manakalah di tv3 mengatakan jumlahnya 5000 orang. Jadi disini dilihat fakta yang dikeluarkan tidak tepat dan mengelirukan. Sebaik-baiknya pihak editor suntingan berita yang hendak disampaikan kenalah mencari fakta yang tepat dan sekurang-kurangnya berita yang disampaikan mestilah hampir sama faktanya  bagi setiap stesen tv.

Laporan berita sukan yang diucapkan oleh pemberita tidak sama seperti dalam visual yang ditayangkan
Ini lagi satu penyakit dalam laporan berita utama pada jam 8.00 malam. Adakah ini merupakan kesilapan atau sesuatu yang dirancang. Sebagai contoh dan memang pernah berlaku apabila pembaca berita sukan tersebut melaporkan dalam berita bola sepak bahawa gol yang dilakukan dengan melakukan sepakan kencang, namun apabila tayangan visual jaringan yang dilakukan adalah melalui tolakan mudah ke gawang gol ataupun melalui tandukan. Ini pernah terjadi apabila laporan Piala Malaysia perlawanan antara kelantan dan ATM dimana tandukan pemain import ATM, Marlon menanduk masuk bola ke gawang Kelantan dilaporkan oleh laporan berita merembat masuk ke gawang gol. Adakah penyedia teks berita tersebut gagal bahasa Melayu  SPM kerana tidak boleh membezakan perbuatan merembat yang mengunakan kaki dengan  menanduk yang mengunakan kepala. Dalam satu kes lagi, siaran visual yang disiarkan turut melucukan. Contohnya cerita sukan mengenai kemenangan Mancester United tetapi visual logo pasukan Mancester City. Memang lawak atau pembuat grafik visual tersebut memang anti mancester united sampaikan laporan berita pun disabotaj.

Sekadar gambar hiasan (sumber gambar melalui google image)
Pembaca berita yang tahu membaca sahaja teks yang dipaparkan tanpa menyelidik kandungan teks yang ingin dibaca
Ini merupakan budaya kerja pembaca berita. Kebanyakan pembaca berita hanya membaca teks yang dipaparkan dalam skin tetapi mereka tidak mengkaji atau menyelidik bahan berita yang disampaikan. Sepatutnya mereka perlu menyelidik bahan berita yang dipaparkan supaya laporan yang disampaikan tidak  salah seperti kes diatas tadi. Tabiat menyerahkan 100% kepercayaan kepada pembuat teks berita dan kumpulan wartawan yang mencari bahan berita menjadikan pembaca berita hanya tahu membaca teks yang disampaikan tanpa usul periksa. Ini kelemahan yang paling dirasai oleh pembaca berita.

Berita kurang laporan yang mendidik
Berita yang melaporkan info-info rencana yang mendidik dalam berita sekarang amat sukar ditemui. Info-info penjelasan dalam sesuatu isu berserta laporan yang ilmiah amat perlu sebagai membentuk masyarakat yang berpengetahuan. Sebagai contoh isu fenomena laut merah yang melanda negeri Sabah menyebabkan larangan memakan kerang kerangan dinegeri Sabah dibekukan sehingga larangan ini ditarik balik. Tiada laporan secara ilmiah disampaikandi tv3, Cuma ada sedikit laporan di berita wilayah jam 5 petang di tv1. Ini menunjukkan isu-isu sebegini tidak boleh menandingi isu politik yang lebih penting untuk negara padahal isu fenomena laut merah ini merupakan isu keselamatan orang awam.

Faktor kurangnya penerimaan berita tv saluran lain.
Berita tv9, NTV7, 8tv, Astro Awani, Bernama tv dan Tv Al-Hijran bukannya tidak baik tetapi sebenarnya berita dari stesen tv ini kurang mendapat sambutan disebabkan siaran tv ini tidak boleh diikuti diseluruh negara. Siaran tv-tv ini hanya dapat diterima dibeberapa buah negeri sahaja. Jika diSabah, hanya dikawasan bandar Kota Kinabalu dan kawasan sekitar dalam jarak 100-150 km sahaja yang akan menerima siaran tv dari NTV7,TV Al-Hijrah dan 8TV. Jika diSandakan dan Tawau serta Lahad Datu, siaran TV yang dominan adalah TV1,TV2 dan TV3. Siaran dari tv ini sajalah yang meluas siarannya sehingga dipedalaman Sabah. Lainlah jika ada yang melangan Astro, kesemua siaran TV boleh diikuti dengan jelas tapi kena bayar sajalah. Bagi orang kg yang tidak berkemampuan, hanya siaran dari tv1,tv2 dan tv3 sajalah yang menjadi pilihan. Itu sebab apabila siaran berita jam 8 malam, ketiga-tiga stesen tv ini akan bermati-matian menyebarkan berita politik yang menyebelahi pihak pemerintah kerana mereka mengangap penduduk kg yang duduk dipedalaman terpengaruh dengan berita yang disampaikan. Tumpuan berita kepada penduduk dikawasan bandar tidak diambal peduli kerana mereka sudah tahu penduduk bandar memang tidak mempunyai masa terluang menonton tv pada waktu tersebut dan ada diantara mereka yang sudah beralih kepada berita melalui laman sosial dan blog sahaja.

