iklan berbayar

Iklan Berbayar

PRU13 : Perbualan dengan penduduk kampung tentang siapa yang mereka sokong?

Pada tanggal 23 April 2013 pada jam 1.00 PM di sebuah jeti stesen minyak disebuah pekan muara sungai di Sabah yang baru lepas, saya ada berbual dengan seorang penduduk kg di sebuah kg dalam sebuah pulau yang berada 30 km dari pekan menggunakan bot.

Dalam perbualan kami tersebut, penduduk kampung tersebut Abang A (bukan nama sebenar) bercerita mengenai PRU13 yang akan datang ini dan terang-terangan menyatakan sokongan yang tidak berbela bagi kepada parti yang disokongnya. Dalam perbualan kami, Abg A menyatakan bahawa parti yang disokongnya telah banyak memberi bantuan kepada mereka. Banyak bantuan telah diberikan seperti bantuan sara hidup nelayan, BR1M, bantuan awal persekolahan, e-kasih, kwapm, RMT, bantuan baju sekolah, tangki 1malaysia dan pelbagai lagi bantuan yang diberi. Abg A sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan. Beliau berkata, kita sebagai rakyat haruslah membalas budi yang telah diberikan kepada mereka.

Perbualan kami juga berkisar mengenai seorang penduduk kgnya yang terang-terangan menyokong parti lawan. Di kg tersebut, rata-rata penduduknya merupakan penyokong kuat parti pemerintah, namun ada kumpulan kecil secara terang-terangan menyokong pembangkang. Abg A sudah menasihati penduduk tersebut kerana mereka juga ada pertalian darah dengan memberitahu nikmat yang telah mereka kecapi dengan kerajaan yang memerintah sekarang, namun nasihatnya tidak diendahkan malah semakin kuat menyokong parti berkenaan.

Dalam perbualan itu, saya menyatakan bahawa berkemungkinan penduduk tersebut menyokong pembangkang adalah disebabkan beliau ingin mencari sumber bahagian lain yang selama ini beliau tidak dapat. Contohnya besar kemungkinan hasrat beliau ingin menjadi ketua cawangan ataupun sebagai ahli tertingi cawangan kg tersebut tidak berjaya kerana dikg tersebut sudah terlalu ramai menjadi ketua cawangan. (dimaklumkan kepada saya, ketua cawangan di kg tersebut ada 5 orang dengan jumlah pengundi yang tidak sampai 700 orang pengundi). Oleh sebab demikian, penduduk tersebut mengambil keputusan memilih pembangkang sebagai tempat beliau mencari sedikit wang saku daripada berebut mendirikan markas calon bertanding yang semestinya akan direbut oleh 5 orang ketua cawangan yang semestinya ada kepentingan peribadi. Sekurang-kurangnya beliau tidak perlu berebut. Saya memberitahu juga kepada Abg A undi kita adalah rahsia. Manatau walaupun beliau menyokong pembangkang, mana tau undinya adalah berbeza. Siapa boleh mengagak kan.

Banyak isu-isu yang kami bualkan, saya ada memberitahu juga kepada Abg A bahawa kita perlu ada pembangkang yang kuat. Jika kita ada pembangkang yang kuat, lebih banyak kelebihan akan dapat diterima kepada rakyat. Saya memberi contoh tentang pelbagai bantuan yang mereka terima seperti BR1M, e-Kasih dan sebagainya adalah dari kerja kuat pembangkang. Bukan maksudnya pembangkang telah berusaha meminta kerajaan memberikan bantuan-bantuan tersebut tetapi pembangkang telah berusaha berkempen dengan pelbagai cara bagi menambah sokongan yang sudah mereka terima telah menyebabkan kerajaan juga berusaha mengambil hati rakyat dengan memberikan pelbagai bantuan yang selama ini tidak terfikir oleh rakyat bahawa mereka akan dapat bantuan sebegitu rupa. Namun Abg A berkata, pembangkang menakutkan jika memerintah kerana kita tidak tau apa yang bakal dibuat oleh mereka. Saya tidak mahu bercerita tentang pelbagai isu yang terlalu luas kerana saya faham tentang skop kehidupan mereka yang bekerja sebagai nelayan dan mendapat infomasi melalui TV sahaja. Jadi saya tahu apa yang fikirkan setakat ini mengenai pembangkang.

Diakhir perbualan kami, di turut menyeru saya supaya mengundi pemerintah kerana pemerintah sudah terbukti memerintah dengan baik sekali. Saya bermain-main dengan Abg A dengan mengatakan NI Kali Lah..Tukar..Abg A hanya tersenyum dan mengingatkan kembali apa yang beliau katakan tadi. Tapi bagi saya undi adalah rahsia..siapa yang saya undi itu hak saya..hehehe

Sepanjang perbualan kami tadi, saya telah membuat beberapa rumusan antaranya ialah :
  • Penduduk kampung tersebut tidak kisah mengenai isu yang selama ini membelit rakyat sabah seperti masalah PATI, Royaliti minyak, jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan, pendidikan dan pelbagai isu lain yang membelengu sabah sekian lama kerana hidup mereka sudah selesa dengan bantuan yang mereka terima.
  • Penduduk KG semakin lama semakin malas kerana mereka mengharapkan bantuan yang mereka terima, berbanding pada zaman dahulu semasa awal tahu 90an, penduduk lebih berdikari untuk mencari wang untuk menyara keluarga.
  • Penduduk tidak peduli siapa yang mereka sokong asalkan parti yang mereka sokong dapat memeberikan mereka sedikit wang saku. Mereka berjuang dalam parti politik bukan kerana perjuangan asal untuk nusa dan bangsa tetapi sebagai mencari peluang selagi ada tempat yang memberi kesenangan kepada mereka. Kerja sebagai memasang poster kira cukup sudah untuk diberi elaun atas sumbangan yang dicurahkan.
  • Kerajaan cukup baik tetapi pembangkang tidak baik selamanya
Banyak lagi pekara yang saya boleh simpulkan disini, tetapi ada beberapa pekara yang tidak perlu saya tuliskan. Namun apa yang saya ingin kongsikan disini ialah dimana hala tujuan penduduk kg apabila mengundi nanti. Jika pembangkang mahu menang, mudah sahaja caranya, dekati pengundi-pengundi di kg kawasan pedalaman. Beri perhatian lebih kepada mereka, nescaya mungkin ada perubahan dapat dicapai. Kepada parti pemerintah,buatlah sesuatu yang berguna untuk nusa dan bangsa. Bantulah orang-orang kg berdikari mencari rezeki dan janganlah terlalu dimanjakan dengan wang ringgit. Ini menyebabkan mereka semakin kurang berusaha kerana berangapan kerajaan akan sentiasa membantu mereka setiap masa.
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

iklan

Mangga Adds

MESEJ DARI BLOGER "MISI MUSTAHIL"

Kandungan dalam blog ini adalah sumber idea dr saya sendiri. Jika hendak berkongsi dipersilahkan dan janganlah mengambil serius benda yang dipaparkan dalam blog ini kerana blog ini adalah satu idea mustahil dilakukan..hehehe ok selamat mem"blog" semua