Beralih ke Berita TV stesen lain
Ini adalah cadangan bagi sesiapa yang sudah tidak tahan mendengar  berita politik yang disampaikan. Siaran berita pada jam 8 malam bolehlah diikuti dengan menonton berita dari tv Al-Hijrah atau Agenda 7.45 malam. Kedua berita ini agak sederhana penyampaiannya dan cerita politiknya agak tidak melebih-lebih. Dahulu berita bernama jam 8 malam seronok diikuti kerana laporan beritanya seimbang antara pemerintah dan pembangkang dengan nisbah 60;40 tetapi sekarang berita bernama sudah bertukar format dan tidak menarik ditonton. Kalau tv9 pula, beritanya lebih kepada isu pemasalahan rakyat yang memerlukan bantuan. Mungkin format laporan berita yang mahu disampaikan lebih kepada format tersebut. Bagi NTV7 dan 8TV pula, kedua-duanya menyiarkan berita bahasa inggeris(NTV7) dan bahasa cina(8TV) dan bagi orang yang tidak faham kedua-dua bahasa ini memang tidak boleh menonton berita tersebut. Pilihan yang ada sekarang adalah berita TV Al-Hijran dan Agenda Awani 7.45 dari Astro. Ini adalah cadangan bagi yang mahu lari dari berita yang tiada kualiti dan memualkan. Cuma kelemahan yang seharusnya diperbaiki adalah jumlah masa tayangan berita yang pendek. Agenda Awani bersiaran selama 15 minit iaitu dari pukul 7.45 malam sehingga jam 8 malam dan Tv Al-Hijrah dari jam 8 hinnga 8.30 malam selama 30 minit. Jika dapat dipanjangkan ke 1 jam dan lebih banyak laporan berbentuk ilmiah disampaikan, berkemungkinan kedua-dua slot berita ini akan dapat mengatasi berita dari TV1 dan TV3. 

Sebenarnya pilihan ada ditangan anda. Anda yang melihat, anda yang menilai dan anda jugalah yang memegang remote tv yang boleh menukar siaran tv mengikuti citarasa anda. Tapi perlu ingat bahawa sumber berita adalah amat penting bagi mengetahui perkembangan semasa negara, jika berita langsung tidak mahu diikuti maka akan jadilah anda seperti “katak dibawah tempurung”.

Misimustahil: Seronok tengok pembaca berita tv Al-Hijrah wanita yang bertudung litup dan berwajah cantik. Sedap mata memandang..hehehe
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Erti Kemerdekaan 55 tahun

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke 55. Pada kali ini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang pesat membangun dengan dipacu oleh kekuatan ekonomi yang kukuh menjadikan sambutan kemerdekaan negara menjadi bermakna kepada rakyat Malaysia yang menyayangi negara Malaysia. Sambutan kemerdekaan kali ini juga meriah kerana ia sambutan hari raya aidilfitri turut disambut bersama-sama hari kemerdekaan sampaikan ada yang membuat jemputan rumah terbuka aidilfitri bertemakan hari kemerdekaan. Itulah unik negara Malaysia. Namun sejak akhir-akhir ini suasana sambutan kemerdekaan seperti ada yang tidak kena. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang setiap rakyat terlebih bersemangat menyambut kemerdekaan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan hari kemerdekaan kali ke 55 ini. Disini saya cuba simpulkan beberapa pekara yang menjadi isu ketika menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.

Slogan kemerdekaan : Janji Ditepati; Sebangsa, Senegara , Sejiwa
Slogan tema kemerdekaan pada peringkat kebangsaan ialah Merdeka 55 tahun Janji Ditepati. Maka selepas itu muncullah pula tema kemerdekaan pakatan rakyat "Sebangsa,Senegara,Sejiwa". Kenapa ada dua tema? Ini kerana pihak pakatan rakyat menyatakan bahawa tema "Janji Ditepati" yang digunapakai sebagai tema peringkat kebangsaan merupakan tema Barisan Nasional (BN). Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan tema tersebut kerana ia tidak menunjukkan semangat kemerdekaan dan lebih kepada motif politik. Bagi peringkat kerajaan pula, tema tersebut sesuai kerana ia membawa maksud Malaysia merdeka dan makmur kerana Janji telah Ditepati.

Namun apa juga tema yang hendak dibuat sepatutnya tema tersebut haruslah dapat memupuk semangat cintakan negara. Perasaan cintakan negara itu penting supaya negara tidak mudah diperkotak katikkan oleh orang luar. Tidak kira apa parti politik sekalipun, semangat cintakan negara mesti disemai dan ditanam dalam diri setiap individu di Malaysia.

Bahang pilihanraya yang semakin hampir ini telah menjadi titik tolak mengapa tema sambutan hari kebangsaan turut menjadi mangsa dipolitikkan. Bagi pihak BN tema Janji Ditepati dapat mengenakkan pihak pakatan rakyat kerana dilaporkan negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat tidak berjaya menunaikan janji yang dibuat semasa pilihanraya unum yang lepas. Namun tema tersebut boleh juga ditujukkan kepada pihak kerajaan dimana ada beberapa wakil rakyat BN turut tidak menunaikan janji mereka. Mahu dekat pilihanraya baru mahu turun padang melawat kampung. Kalau tidak yang dihantar cuma wakil Y.B sahaja. Namun pekara itu tidak dibesarkan kerana kalau dibesarkan jatuhlah air muka BN.

Isu Bendera baru mengantikan Jalur Gemilang
Beberapa pemuda dikabarkan mengibarkan bendera baru Malaysia yang kononnya mengantikan jalur gemilang apabila pakatan rakyat menguasai putrajaya. Dengan bangganya mereka tanpa takut mengibarkan bendera tersebut depan kamera. Bendera tersebut dikatakan menyerupai bendera negara Indonesia dan Singapura dengan warna asasnya merah dan putih. cuma yang membezakanya ialah lambang bulan dan bintang. Jalur Gemilang pula dikatakan mengikuti bendera Amerika. Bagi saya walaupun hampir sama dengan bendera Amerika, ia tidak menjejaskan negara Malaysia kerana banyak bendera di negara didunia ini adalah hampir sama antara satu sama lain. Bendera Amerika pula selain Malaysia, ada juga negara lain mempunyai bendera yang hampir sama dengan bendera Amerika. Cuba google sahaja di internet. Mesti anda akan terjumpa. Apapun isu bendera baru tersebut tidak perlulah dibesar-besarkan. Ini kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang berfikiran pendek mahu bendera ditukar. Kalau mahu juga ditukar bendera tersebut bagus buat negara sendiri. Jangan kacau Jalur Gemilang!!!

Bendera parti politik lebih banyak dikibarkan berbanding bendera Jalur Gemilang
Ini lagi satu demam politik negara. Dalam negara sibuk menyeru rakyat mengibarkan bendera Jalur Gemilang bagi memeriahkan hari kebangsaan, dikibarkan pula bendera parti politik dahulu. Kalau diSabah ini, bendera STAR paling manang dikibarkan. Sampaikan diatas pokok yang sukar dicapai pun diletakkan bendera parti politik. Jalur Gemilang tidak dikibarkan pula, kalau ada cuma dipagar tangga rumah sahaja. Jalur Gemilang tidak lagi dikibarkan semeriah dahulu. Teringat saya semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Sentuhannya dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan sangatlah berkesan didalam hati. Rindu pula dengan suasana tersebut. Jalur Gemilang berada dimana-mana. Siapa yang tidak kibar jalur gemilang pada masa itu tidak cool lah orang kata. Apapun kalau pun musim pilihanraya semakin hampir, kibarlah Jalur Gemilang dahulu. Ketepikan sahaja dahulu demam politik. Pentingkan kemerdekaan negara dahulu.

Sabah & Sarawak Merdeka 16 September ???
Parti SAPP Sabah (politik lagi) membuat kenyataan bahawa Sabah & Sarawak merdeka sebenarnya pada 16 September. Malaysia juga ditubuhkan dan merdeka pada 16 September. 31 Ogos tersebut adalah tarikh kemerdekaan tanah Melayu. Setelah menjadi Malaysia pada 16 September setelah bergabungnya Sabah,Sarawak dan Singapura (sebelum Singapura keluar dari Malaysia tidak lama selepas itu) sepatutnya hari kemerdekaan Malaysia ialah 16 September. Jika dibuat pada 31 Ogos pula sepatutnya ia bukan dipanggil Hari Kemerdekaan Malaysia tetapi hari kemerdekaan Malaya sebab Malaysia pada 31 Ogos belum lagi wujud dan ia wujud pada tarik 16 September. Itulah kenyataan SAPP baru-baru ini. SAPP tetap mempertahankan isu 16 September ini. Ini juga merupakan antara faktor mengapa mereka keluar dari BN tidak lama dahulu.

Jika difikirkan secara mendalam, apa yang diperkatakan oleh SAPP ini ada betulnya. Kalau diikut Sabah dan Sarawak sebenarnya merdeka pada 16 September. Entah mengapa dan apa sebabnya apabila tiba hari kebangsaan Sabah dan Sarawak ikut menyambut pada 31 Ogos. Tiada salahnya menyambut 31 Ogos tapi bila difikir dengan mendalam kenapa tidak 16 September. Mungkin ada jawapan yang lebih kongkrit diperjelaskan kepada rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan isu ini. Kalau dahulu 16 September merupan bukan cuti umum dan Sabah sahaja yang mengambil 16 September sebagai cuti umum dengan mengambil tarikh tersebut sebagai tarikh sambutan hari jadi TYT Sabah. Di Sarawak pada tarikh tersebut berjalan seperti hari-hari biasa. Namun setelah kesedaran mula timbul dikalangan rakyat Sabah dan Sarawak maka 16 September diberi cuti umum dengan mengistiharkan hari tersebut sebagai Hari Malaysia kerana pada hari tersebutlah Malaysia ditubuhkan dan pada hari tersebutlah Sabah dan Sarawak Merdeka. Kalau dilihat pada sejarah, pada waktu tersebut laungan merdeka dilaungkan di Padang Merdeka di Kota Kinabalu. Itu merupakan simbolik penubuhan Malaysia dan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Jadi apa yang mau dicakap disini, 16 September atau 31 Ogos....mana satu ni????
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Angin perubahan di Beaufort, Sabah...????

Desas desus status politik Datuk Lajim Okin sudah terjawab, maka selepas itu berlaku lah pelbagai cerita-cerita yang menjurus kepada isu Datuk Lajim tersebut di daerah Beaufort. Berpeluang kembali ke Beaufort sempena cuti raya bermacam-macam cerita politik dapat didengar dari orang Beaufort.

Ungkapan "Ni Kalilah" "Tukar" mula bermain-main dibibir orang kg. Tetapi nada suara penuh dengan gurauan dan ada juga yang tidak bergurau. Namun setelah puas mendengar ceramah politik dari penceramah kaki lima yang hanya melemparkan pendapat mereka tentang situasi politik semasa dapat disimpulkan disini bahawa orang-orang di Beaufort mahukan sesuatu yang jujur dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Orang di Beaufort merasa heran kenapa Datuk Lajim berpaling tadah, maka andaian yang dibuat adalah bahawa beliau mungkin tidak lagi dicalonkan sebagai calon pilihanraya di daerah Beaufort. Ura-ura mengatakan bahawa calon yang mungkin mengantikkan Datuk Lajim ialah anak Ketua Menteri (CM). Entah betul atau tidak. Lepas itu ada juga mengandaikan hubungan antara Datuk Lajim dan CM tidak berapa baik sejak 2008.

Namun apabila Datuk Lajim berbuat sebegitu barulah orang-orang di Beaufort mula sedar dan mula bercakap tentang beberapa isu yang selama ini dipandang sepi oleh mereka. Antaranya ialah isu 20 Pekara, Isu royalty minyak dan pelbagai lagi yang dahulu tidak berapa difikirkan oleh mereka.

Apa yang menarik minat saya mendengar cerita politik mereka ini adalah tentang isu royalty minyak. Mereka berkata Sabah adalah antara pengeluar minyak terbanyak di Malaysia selain Terenganu dan Sarawak. Apa yang mereka tidak puas hati ialah hasil minyak di Sabah sebanyak 95% disalurkan ke pusat (kerajaan dengan pemegang amanah minyak negara Petronas) dan hanya 5% disalurkan di Sabah. Kemudian hasil dari minyak itu digunakan untuk pembangunan di semenanjung. Padahal hasil pembangunan di semenanjung itu adalah hasil dari perut bumi negeri Sabah. Namun di Sabah apa yang ada. Kalau ada pun agak lambat..Bukan minyak sahaja tetapi kayu balak (Zaman pemerintahan Berjaya dahulu), tembaga(lombong Mamut-Ranau) dan hasil bumi lain disabah kalau diikutkan boleh menjana kekayaan negeri Sabah. Namun Sabah tetap berada diluar dari kekayaannya.

Siapa yang kaya di Sabah, kalau mau tahu orang luar yang bukan anak jati Sabah yang kaya. Tolak lah PTI, kalu mereka kaya itu silap rakyat tempatan yang tidak mahu berusaha tetapi sudah terang lagi bersuluh, rakyak luar yang ber'IC' kan Malaysia yang bukan anak Sabah yang kaya. Kalau tidak percaya cuba tengok kakitangan kerajaan yang berasal dari semenanjung yang dihantar bekerja di Sabah. Walaupun mereka bekerja dalam gred 41(Ijazah) namun kereta mereka lebih mahal dari pekerja dari sabah yang berada dalam gred yang sama. Kalau anak Sabah yang dihantar di semenanjung tidak lah semewah yang dihantar ke Sabah. Itu antara luahan orang-orang yang saya jumpa di Beaufort baru-baru ini. Ini menunjukkan sudah timbul kesedaran dan ketidakpuashatian mereka untuk beberapa isu yang memerlukan perhatian dari pihak kerajaan.

Namun kesimpulan yang boleh saya buat tentang cerita-cerita politik orang-orang di Beaufort ialah mereka masih lagi menaruh harapan kepada kerajaan tetapi jika kerajaan masih lagi melambat-lambatkan isu yang selama ini menjadi menghantui rakyat Sabah alamatnya kerajaan mungkin akan terasa ungkapan popular di Sabah sekarang "NI KALILAH". Tentang pihak pembangkang pula, pujian diberikan kepada mereka kerana berjaya memberikan impak kepada beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Kalau tidak ada pembangkang yang kuat maka tidak lah ada peluang rakyak menyuarakan suara mereka untuk beberapa isu yang berbangkit sejak dahulu lagi. Namun untuk pembangkang, jika mahu meraih sokongan undi orang Beaufort kena buat lah sesuatu yang memberikan impak yang berkesan dan jangan terlalu memberikan janji yang agak mustahil dilakukan. Lagi satu kalau mahu letak calon pastikan calonnya adalah anak jati Beaufort dan semestinya bangsa Bisaya kerana orang Bisaya Beaufort sangat kuat semangat kebangsaan Bisayanya. Kalau letak calon lain dari bangsa Bisaya alamat tumbang awal lah. Itu sebab Datuk Lajim digelar Janang Gayuh di daerah Beaufort. Pihak kerajaan dan pembangkang kena ambil nota pasal ini jika mahu menang di Beaufort. Jika ura-ura mengatakan bahawa pihak BN mahu mencalonkan anak CM sebagai calon BN di Beaufort alamat gulung tikarlah BN di Beaufort kerana faktor bukan bangsa Bisaya..fikir-fikirkanlah dahulu sebelum mahu meletak calon di Beaufort. Kami sebagai pengundi di Beaufort akan melihat calon dahulu sebelum melihat parti yang diwakilinya..Adios...

misi mustahil: x sabar mahu mengundi...
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Mana Satu Animasi Terbaik Tempatan

Semenjak animasi Upin dan Ipin diperkenalkan di kaca televisyen. Ia bagaikan satu fenomena dalam dunia animasi negara. Selepas fenomena upin dan ipin melanda maka muncul pula beberapa siri animasi dimainkan di TV tempatan. Tapi sebelum animasi Upin dan Ipin ini dibuat, ada satu lagi animasi tempatan yang dahulu dibina sebelum Upin dan Ipin ini iaitu Animasi Saladin. Apa yang menyebabkan animasi saladin ini tidak berapa terkenal adalah disebabkan kerana ia tidak disiarkan oleh TV tempatan serta jalan ceritanya lebih kepada pengembaraan masyarakat zaman parsi. Oleh itu ia tidak dekat dengan hati penduduk negara.

Selepas itu muncul lah animasi-animasi buatan tempatan yang mewarnai industri animasi negara. Antaranya sri animasi Boboiboy, Supertots, Pada zaman dahulu dan pelbagai lagi. Namun buat masa ini mana satukah siri animasi ini adalah yang terbaik dari segi pembinaan grafik, pergerakan grafik, jalan cerita serta watak dalam siri animasi tersebut. Disini saya akan cuba membuat analisis tentang animasi ini melalui pandangan dari mata saya sendiri. Ini kerana saya minat juga dengan siri animasi terutama yang tempatan kerana ia dekat dengan hati kita. Okey mari kita tengok apa yang boleh saya analisa dengan beberapa siri animasi yang sedang dimainkan di TV .

Siri Animasi Super Tots-TV3

 

Animasi Supertots ini adalah animasi yang dimainkan di TV3 pada pukul 9 pagi setiap hari Sabtu. Kalau mengikut pandangan dan pengamatan aku, animasi ini bolehlah ditonton oleh kanak-kanak dilingkungan 3 - 12 tahun sahaja. Kalau kanak-kakan di lingkungan 12 hingga remaja iaitu 15-17 mungkin animasi ini kurang menarik minat mereka. Apatah lagi orang dewasa. Mungkin tidak langsung melihat siri animasi ini. Apa yang aku boleh ulas dianimasi ini ialah pergerakan animasi ini agak kaku. Gambaran pencahayaan juga agak gelap serta lihat pembinaan tangan serta kaki watak animasi ini. Nampak seperti tidak sempurna. Ceritanya pula seperti yang dijangka memang sesuai pada tahap kanak-kanak yang berumur yang disebutkan tadi. Lagi satu kalau kanak-kanak bandar pula mungkin kurang berminat pada cerita-cerita begini kerana mereka lebih terdedah dengan dunia animasi game yang lebih cantik kualiti grafiknya. Nampaknya kerja keras perlu dibuat bagi memperkuatkan lagi siri animasi ini dengan memperbaiki lagi mutu grafik serta jalan ceritanya.

Siri Animasi Saladin



Satu lagi siri animasi yang dimainkan di kaca TV tempatan. Sekarang sedang dimainkan di TV3. Tapi bagi siri ke 2. Siri pertama kalau tidak silap ada dimainkan di TV1(kalau silap tolong betulkan ya). Siri ini menceritakan perjalanan serta pengembaraan seorang tokoh islam yang terkenal. Cuma ceritanya ini ala-ala cerita Sinbad ataupun cerita 1001 malam yang terkenal. Apa yang aku difahamkan, siri-siri ini dibuat oleh MSC dan dibuat untuk pasaran luar negara. Apapun kalau mengikut pendangan peribadi aku sebagai penonton, siri ini sesuai ditontong oleh semua golongan umur. Dari yang kecil kepada yang dewasa. Ini kerana jalan ceritanya memang menarik. Kalau disudut pergerakan dan pencahayaan, siri animasi ini mempunyai pergerakan yang agak menarik. Walaupun ada sedikit kaku namun ia tidak mencacatkan keseluruhan jalan ceritanya. Cuma yang agak kelakar, pergerakan baju dan rambut seperti kaku walaupun ketika sedang berlawan. Kalau pergerakannya dapat di licinkan mungkin ia akan lebih menyeronokan. Apapun percubaan untuk siri ini memang menarik dan berbaloi untuk ditengok.


Siri Animasi Upin & Ipin - TV9

Siapa tidak kenal dengan siri animasi ini. Kalau tidak kenal jangan tinggal di Malaysia..hahaha Kalau mau tau, siri ini adalah satu fenomena dunia animasi tempatan. Dari siri inilah dunia animasi tempatan menjadi terkenal dan berkembang maju. Upin dan Ipin menceritakan 2 orang budak kembar di dalam kampung. Ia menceritakan tentang kehidupan mereka ketika dikampung dengan gelagat dan kisah mereka yang lucu,sedih dan semestinya comel. Frasa ayat yang paling terkenal ialah betul...betul.. Satu lagi yang menguatkan cerita ini ialah berkenaan suara yang digunakan untuk watak upin dan ipin ini merupakan orang yang sama iaitu mengunakan suara adik Nur Fathiah Diaz (kalau salah betulkan ya). Memang comel suaranya dan sesuai dengan watak upin dan ipin itu. Ok, melalui jalan cerita dan pembinaan grafik animasi siri ini, aku boleh katakan antara yang terbaik dibuat. Pencahayaan jelas dan grafik pun lancar. Semua golongan boleh ikut menghayati siri ini. Cuma yang tidak bestnya apabila ia hanya dimainkan selama 8-10 minit sahaja. Pendek sangat macam tidak puas. Lepas itu dimainkan berulang-ulang. Sampai boring pun ada. Apapun lepas ini buatlah 30 minit dan jangan diulang-ulang. Kalau bolehlah..hehehe Tapi sekali keluar movienya Geng dengan upin dan ipin sebagai watak dalam movienya itu ternyata usaha mereka amat berbaloi. memang best la mau dicakap..

Siri Animasi Boboiboy-TV3

Buat masa ini siri animasi yang paling manang(cakap orang sabah) ialah siri animasi boboiboy kat TV3 setiap hari Ahad jam 7 Mlm. kenapa aku cakap macam itu, ini kerana aku minat sangat siri ini.hahaha tapi secara realitinya siri ini adalah keluaran animasi yang paling terbaik buat masa ini. Ini kerana susunan jalan cerita, grafik dan pencahayaan memang sangat menarik. Ia juga menjadi ikon bagi budak-budak sekolah rendak. Kalau upin dan ipin menjadi ikon budak-budak sekolah tadika, boboiboy pula memang untuk budak-budak sekolah rendah dari umur 6-13 tahun. Kalau tidak pecaya cuba tanya mereka. Orang tua-tua pun layan juga siri ini sebab ia memang best dan lucu. Kadang-kadang aku ketawa terbahak-bahak kerjanya. Tidak sabar aku mahu menunggu siri terbaru boboiboy ini untuk musim kedua serta movienya. Kalau da main siri terbaru nanti akulah orang pertama didepan kaca tv sambil membawa keropok angry bird..hahaha

Lain-lain siri yang ada dimainkan di tv tempatan ialah
  • Siri Animasi KACANG (Tv1)
  • Siri Animasi Rahmadan Mat Jo (waktu puasa kat tv1)
  • Siri Animasi Pada Zaman Dahulu (TV9)
Serta beberapa siri lagi yang aku pun tidak ingat sudah. apapun semoga industri animasi tempatan akan maju setapak lagi dimasa akan hadapan.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Baca Komik Mangga Jepun Di Laman Web Manggakong

Siapa suka baca komik manga Jepun terutama siri manga Naruto, Bleach, One Piece dan pelbagai lagi. Aku sendiri pun peminat komik Naruto..hehehe dr episode 1 hingga yang terkini sudah aku baca dan aku simpan sebagai koleksi.

Kalau dulu aku suka baca kat laman onemanga. Tapi laman itu da ditutup. Cari-punya-cari jumpalah laman komik manga yang setakat ini antara yang terbaik iaitu laman mangakong.(Klik disini). Kenapa aku pilih mangakong ? Kerana dia ada sejumlah komik yang aku inggin baca dan mudah dilayari. Itu aja..


Untuk makluman, semua komik yang dikeluarkan disini telah dialih bahasa ke bahasa inggeris. Oleh yang demikian, sesiapa pun boleh baca komik manga keluaran Jepun ini. Bahasa Inggeris yang digunakan juga tidaklah terlalu rumit untuk difahami sebab ia menggunakan bahasa inggeris mudah serta senang difahami oleh sesiapa yang mahu membacanya.

Akhir sekali, kepada peminat siri manga jepun, aku syorkan laman web ini. Kerana ia tentu berbaloi-baloi. Daripada menunggu buku siri mangga yang kadang-kadang lewat sirinya bagus baca secara online. Sirinya lebih terawal dan boleh lagi dicopy untuk buat simpanan. Macam aku lah..hehehe
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

BERSIH 3.0 : Realiti dan Fantasi..apa sebenarnya ??????

Minggu ini panas dengan isu BERSIH 3.0. Aku pada mulanya malas nak buat ulasan tapi memandangkan ada benda yang tersirat dalam hatiku, maka aku menulis lagi dalam blog ku ni.

BERSIH 3.0...Apa sebenarnya yang berlaku. Dari kejadian rempuhan, pukul memukul dan pelbagai lagi kejadian yang berlaku semasa kejadian tersebut. Yang terlibat pula ialah golongan dari pihak pembangkang yang mendominasi BERSIH 3.0 ini serta pihak POLIS. Tapi kali ini kejadiannya agak ganas.

Melalui kaca TV arus perdana, berita yang dipaparkan menunjukkan kejadian yang teruk menimpa pihak polis dimana dapat dilihat pihak polis dibelasah (kereta diterbalikan dan polis didalam kereta itu dipukul dengan kon polis) dan selalunya beritanya lebih menyebelahi pihak kerajaan. Manakala di saluran alternatif seperti youtube, blog pro kerajaan dan pro pembangkang serta berita media-media bebas seperti malaysiakini,sabahkini,agendadaily dan pelbagai lagi menceritakan kisah dan cerita dari sudut yang berbeza. Macam biasalah jika blog itu merupakan blog penyokong pembangkang maka ceritanya pun menceritakan polis yang mulakan dahulu huru-hara maka kalau dipihak pro kerajaan pula ceritanya akan menceritakan disebaliknya.

Aku menilis ini bukan hendak menyokong sesiapa dalam hal ini. Tapi aku cuma mahu menceritakkan bahawa rakyat kita semakin hari semakin hilang jati diri serta kewarasannya. Tidak kira siapa, dari pihak kerajaan ataupun pembangkang semuanya sama. Tidak sah la kalau tidak terbaca ayat-ayat makian didalam cerita dalam mana-mana blog kedua-dua pihak. Dimana sudah moralnya kalau begitu. Apabila melihat bagaimana polis kena belasah terdetik perasaan marah yang amat sangat kemana manusia-manusia ini. Kenapa sampai begitu sekali perbuatan mereka. Memang aku sangat marah dan sedih dengan kejadian tersebut. Cubalah buat secara aman seperti diSabah. Tiada pun kecoh-kecoh. Inilah apabila hati tidak cukup dengan iman yang kuat. Sekuat mana iman anda jika sanggup buat pekara macam itu.

Aku bukan penyokong mana-mana pihak kerana aku mahu terus berdiri diatas pagar. Aku cuma memerhati apa yang manusia buat dan berfikir tentang bala yang akan tuhan bagi dengan kita dikemudian hari jika kita tidak bersyukur. Percayalah bahawa kejadian tempoh hari sebenarnya adalah ujian dari tuhan untuk menguji sejauh mana keimanan kita.

p/s : Marah dan Sedih
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Mari membuat Kelupis

Kuih Kelupis..merupakan makanan tradisional kaum/masyarakat brunai/kedayan/bisaya di daerah Beaufort, Sabah. Makanan ini dibuat dari beras pulut dan santan. Biasanya makanan ini sering dihidangkan sempena majlis perkahwinan dan juga majlis hari raya serta hari kebesaran yang lain. Cara membuatnya mudah tetapi memerlukan kemahiran lah juga. Kenapa aku cakap mudah sebab orang lelaki pun boleh masak.

Disini aku sudah siapkan dokumentari cara pembuatan kuih kelupis ini. Semoga info yang diberikan ini dapat membantu serba sedikit bagaimana membuat kuih kebanggaan penduduk di daerah Beaufort dan sekitarnya.


Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

NYAMUK - Agen Pembawa Penyakit atau Pembawa Kekayaan

Siapa yang tidak kenal dengan nyamuk. Perasan kah anda bahawa sekecil-kecil nyamuk ini boleh membawa kesan yang amat besar kepada dunia. Apa sebenarnya nyamuk itu ? Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.(wikipedia)

Jadi kenapa nyamuk menjadi tajuk tulisan blog aku kali ini. Sebabnya mudah, benarkah nyamuk ini adalah Agen pembawa penyakit atau kekayaan. Kita lihat fakta realiti disebalik nyamuk itu sendiri. Pertama nyamuk  mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi, encephalitis, dan virus Nil Barat.(sumber wikipedia). Kedua nyamuk juga mampu menyebabkan kegatalan pada kulit dan menyebabkan berlaku bengkak akibat digigit oleh nyamuk (ini bagi golongan orang yang alergik dengan sengatan). Selain itu juga, nyamuk ini juga merupakan serangga yang paling mudah membiak dan banyak jumlahnya. Banyak juga kes-kes dipaparkan didada-dada akhbar tentang kes yang melibatkan nyamuk ini terutama kes denggi yang dibawa oleh nyamuk adeas. Pelbagai usaha telah dibuat bagi mengurangkan kes denggi ini tetapi jumlah kes semakin harui semakin meningkat. Oleh itu, jelaslah nyamuk ini merupakan salah satu agen pembawa penyakit.

Namun jangan dilupa pula, sebenarnya disebabkan nyamuk ini juga, ada manusia menjadi kaya dan ada manusia mendapat sumber rezeki melalui makhluk yang dikatakan membawa penyakit ini. Sebagai contoh kita lihat kepada pekara asas apabila ada nyamuk di rumah kita, apa benda yang akan dicari untuk menghalau nyamuk atau membunuhnya. Tentu sekali ubat nyamuk (sepatutnya dipanggil Racun Nyamuk, kalau ubat nyamuk gerenti nyamuk sentiasa sihat setiap masa sebab ada juga ubatnya kalau nyamuk itu sakit hehe). Tidak kira menggunakan racun nyamuk berbentuk asap ataupun yang menggunakan semburan aerosol dan yang terkini sudah menggunakan cecair yang dipanaskan disoket elektrik ia tetap menggunakan duit. Kalau da digunakan duit untuk membeli barangan tersebut mesti ada pengilang atau pembuat barangan tersebut. Maka berdirilah kilang-kilang pembuat racun nyamuk pelbagai jenama hanya bertujuan untuk membuat barangan yang boleh menghapuskan nyamuk. Maka dengan itu lah muncul pula taukey-taukey pemilik kilang tersebut serta pekerja-pekerja di kilang tersebut yang akan menerima keuntungan dan gaji hasil dari jualan barangan tersebut. Bukan itu saja, kat TV pun ada juga iklan berkenaan nyamuk ini. Berlakonlah pelakon-pelakon dalam iklan tv mempromosikan barang racun nyamuk tersebut. Iklan tersebut bukan alang-alang lagi, siap disiar ketika waktu puncak. Mahal bayarannya pada waktu tersebut. Makin kayalah syarikat TV pada waktu itu dan makin terkenalah artis yang berlakon dalam iklan tersebut dan saham pelakon tersebut pun menjadi naik hanya disebabkan dengan seekor nyamuk yang kecil.

Apapun ceritanya, setiap kejadian makhluk tuhan didunia ini sebenarnya ada tugas dan tanggungjawabnya. Ada orang sering merungut dan menyatakan perkataan yang kurang enak tentang nyamuk apabila digigit oleh seekor nyamuk namun kalau dilihat sedalam-dalamnya dari seekor nyamuk itulah menjadi satu sumber kekayaan dan rezeki kepada orang yang pandai mengambil kesempatan keatas seekor nyamuk tersebut. Akhir kata, ingatlah kuasa tuhan. Nyamuk yang sekecil-kecil itu bukan dicipta tanpa sebab, ia sebenarnya banyak memberi hikmah kepada orang yang memahami kebesaran tuhan yang maha esa.

 
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

11 Jenis Makanan yang boleh menyebabkan LUPA

MAKAN...Adalah pekara yang amat perlu sekali dalam kehidupan. Kalau tidak makan boleh menyebabkan badan kita akan menjadi lemah dan kurang bertenaga. Oleh itu sebaik-baiknya kena lah makan walaupun mahu merancang hendak berdiet kerana makan itu penting untuk kesihatan. Walaubagaimanapun apabila hendak makan kenalah pilih juga kerana ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita terlupa. Oleh itu berhati-hati lah memilih makanan. Jangan main hentam saja makan nanti memudaratkan diri.

Disini disenaraikan 11 jenis makanan yang boleh menyebabkan lupa.
  1. Banyak makan epal yang sudah masam.
  2. Banyak makan makanan masam seperti jeruk buah-buahan ataupun asam.
  3. Banyak makan bawang besar.
  4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
  5. Memakan kepala ikan.
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut.
  7. Makan sehingga terlalu kenyang.
  8. Makanan yang telah disentuh tikus.
  9. Makanan yang dijual dikawasan yang tidak bersih atau tidak diurus dengan bersih.
  10. Meminum minuman yang memabukkan (Arak).
  11. Banyak makanan yang mempunyai kandungan kimia iaitu makanan yang mengandungi bahan perasa dan awet yang tinggi.
Semua makanan ini boleh dimakan (kecuali arak bagi orang islam) tetapi kurangkanlah pemakannannya sahaja.
Semoga info ini memberi sedikit penduan dalam memilih makanan.

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua